Showing posts with label youtube. Show all posts

 

UCL : Keputusan Separuh Akhir Pertama Borussia Dortmund vs Real Madird

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , ,

DORTMUND 4-1 REAL MADRID


keputusan perlawanan UEFA champions league semi final separuh akhir 1st leg borussia dortmund vs real madrid 25 april 2103


Lewandoski menjaringkan empat (4) gol untuk memberikan pasukan Dortmund kelebihan di separuh akhir pertama. Real Madrid bagaimanapun berjaya mendapat 1 gol di tempat lawan menerusi Cristiano Ronaldo. Nampaknya wakil dari Jerman ini menggunakan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri untuk memenangi perlawanan menentang wakil Sepanyol.


Semalam, Bayern Munich mudah menewaskan Barcelona dengan 4-0. Adakah kita akan menyaksikan Final di antara Bayern Muncih vs Borussia Dortmund? Dortmund hanya perlu seri di Bernabeu atau tidak kalah lebih dari 3 gol kepada Real Madrid dalam separuh akhir kedua nanti.


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

UCL : Keputusan Perlawanan Separuh Akhir Pertama Bayern Munich vs Barcelona

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , ,

BAYERN MUNICH 4-0 BARCELONA

KEPUTUSAN BAYERN VS BARCELONA VS BAYERN UEFA CHAMPIONS LEAGUE SEMI FINAL SEPARUH AKHIR 24 APRIL 2013


Pertembungan 2 gergasi eropah mewakili negara Jerman dan Sepanyol berakhir dengan keputusan luar jangka. Bayern Munich menguasai keseluruhan perlawanan dan meletakkan sebelah kaki di Final UEFA Champions League 2012/2013 apabila membelasah Barcelona 4-0.


Gol-gol Bayern dijaringkan oleh Muller (2), Gomes & Robben. Barcelona nyata gagal untuk menyaingi kepantasan dan fizikal pemain Bayern. Juara Bundesliga itu menggunakan kelebihan beraksi di laman sendiri dan mampu merehatkan pemain utama hujung minggu ini. Barcelona sebaliknya masih perlu menang perlawanan liga domestik untuk muncul sebagai juara.


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

KEPUTUSAN PERLAWANAN MANCHESTER UNITED VS MANCHESTER CITY | 9 APRIL 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , ,

UNITED TERPAKSA MENUNGGU LEBIH LAMA UNTUK TROFI EPL KE-20



Manchester United 1-2 Manchester City


Persembahan hambar dari anak buah SAF memberikan Manchester City ruang untuk melakukan comeback dalam usaha mereka mempertahankan kejuaraan EPL yang dimenangi musim lalu. Kini hanya 12 mata memisahkan dengan baki 7 perlawanan. Untuk menang United masih memerlukan 10 mata dengan mengambil kira City akan menang semua perlawanan.


Perlawanan derby sememangnya penting untuk maruah dua kelab Manchester ini. Dalam perlawanan di Etihad, United berjaya menang 3-2. Namun kali ini City lebih berhak untuk menang dan United perlu menyalahkan diri sendiri kerana gagal meraih 1 mata yang sekurang-kurangnya mengekalkan jarak dengan baki 7 perlawanan.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Kelayakan Piala Dunia Brazil 2014 | England menang besar 8-0

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , ,

ENGLAND BELASAH SAN MARINO 8-0



The Three Lions kembali mengukuhkan kedudukan di tangga kedua kumpulan H di belakang Montenegro setelah membelasah pasukan kerdil San Marino dalam perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2014 Zon Eropah awal pagi tadi.


Gol-gol England dijaringkan oleh Defoe (2), Young, Rooney, Chamberlain, Lampard, Sturridge dan gol sendiri pemain San Marino, Valle. England selepas ini akan bertemu dengan pendahulu kumpulan Montenegro pada 27 Mac 2013. Jadual lengkap akan dikeluarkan minggu depan. Keputusan lain boleh semak di sini [klik].


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

ALLAHYARHAM TAN SRI P.RAMLEE DALAM INGATAN | 22 MAC 2013

Penulis: Que | Kategori: , , ,

SENIMAN AGUNG YANG BELUM ADA PENGGANTI




Tanggal 22 Mac 2013 merupakan tarikh yang perlu diingati oleh semua peminat Filem Melayu. Hampir 40 tahun pemergian Allahyarham Tan Sri P.Ramlee - Penggiat Seni Tersohor Asia suatu ketika dahulu. Karya-karya beliau masih lagi relevan hingga ke hari ini. Sayangnya sewaktu hidup beliau 'pihak tertentu' gagal membantu beliau menghasilkan filem di waktu jatuhnya.


Kalau korang belum pernah tengok dokumentari pasal P.Ramlee baik korang tengok [klik] untuk tahu lebih lanjut pasal perjuangan seni beliau. Bagaimana P.Ramlee bermula sebagai seorang penyanyi hingga menjadi pengarah filem yang disanjung tinggi.


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

FA CUP : Keputusan Perlawanan Manchester United vs Chelsea | Suku Akhir 11 Mac 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , ,

 UNITED MENSIAKAN 2 GOL AWAL


FT : Manchester United 2-2 Chelsea

Dua (2) gol awal dalam 11 minit gagal digunakan oleh Manchester United untuk menempah tempat ke separuh akhir Piala FA 2012/2013. Chelsea memulakan perlawanan dengan kesilapan Cech yang cuba keluar dari kawasan gol untuk menangkap bola tinggi Carrick. Chicharito yang sering menjadi masalah untuk pertahanan Chelsea mudah menanduk masuk ke arah gawang yang terbuka pada minit ke-5.


Selang 6 minit kemudian, giliran Rooney pula menambah derita Chelsea dengan gol sepakan percuma yang menerjah masuk ke jaring melepasi semua pemain dalam kotak penalti. Jika dilihat dari penguasaan bola United sepatutnya tidak mempunyai masalah untuk menambah jaringan. 2 peluang terbaik disiakan Rooney dan Chicharito.


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

[Video] Bukti Kekasaran Nani Tak Patut Dapat Kad Merah

Penulis: Que | Kategori: , , , , ,

PENGADIL JUGA MANUSIA BIASA


NANI RED CARD VE REAL MADRID, WHY NANI WAS SENT OFF



Banyak betul suara-suara yang nak hentam Manchester United selepas kalah dengan Real Madrid. Perlawanan tu berakhir dengan kontroversi kad merah Nani dan United terpaksa bermain 10 orang lebih dari 30 minit. Pemain lain sukar menerima keputusan pengadil dan memerlukan masa untuk menenangkan keadaan.


Kad kuning mungkin cukup sebagai amaran kasut but tinggi. Lagipun mata Nani jelas melihat pada keadaan bola. Peminat lain boleh search dalam Youtube pasal skill Nani dan korang akan jumpa teknik hampir serupa yang digunakan untuk mengawal bola tinggi.


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

UCL : Keputusan Perlawanan Manchester United vs Real Madrid | 6 Mac 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , ,

PENGADIL MENIDAKKAN TREBLE UNITED


GAMBAR PENGADIL REFEREE TURKI TURKEY YANG BODOH BAGI RED CARD

Updates : Ulasan Perlawanan Kontroversi Man Utd vs Real Madrid [Klik]

Dalam perlawanan yang sepatutnya menjadi saksi pasukan manakah yang bakal layak ke suku akhir berubah menjadi kontroversi apabila pengadil Turki, Cuneyt Cakir (gambar) merosakkan suasana dalam stadium dengan melayangkan kad merah yang tidak masuk akal kepada Nani pada minit ke-57.


Rata-rata peminat tidak bersetuju dengan keputusan itu apabila Nani tidak sengaja melakukan kekasaran itu dan ulang tayang membuktikan bahawa bola itu 50-50. SAF bangun dari tempat duduk untuk memprotes kad merah yang dilayangkan. Pemain United juga tidak berpuas hati dan meluru ke arah pengadil perlawanan.


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

EPL : Keputusan Perlawanan Manchester United vs Norwich | 2 Mac 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , ,

HATRICK KAGAWA LETAK UNITED 15 MATA DI DEPAN


FT : Manchester United 4-0 Norwich 

Shinji Kagawa mencuri tumpuan di Old Trafford malam tadi dengan 3 gol cantik. Bekas pemain Dortmund yang dibeli United pada awal musim itu akhirnya membuktikan bakat dan skill sebenar beliau ketika menjulang Piala Bundesliga. Penyudah berbisa itu sekaligus meletakkan United di depan Manchester City dengan 15 mata.


Wayne Rooney yang juga beraksi cemerlang turut menyumbangkan gol pada minit terakhir permainan. SAF menurunkan beberapa pemain utama dalam perlawanan malam tadi. Robin Van Persie, Carrick, Vidic, Evra dan De Gea masing-masing memainkan peranan untuk persediaan menantang Real Madrid Rabu depan.


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Perlawanan El Clasico Real Madrid vs Barcelona | 2 Mac 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , ,

REAL MADRID BELUM SEDIA SERAHKAN LA LIGA

keputusan perlawanan el clasico real madrid vs barcelona la liga 2 mac 2013,highlight perlawanan real madrid vs barcelona


Seperti diduga, Jose Mourinho merehatkan beberapa nama besar untuk perlawanan paling penting minggu depan menentang Manchester United. Ronaldo, Ozil, Maria & Xabi masing-masing berada di bangku simpanan. Barcelona menurunkan barisan terbaik untuk menebus maruah dalam perlawanan Semi Final Copa Del Ray tempoh hari.


Keputusan akhir Real Madrid menang 2-1 hasil jaringan Benzema dan Ramos manakala gol Barcelona dijaringkan Lionel Messi. Nampaknya 2 perlawanan El Clasico tiada masalah buat pasukan Madrid kali ini. Adakah Barcelona sedang mengalami krisis?

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

5 gol Swansea catat sejarah dalam Piala Capital One 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , ,

SWANSEA CITY JUARA CAPITAL ONE CUP 2012/2013

JUARA PIALA CAPITAL ONE 2013,SWANSEA CITY VS BRADFORD,VIDEO HIGHLIGHT PERLAWANAN AKHIR PIALA CAPITAL ONE CUP 2013

Swansea 5-0 Bradford

Swansea City mencatat sejarah bermakna dalam 100 tahun penubuhan kelab itu dengan memenangi Piala Capital One musim 2012/2013. Kejayaan manis itu sekaligus melayakkan mereka beraksi dalam kejohanan Europa League musim depan.


Bagi aku sendiri selaku pemeinat bola sepak, Swansea City deserved untuk menang jika dilihat dari segi corak permainan dan kualiti pemain yang dimiliki. Kredit harus diberikan kepada pengurusnya Michael Laudrup yang mengambil alih pasukan dari Brendan Rodgers. Michu pemain paling berharga yang dibeli dengan harga 2 Juta Pound kini sudah menjaringkan 21 gol setakat ini.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

EPL : Keputusan Perlawanan QPR vs Manchester United | 15 mata bukan nasib

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , ,

MISI GELARAN EPL KE-20 SEMAKIN HAMPIR


FT : QPR 0-2 Man Utd

Biar apa peminat kelab lain nak kata pasal Manchester United. Apa yang pasti kelab lain masih di bawah United musim ini yang berbaki 11 perlawanan. Malam tadi United meneruskan rentak kemenangan EPL dengan menumpaskan kelab tercorot QPR 2-0 di Loftus Road.


SAF menurunkan barisan pemain yang berpengalaman untuk misi mejarakkan 15 mata dari jiran mulut bising Manchester City. Giggs menjadi pilihan untuk mengemudi barisan tengah bersama Carrick dan kepercayaan itu dibalas dengan gol ke-2 yang memusnahkan semangat QPR untuk bangkit.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Team Paling Poyo Masih Kekal Dalam Fear Factor Selebriti Malaysia

Penulis: Que | Kategori: , , , , ,

FULL EPISODE FEAR FACTOR SELEBRITI MALAYSIA 2013

fear factor selebriti malaysia full episode

Updates : Fear Factor Selebriti Malaysia Full Episod [Klik]

Ini semua Poyooo.. Trademark Johan dalam Maharaja Lawak Mega 2012 Final yang menjadi ikutan masyarakat kita. Tentu ada di antara korang juga perasan pasal kelakuan team yang aku maksudkan ni. Memang POYO habis.


Cakap besar, mulut laser, tak hormat orang lain antara sikap yang ditunjukkan dalam setiap episod Fear Factor Selebriti Malaysia. Dalam sukan perlu ada semangat untuk bersaing. Tapi persaingan yang kita mahukan adalah persaingan sihat. Bukan dengan cara provokasi dan merendahkan pasukan lain. Memang hadiah utama sangat lumayan. RM 200,000 tu. Sorang boleh dapat RM 100,000.


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

UCL : Keputusan Perlawanan AC Milan vs Barcelona 21 Februari 2013 | Italian Job Done

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , ,

UEFA CHAMPIONS LEAGUE | LAST 16 ROUND
AC MILAN 2 - 0 BARCELONA

KEPUTUSAN PERLAWANAN AC MILAN VS BARCELONA VS AC MILAN 21 FEBRUARI 2013,VIDEO HIGHLIGHT PERLAWANAN AC MILAN VS BARCELONA UEFA CHAMPION LEAGUE LIGA JUARA JUARA EROPAH 2013


Tiada yang mustahil dalam bola sepak. Pasukan yang jaringkan gol lebih daripada lawan mereka akan menang. Itu yang terjadi di San Siro sebentar tadi. Pengalisis sukan menjangkakan Barcelona akan menang mudah jika diperhatikan persembahan mereka dalam La Liga dan rekod jaringan Messi.


Namun AC Milan yang beraksi di laman mereka tahu perlawanan timbal balik ini tidak mudah. Justeru sesuatu harus dilakukan sebelum mereka bertandang ke Camp Nou. Bekalan 2 gol tanpa bolos cukup baik tambahan mereka mampu menyekat kemaraan pemain Barcelona yang menguasai 73 % permainan.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Teknologi Garisan Gol Akan Digunakan Semasa World Cup 2014

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , ,

Pengadil Perlukan Bantuan Teknologi



Akhirnya FIFA setuju untuk menggunakan Goal Line Technology (GLT) secara rasminya pada kejohanan World Cup 2014 di Brazil. Sebelum ini ramai pengurus pasukan mendesak pihak pengurusan supaya melakukan sesuatu bagi membantu pengadil dan penjaga garisan membuat keputusan penting.


Bayangkan dalam permainan pantas agak sukar bagi mereka melihat kejadian dengan mata kasar. Hanya ulang tayang dapat menunjukkan hakikat sebenar apa yang berlaku dalam masa 1-2 saat itu.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

UCL : Arsenal Kena Badi Huruf B | Bayern Belasah Arsenal

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , ,

ADAKAH MUSIM INI TERAKHIR ARSENAL BERAKSI DI CHAMPIONS LEAGUE? 

BADI PASUKAN B ARSENAL KALAH,MUSIM TANPA TROFI ARSENE WENGER,REKOD WENGER DALAM CAHMPIONS LEAGUE,BRADFROD BLACKBURN BAYER MUNICH


 Apa sudah jadi pada Arsenal musim ini? Sudahlah Robin Van Persie pergi meninggalkan mereka. Harapan untuk menamatkan kemarau trofi kini nampak semakin sukar. Satu per satu piala terpaksa dilupakan. Nyata kehadiran Podolski, Cazorla & Giroud gagal mengembalikan kegemilangan The Gunners.


Harap peminat Arsenal dapat bersabar sehingga akhir musim ini. Paling kurang Arsenal perlu usaha untuk bermain dalam Champions League. Sepanjang kerjaya Arsene Wenger bersama Arsenal mereka masih belum gagal layak ke Uefa Champions League.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

FA Cup : Keputusan Perlawanan Manchester United vs Reading 19 Februari 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , ,

MANCHESTER UNITED MARA KE SUKU AKHIR


Updates : Undian peringkat Suku Akhir [Klik]

Seperti diharapkan, pasukan paling menonjol di EPL mara ke Suku Akhir Piala FA Inggeris 2012/2013. Manchester United melakukan 8 pertukaran pemain dari pasukan yang bermain di Madrid tempoh hari. Hanya De Gea, Welbeck dan Jones kekal dalam kesebelasan utama.


Permainan bermula baik bagi pasukan tuan rumah dan nyaris-nyaris mendapatkan gol awal. Ketangkasan Federici sebaliknya menjadi penghalang. Separuh pertama tamat dengan keputusan 0-0 dan dicemari dengan insiden Jones yang mangalami kecederaan buku lali.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

UCL : Keputusan Perlawanan Real Madrid vs Manchester United | 14 Februari 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , ,

 UEFA CHAMPIONS LEAGUE | ROUND OF LAST 16

Highlight Perlawanan Real Madrid vs Manchester United | 1st Leg


REAL MADRID 1 - 1 MANCHESTER UNITED

Welbeck '20 , Ronaldo 30'

Updates : Keputusan Perlawanan 2nd Leg [Klik]

Perlawanan 1st leg pusingan kalah mati berakhir sebentar tadi. Seperti diduga Ronaldo menjadi wira Madrid mengikat kedudukan 1-1 apabila Welbeck meletakkan United di depan.


Walaupun seri, SAF sudah pasti gembira kerana United berjaya mendapatkan gol tempat lawan yang bakal menjadi penentu kelayakan ke suku akhir. Jumpa lagi 3 minggu dalam perlawanan timbal balik di Old Trafford.


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

EPL : Manchester City kalah tanpa Kompany | United semakin hampir pada angka 20

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , ,

KEPUTUSAN PERLAWANAN SOUTHAMPTON VS MANCHESTER CITY


Soton 3-1 Man city

Pemburuan juara EPL musim ini semakin memihak kepada Manchester United apabila jiran mereka tewas mudah di tangan pendatang baru, Southampton yang menghuni di tangga ke-15. Kualiti persembahan Southampton yang hampir-hampir mencuri 1 mata di Olt Trafford diterjemahkan dengan bergaya ketika menentang juara bertahan itu.


Hadiah Tahun Baru Cina 2013 paling berharga buat semua peminat Manchester United yang inginkan kejuaraan ke-20 musim ini. Episod duka seri 4-4 dengan Everton tahun lalu membuka laluan kepada City untuk memintas di saat akhir.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Perlawanan Persahabatan Antarabangsa 2013 | England Kejutkan Brazil!

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , ,

INTERNATIONAL FRIENDLY RESULT | 7 FEBRUARI 2013

KEPUTUSAN PERLAWANAN ENGLAND VS BRAZIL,HIGHLIGHT VIDEO ENGLAND VS BRAZIL,GOL ROONEY LAMPARD,KEPUTUSAN PENUH PERLAWANAN PERSAHABATAN ANTARABANGSA INTERNATIONAL FRIENDLY 2013


England mencatatkan kemenangan mengejut ke atas jagoaan dunia Brazil dengan keputusan 2-1 dalam perlawanan persahabatan awal pagi tadi. Pemain Manchester United, Wanyne Rooney yang bermain 90 minit berjaya menjaringkan 1 gol dan membantu gol kemenangan yang dijaringkan oleh Lampard.


Brazil yang mendapat peluang dari sepakan penalti gagal disempurnakan oleh Ronaldinho pada awal permainan selepas Wilshere dipersalahkan akibat handball. Joe Hart menjadi wira England kerana berjaya menyelamatkan sepakan penalti dan juga follow up dari Ronaldinho untuk mengekalkan kedudukan 0-0.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/