Home » , , , , , , , , » EPL : Keputusan Perlawanan QPR vs Manchester United | 15 mata bukan nasib

EPL : Keputusan Perlawanan QPR vs Manchester United | 15 mata bukan nasib

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , ,

MISI GELARAN EPL KE-20 SEMAKIN HAMPIR


FT : QPR 0-2 Man Utd

Biar apa peminat kelab lain nak kata pasal Manchester United. Apa yang pasti kelab lain masih di bawah United musim ini yang berbaki 11 perlawanan. Malam tadi United meneruskan rentak kemenangan EPL dengan menumpaskan kelab tercorot QPR 2-0 di Loftus Road.


SAF menurunkan barisan pemain yang berpengalaman untuk misi mejarakkan 15 mata dari jiran mulut bising Manchester City. Giggs menjadi pilihan untuk mengemudi barisan tengah bersama Carrick dan kepercayaan itu dibalas dengan gol ke-2 yang memusnahkan semangat QPR untuk bangkit.



Loftus Road bukan tempat yang mudah. Manchester City yang 'kuat' pun boleh seri 0-0 dengan QPR. Mungkin ramai yang tak tahu setiap stadium mempunyai saiz padang yang berbeza mengikut pilihan yang ditetapkan. Old Trafford mempunyai saiz padang yang lebih lebar dan amat sesuai untuk pemain sayap.


Ini antara punca kenapa banyak pasukan yang biasa bermain di padang lebih besar mengalami masalah bila bertandang ke Loftus Road dan stadium seumpama dengannya.



Kedudukan EPL setakat 23 Feb 2013





"Kelebihan United musim ini : Mereka tahu bagaimana cara untuk menang dan dapat 3 mata walau dalam apa keadaan sekalipun"




NASIB? Siapa yang berani cakap Manchester United lead sebab nasib? Nasib memang memainkan sedikit faktor. Tapi usaha dan kualiti juga perlu ada. 15 points terlalu banyak untuk dikaitkan dengan faktor nasib semata. Kalau takde nasib Man City takkan menang EPL dalam masa tambahan dengan kelebihan jaringan dengan Man Utd. Setuju?


Kalau ada yang kata United menang nasib 2-0 dengan QPR, bagaimana pula dengan tahap Man City yang hanya mampu seri 0-0 di tempat sama. Apa cerita pulak Chelsea si Juara Eropah yang kalah dengan QPR 0-1 di Stamford Bridge?


Nak menang bukan kena main menyerang sepanjang masa. Kena pandai balance dan tunggu pemain lawan buat mistakes.




Video Highlight Perlawanan QPR vs Manchester United | 23 Februari 2013




Malam ini kita tunggu perlawanan Manchester City vs Chelsea. Aku terpaksa pilih Chelsea untuk memudahkan tugas United memburu treble!


Nota : Berita kurang baik apabila Van Persie terpaksa dikeluarkan apabila berlanggar di tepi padang.
 

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

No Responses to " EPL : Keputusan Perlawanan QPR vs Manchester United | 15 mata bukan nasib "

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets