Home » , , , , , , , , , » UCL : Keputusan Perlawanan Manchester United vs Real Madrid | 6 Mac 2013

UCL : Keputusan Perlawanan Manchester United vs Real Madrid | 6 Mac 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , ,

PENGADIL MENIDAKKAN TREBLE UNITED


GAMBAR PENGADIL REFEREE TURKI TURKEY YANG BODOH BAGI RED CARD

Updates : Ulasan Perlawanan Kontroversi Man Utd vs Real Madrid [Klik]

Dalam perlawanan yang sepatutnya menjadi saksi pasukan manakah yang bakal layak ke suku akhir berubah menjadi kontroversi apabila pengadil Turki, Cuneyt Cakir (gambar) merosakkan suasana dalam stadium dengan melayangkan kad merah yang tidak masuk akal kepada Nani pada minit ke-57.


Rata-rata peminat tidak bersetuju dengan keputusan itu apabila Nani tidak sengaja melakukan kekasaran itu dan ulang tayang membuktikan bahawa bola itu 50-50. SAF bangun dari tempat duduk untuk memprotes kad merah yang dilayangkan. Pemain United juga tidak berpuas hati dan meluru ke arah pengadil perlawanan.



Memang kejam di saat Manchester United sudah mendahului pada minit ke-48. Real Madrid walaupun dengan banyak penguasaan bola, namun gagal mencipta peluang yang baik untuk menjaringkan gol. Segalanya berubah setelah United terpaksa beraksi dengan 10 pemain.


United yang masih tersentak dengan keputusan pengadil dipaksa bertahan selama 33 minit. Gol Madrid hadir pada minit ke-66 oleh bekas pemain Tottenham, Modric dan selang 3 minit kemudian siapa lagi kalau bukan Cristiano Ronaldo menjadikan kedudukan 2-1 berpihak kepada Madrid.


Nak tahu sejarah pengadil Turki ini? Sila baca di sini


Video Highlight Perlawanan Manchester United vs Real Madrid | UEFA Champions League





Nantikan ulasan penuh dari Blog Kafe Que

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

No Responses to " UCL : Keputusan Perlawanan Manchester United vs Real Madrid | 6 Mac 2013 "

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets