Home » , , , , , , » Manchester United Tetap Hebat Walaupun Kalah dengan Real Madrid

Manchester United Tetap Hebat Walaupun Kalah dengan Real Madrid

Penulis: Que | Kategori: , , , , , ,

HAKIKAT BOLA SEPAK YANG PAHIT UNTUK DITELAN


Manchester United 1 - 2 Real Madrid
(Real Madrid layak dengan Agg 2-3)


Pertembungan dua gergasi bola sepak dunia akhirnya berakhir dengan kontroversi kad merah. Pengadil Turki, Cuneyt Cakir memang mempunyai rekod buruk dengan kelab EPL. Sepanjang perlawanan Real Madrid jarang sekali mendapat ruang seperti di Bernabeu. Walaupun lebih banyak menguasai bola tapi pertahanan United masih mampu mengehad kemaraan mereka.


Tapi peminat 'Asal Bukan Man Utd' bersorak apabila mendengar berita kekalahan Manchester United. Biasanya penyokong ni bosan sebab pasukan United jarang kalah.  Perlawanan awal pagi tadi jelas memihak kepada United sehinggalah pengadil melayangkan kad merah kepada Nani.



Jose Mourinho juga mengakui, United bermain lebih baik dari Real Madrid. Tapi dalam bola sepak kita tidak boleh jangka apa yang akan berlaku dalam sesuatu perlawanan.



Ramai yang cakap kad merah tu memang patut diberikan. Jika dilihat ulang tayang Nani memang berusaha untuk mendapatkan bola sebelum jatuh ke bawah. Arbeloa juga berlari ke arah yang sama dan berlaku perlanggaran yang tidak disengajakan. Jika difikir secara logik, takkan Nani sengaja nak tendang Arbeloa sedangkan Manchester United sedang lead 1-0.


Video : Perlawanan Manchester United vs Real Madrid [Klik]


REKOD PENGADIL TURKI CUNEYT CAKIR



Tiada tekanan kepada pasukan Manchester United ketika itu. Mungkin pengadil nampak dari sudut berbeza. Pengulas dan rata-rata penonton terkejut bila melihat warna kad yang dikeluarkan. Keputusan pengadil muktamad. Memang ini keputusan yang pahit untuk ditelan. Pujian harus diberikan kepada pasukan United yang berjaya menyerang Real Madrid dalam 15 minit terakhir dan hampir menambah jaringan.



Pertahanan United lebih kental dari Barcelona



Secara jujurnya, aku memang tidak menyangka SAF akan menurunkan line up seperti itu. Rooney, Valencia dan Anderson yang aku target untuk main berada di bangku simpanan. Percaturan taktik yang berkesan apabila United mempunyai 3@4 peluang untuk menjaringkan gol dalam separuh masa pertama.



Welbeck dilihat menjadi nadi penggerak dalam kebanyakan gerakan United dan mempunyai masa depan yang cerah. Musim depan dengan kehadiran Wilfred Zaha, kombinasi serangan akan jadi lebih mantap.







Melihat kepada statistik di atas, taktikal Mourinho memang tepat. Sejurus selepas  Nani menerima kad merah, beliau menggantikan Arbeloa yang sudah memiliki kad kuning dengan penjaring gol pertama Madrid, Luka Modric. Ketika ini mungkin Real Madrid menggunakan formasi 3-4-3 untuk mencari gol tempat lawan.



United masih belum dapat rentak dan dipaksa bertahan selama 10 minit selepas Nani diarah keluar padang. Ronaldo akhirnya menjaringkan gol kedua di tempat lawan dan United harus score 3 gol untuk layak ke suku akhir UEFA Champions League.






SAF mungkin menunggu terlalu lama untuk membawa masuk Rooney dan Valencia untuk mencari gol penyelamat. Faktor 2 gol Madrid dalam masa 3 minit mungkin menyukarkan plan beliau. Apapun yang terjadi, United kurang bernasib baik dalam perlawanan itu.



Pengajaran : Walaupun pasukan anda bermain baik, jika keputusan pengadil tidak menyebelahi, kekalahan boleh berlaku.



Dari 3 kejuaraan, kini United hanya tinggal EPL dan FA Cup sahaja. Mungkin ada hikmah di atas kejadian ini. Fokus untuk dapatkan gelaran ke-20 EPL dan Piala FA pertama kali sejak 2004. #GGMU. Tahniah Real Madrid & Ronaldo.


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

No Responses to " Manchester United Tetap Hebat Walaupun Kalah dengan Real Madrid "

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets