Showing posts with label dortmund. Show all posts

 

Keputusan UEFA Champions League 2013/14 Matchday 5 | 27 November 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , ,

3 PASUKAN SUDAH LAYAK


KEPUTUSAN UCL ARSENAL VS MARSEILLE 27 NOV 2013, DORTMUND VS NAPOLI 27.11.2013, CHELSEA VS FC BASEL 26 27 NOVEMBER 2013 PAGI TADI

Jadual Terkini UCL 2013/14 Setiap Minggu [Klik]

Barcelona akan mengesahkan tempat ke pusingan kalah mati jika berjaya mengutip satu mata dalam perlawanan menentang Ajax awal pagi ini.  Selepas mengharungi empat perlawanan peringkat kumpulan, hanya tiga pasukan saja yang sudah layak secara automatik iaitu Bayern Munich, Manchester City dan Atletico Madrid. Mungkin angka ini akan bertambah sebentar lagi.



Barcelona dan Ajax mempunyai sejarah dalam UEFA Champions League yang berbeza walaupun kedua pasukan ini sudah memenangi empat kejuaraan. Ajax begitu hebat sewaktu era 70-an tetapi Barcelona mendominasi bola sepak Eropah sejak 8 tahun kebelakangan ini. Dalam perlawanan pusingan pertama, Barcelona tiada masalah menewaskan Ajax dengan jaringan 4-0. Pagi ini mereka harus bertandang ke Amsterdam Arena tanpa ayam tambatan Messi.



Dalam kumpulan lain, Chelsea dan Arsenal juga boleh layak jika menewaskan lawan masing-masing. Pastinya tempat selaku juara kumpulan akan dicari bagi mengelak pertemuan dengan lawan yang sukar di pusingan 16 terakhir.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan UEFA Champions League 2013/14 Matchday 4 | 7 November 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , ,

LALUAN CHELSEA DAN ARSENAL MASIH SAMAR


KEPUTUSAN ARSENAL VS DORTMUND VS ARSENAL 7 NOVEMBER 2013 PAGI INI, VIDEO KEPUTUSAN TERKINI DORTMUND VS ARSENAL BARCELONA VS AC MILAN 7 NOV 2013

Jadual Terkini UCL 2013/14 Setiap Minggu [Klik]

Chelsea dan Arsenal akan meneruskan misi pencarian 3 mata berharga untuk membolehkan mereka berada pada landasan terbaik untuk mara ke pusingan kalah mati UEFA Champions League 2013/14. Berbekalkan 6 mata dari 3 perlawanan belum cukup selesa untuk dua kelab Inggeris itu. Chelsea akan menerima kunjungan kelab Jerman, Schalke 04 di Stamford Bridge. Arsenal pula bakal membuat perhitungan juga dengan kelab dari Jerman, Dortmund, naib juara UCL 2012/13.



Mampukah Ozil dan Mertesacker membawa pulang 3 mata dari negara asal mereka dan membantu Arsenal mengukuhkan kedudukan di tempat teratas kumpulan F? Nantikan perlawanan tumpuan awal pagi ini.



Dalam kumpulan G, Atletico Madrid boleh mengesahkan tempat ke pusingan kalah mati jika menang menentang kelab tercorot, Austria Vienna. Dalam kumpulan H pula, Barcelona perlu menang ke atas AC Milan jika mahukan slot selaku juara kumpulan.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan UEFA Champions League 2013/14 Matchday 3 | 23 Oktober 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , ,

ARSENAL DAN BARCELONA PASUKAN PILIHAN



Jadual Terkini UCL 2013/14 Setiap Minggu [Klik]

AC Milan bakal melayan Barcelona di San Siro awal pagi esok. Pertemuan dua gergasi bola sepak Eropah ini amat dinantikan oleh peminat seluruh dunia. Barcelona mendahului kumpulan H dengan 6 mata manakala AC Milan berada di tempat ke-2 dengan 4 mata. Jika Milan berhasrat untuk menjadi juara kumpulan, mereka perlu menang dalam perlawanan ini untuk mencerahkan peluang sebelum bertandang ke Nou Camp.



Dalam kumpulan F, Arsenal bakal berdepan jentera serangan Dortmund yang diketuai Robert Lewandowski. Perlawanan ini pasti sengit kerana Wenger dan Klopp masing-masing gemar corak permainan menyerang dan counter attack.



Chelsea pula akan ke Germany untuk menentang pendahulu kumpulan E, Schalke 04. Mampukah kelab Inggeris itu menewaskan kelab dari Germany yang begitu unggul di laman mereka?

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

UCL : Bayern Munich Juara UEFA Champions League 2013 | Treble Dalam Genggaman

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , ,

ROBBEN AKHIRNYA PADAM MEMORI SILAM



Bayern Munich 2-1 Dortmund

Setahun yang lalu beliau menjadi punca kegagalan Bayern Munich mewaskan Chelsea di Final UEFA Champions League apabila gagal menyempurnakan sepakan penalti sebelum tamat masa tambahan. Kali ini Robben menebus kekecewaan itu dengan gol minit terakhir perlawanan bagi menghadiahkan kejuaraan ke-5 buat Bayern Munich di pentas UCL.


Syabas juga kepada mereka kerana hampir mencipta kejuaraan treble setelah menang liga dan piala domestik (DFB Pokal) minggu depan. Orang yang bertanggungjawab di sebalik kejayaan ini tentunya pengurus mereka yang akan meninggalkan kelab itu - Jupp Heynckes untuk memberi laluan kepada Pep Guardiolla.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Siaran Langsung Perlawanan Final UEFA Champions League 2013 | Bayern Muncih vs Borussia Dortmund

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , ,

BILA DUA KELAB JERMAN BERTEMBUNG




Sejarah bakal termaktub pada 26 Mei 2013 apabila 2 kelab Jerman bakal berentap sesama sendiri di perlawanan akhir UEFA Champions League buat pertama kalinya. Setelah diundi pada 14 April, Dortmund akan bertindak selaku tuan rumah di Stadium Wembley nanti. Format pertandingan kalah mati bermula dengan 90 minit dan bersambung ke masa tambahan 30 minit jika masih tiada pemenang. Jika keputusan masih terikat sepakan penalti akan menentukan juara Eropah 2013.


Bayern Munich sudah layak ke final buat kali ke-3 dalam sejak tahun 2010. Setelah kecewa dalam 2 final kepada Inter Milan dan Chelsea, sudah pasti mereka tidak mahu tewas lebih-lebih lagi kepada musuh tradisi mereka dalam Bundesliga. Dortmund yang menunjukkan prestasi cemerlang di peringkat Eropah juga ingin menebus kekalahan mereka kepada Bayern Munich dalam perebutan takhta liga domestik dan Piala Jerman (BFM Pokal).

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

UCL : Keputusan Perlawanan Real Madrid vs Borussia Dortmund | Separuh Akhir Kedua 1 Mei 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , ,

DORTMUND TEPATI RAMALAN KE FINAL UEFA CHAMPIONS LEAGUE


DORTMUND LAYAK KE FINAL UEFA CHAMPIONS LEAGUE 2013

Real Madrid 2-0 Dortmund (Agg 3-4)

Berbekalkan kelebihan keputusan 4-1 dalam perlawanan pertama, Dortmund bertekad untuk menghalang apa jua bentuk kebangkitan Real Madrid dalam perlawanan timbal balik awal pagi tadi. Misi Real untuk menang sekurang-kurangnya 3-0 gagal apabila Dortmund berjaya menidakkan keajaiban tersebut berlaku sambil dibantu tiupan wisel penamat.


Kedua pasukan mempamerkan corak permainan menyerang yang menarik. Real Madrid menguasai 15 minit pertama dan hampir menjaringkan gol awal jika lebih bernasib baik. Namun mereka terpaksa menunggu hingga minit ke-83 oleh Benzema untuk gol pertama yang seterusnya menaikkan semangat pemain dan penyokong di Bernabeu. Selang 3 minit kemudian, giliran Sergio Ramos menjaringkan gol dan meletakkan Real 1 gol sahaja untuk menempah tiket ke Final UEFA Champions League.


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

UCL : Keputusan Separuh Akhir Pertama Borussia Dortmund vs Real Madird

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , ,

DORTMUND 4-1 REAL MADRID


keputusan perlawanan UEFA champions league semi final separuh akhir 1st leg borussia dortmund vs real madrid 25 april 2103


Lewandoski menjaringkan empat (4) gol untuk memberikan pasukan Dortmund kelebihan di separuh akhir pertama. Real Madrid bagaimanapun berjaya mendapat 1 gol di tempat lawan menerusi Cristiano Ronaldo. Nampaknya wakil dari Jerman ini menggunakan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri untuk memenangi perlawanan menentang wakil Sepanyol.


Semalam, Bayern Munich mudah menewaskan Barcelona dengan 4-0. Adakah kita akan menyaksikan Final di antara Bayern Muncih vs Borussia Dortmund? Dortmund hanya perlu seri di Bernabeu atau tidak kalah lebih dari 3 gol kepada Real Madrid dalam separuh akhir kedua nanti.


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2023
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/