Home » , , , , , , , , , , » Siaran Langsung Perlawanan Final UEFA Champions League 2013 | Bayern Muncih vs Borussia Dortmund

Siaran Langsung Perlawanan Final UEFA Champions League 2013 | Bayern Muncih vs Borussia Dortmund

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , ,

BILA DUA KELAB JERMAN BERTEMBUNG




Sejarah bakal termaktub pada 26 Mei 2013 apabila 2 kelab Jerman bakal berentap sesama sendiri di perlawanan akhir UEFA Champions League buat pertama kalinya. Setelah diundi pada 14 April, Dortmund akan bertindak selaku tuan rumah di Stadium Wembley nanti. Format pertandingan kalah mati bermula dengan 90 minit dan bersambung ke masa tambahan 30 minit jika masih tiada pemenang. Jika keputusan masih terikat sepakan penalti akan menentukan juara Eropah 2013.


Bayern Munich sudah layak ke final buat kali ke-3 dalam sejak tahun 2010. Setelah kecewa dalam 2 final kepada Inter Milan dan Chelsea, sudah pasti mereka tidak mahu tewas lebih-lebih lagi kepada musuh tradisi mereka dalam Bundesliga. Dortmund yang menunjukkan prestasi cemerlang di peringkat Eropah juga ingin menebus kekalahan mereka kepada Bayern Munich dalam perebutan takhta liga domestik dan Piala Jerman (BFM Pokal).



Kedua pasukan mempunyai corak permainan menyerang yang hebat. Ini dibuktikan dalam perlawanan separuh akhir apabila mereka menyingkirkan 2 jagoan Eropah dari Sepanyol (Real Madrid & Barcelona). Bayern Munich memburu gelaran ke-5 manakala Dortmund mencari gelaran ke-2. 


Antara pemain utama yang perlu diberi perhatian ialah penyerang Dortmund, Robert Lewandowski yang kini sudah menjaringkan 10 gol dalam kejohanan UEFA Champions League musim ini. Bayern Munich juga mempunyai ayam tambatan mereka seperti Arjen Robben, Ribery dan Muller.



Siaran Langsung Perlawanan Akhir UEFA Champions League 2013

Bayern Munich vs Borussia Dortmund



26 Mei 2013 (Ahad)

2.45 am waktu Malaysia

Live @ Astro SuperSport (810) HD (831)


 Link Live Streaming [Klik]




Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

No Responses to " Siaran Langsung Perlawanan Final UEFA Champions League 2013 | Bayern Muncih vs Borussia Dortmund "

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets