Home » , , , , , , , , » UCL : Keputusan Perlawanan Real Madrid vs Borussia Dortmund | Separuh Akhir Kedua 1 Mei 2013

UCL : Keputusan Perlawanan Real Madrid vs Borussia Dortmund | Separuh Akhir Kedua 1 Mei 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , ,

DORTMUND TEPATI RAMALAN KE FINAL UEFA CHAMPIONS LEAGUE


DORTMUND LAYAK KE FINAL UEFA CHAMPIONS LEAGUE 2013

Real Madrid 2-0 Dortmund (Agg 3-4)

Berbekalkan kelebihan keputusan 4-1 dalam perlawanan pertama, Dortmund bertekad untuk menghalang apa jua bentuk kebangkitan Real Madrid dalam perlawanan timbal balik awal pagi tadi. Misi Real untuk menang sekurang-kurangnya 3-0 gagal apabila Dortmund berjaya menidakkan keajaiban tersebut berlaku sambil dibantu tiupan wisel penamat.


Kedua pasukan mempamerkan corak permainan menyerang yang menarik. Real Madrid menguasai 15 minit pertama dan hampir menjaringkan gol awal jika lebih bernasib baik. Namun mereka terpaksa menunggu hingga minit ke-83 oleh Benzema untuk gol pertama yang seterusnya menaikkan semangat pemain dan penyokong di Bernabeu. Selang 3 minit kemudian, giliran Sergio Ramos menjaringkan gol dan meletakkan Real 1 gol sahaja untuk menempah tiket ke Final UEFA Champions League.




Kemenangan 2-0 berpihak kepada Real Madrid. Dortmund mensia-siakan 2 peluang keemasan sebelum itu untuk memberi sedikit keselasaan dengan gol di tempat lawan. Namun kecekapan penjaga gol Madrid menafikan percubaan bahaya Gundogan & Lewandoski.


Jika Real Madrid rasa kecewa, beginilah adat permainan bola sepak kalah mati. Mereka juga telah mendapat kelebihan sewaktu menewaskan United di peringkat 16 terakhir.  Dalam 2 siri perlawanan nyata Dortmund merupakan pasukan yang lebih baik.

Tahniah Dortmund! Mungkin kita akan lihat pertembungan Dortmund vs Bayern di Final nanti


Highlight Perlawanan Real Madird vs Borussia Dortmund




Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

No Responses to " UCL : Keputusan Perlawanan Real Madrid vs Borussia Dortmund | Separuh Akhir Kedua 1 Mei 2013 "

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets