Teknologi Garisan Gol Akan Digunakan Semasa World Cup 2014
Penulis: Que | Kategori: analisis , bola sepak , dailymotion , FIFA , sukan , teknologi , video , youtube
Pengadil Perlukan Bantuan Teknologi
Akhirnya FIFA setuju untuk menggunakan Goal Line Technology (GLT) secara rasminya pada kejohanan World Cup 2014 di Brazil. Sebelum ini ramai pengurus pasukan mendesak pihak pengurusan supaya melakukan sesuatu bagi membantu pengadil dan penjaga garisan membuat keputusan penting.
Bayangkan dalam permainan pantas agak sukar bagi mereka melihat kejadian dengan mata kasar. Hanya ulang tayang dapat menunjukkan hakikat sebenar apa yang berlaku dalam masa 1-2 saat itu.
Jika sebelum ini banyak kontroversi berkait dengan sama ada bola sudah melepasi garisan gol atau belum. Dengan adanya teknologi ini diharap dapat membantu meningkatkan mutu pengadilan sukan bola sepak dunia.
Sukan tenis umpama sudah memperkenalkan teknologi video seperti ini. Pemain boleh mencabar keputusan umpire jika tidak berpuas hati. Tapi bilangan hanya terhad kepada 3 kali per set.
"Pengadil juga manusia yang boleh melakukan kesilapan"
Teknologi garisan gol ini telah diuji pada Kejohanan Piala Kelab Dunia 2012 di Yokohama dan berjaya menyakinkan Presiden FIFA akan keberkesanannya. Justeru teknologi ini akan diteruskan dalam Kejohanan Piala Konfiderasi 2013 dan Piala Dunia 2014 nanti.
Mari kita lihat bagaimana Goal Line Technology berfungsi
Video kontroversi garisan gol dalam perlawanan penting
Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
February 20, 2013 at 10:58 PM
memang patut utk elak kontroversi berterusan
[Reply to comment]February 21, 2013 at 7:47 AM
@Zool Blogger Yeah. teknologi yg bgus