UCL : Keputusan Perlawanan Separuh Akhir Pertama Bayern Munich vs Barcelona
Penulis: Que | Kategori: astro , barcelona , bayern , bola sepak , dailymotion , highlight , keputusan perlawanan , sukan , ucl , UEFA Champions League , youtube
BAYERN MUNICH 4-0 BARCELONA
Pertembungan 2 gergasi eropah mewakili negara Jerman dan Sepanyol berakhir dengan keputusan luar jangka. Bayern Munich menguasai keseluruhan perlawanan dan meletakkan sebelah kaki di Final UEFA Champions League 2012/2013 apabila membelasah Barcelona 4-0.
Gol-gol Bayern dijaringkan oleh Muller (2), Gomes & Robben. Barcelona nyata gagal untuk menyaingi kepantasan dan fizikal pemain Bayern. Juara Bundesliga itu menggunakan kelebihan beraksi di laman sendiri dan mampu merehatkan pemain utama hujung minggu ini. Barcelona sebaliknya masih perlu menang perlawanan liga domestik untuk muncul sebagai juara.
Barcelona perlu menyalahkan diri sendiri kerana tiada plan B dan corak permainan tiki taka sudah mudah dibaca oleh pihak lawan. Pep Guardiola yang bakal menyertai Bayern musim depan dilihat bakal memperkuatkan status Bayern di peringkat Eropah.
Highlight Perlawanan Bayern Munich vs Barcelona | 24 April 2013
Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
Leave a Reply
Terima kasih atas komen anda :)
Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK
Selamat Mencuba..