Showing posts with label kerajaan. Show all posts

 

Android : Aplikasi myJakim banyak membantu tentang kemusykilan agama

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , ,

 APLIKASI JABATAN KERAJAAN

MYJAKIM ANDROID AND APPLE STORE


Jika anda mempunyai smartphone yang canggih, anda perlu download aplikasi ini. Lebih-lebih lagi kita yang beragama Islam. Tahniah kepada MAMPU dan JAKIM kerana menghasilkan satu aplikasi yang sangat bagus dan memudahkan urusan seharian kita. Seiring dengan kemajuan teknologi, adalah menjadi tanggungjawab agensi kerajaan menyampaikan maklumat yang tepat dan pantas kepada rakyat.



Apa dia myJakim ni? JAKIM adalah singkatan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Sebelum ini kita terpaksa menggunakan lebih dari satu aplikasi untuk info solat, surah Yassin dan Doa Harian. Tapi dalam aplikasi myJakim mereka menyediakan pelbagai infomasi dalam satu aplikasi sahaja.



Yang menariknya, siap ada koleksi Khutbah Jumaat dan Direkotri Halal. Memang boleh dapat dalam web. Tapi kalau guna smartphone atau tablet lebih mudah jika ada aplikasi begini. Anda juga boleh menyemak Fatwa Kebangsaan atau Negeri dan juga koleksi soalan dan jawapan berkaitan agama.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual Gaji dan Bonus Kakitangan Awam 2014

Penulis: Que | Kategori: , , , , , ,

HARI PENTING PENJAWAT AWAM


TUNGGU GAJI SETIAP BULAN, TARIKH GAJI KERAJAAN 2014

Jadual Gaji Kerajaan Tahun 2013 [Klik]

Jadual Gaji dan Bonus Tahun 2014 Kakitangan Kerajaan. Secara teorinya pembayaran gaji penjawat awam akan dibuat pada setiap 25 hari bulan atau pun hari Khamis jika tarikh 25 jatuh pada hari cuti. Tetapi kadang-kadang kerajaan memberi gaji lebih awal apabila terdapat sesuatu perayaan besar dalam bulan tersebut.



Begitulah senario setiap tahun. Mereka lebih mudah membuat perancangan kerana jadual pembayaran sudah ditetapkan. Kadang-kadang baru dapat gaji bulanan selang seminggu sudah masuk gaji bulan baru. Lepas tu kena tunggu sebulan lebih untuk gaji seterusnya.



Pokok pangkalnya, perlu beringat kerana kemudahan yang diberikan bukan untuk menyusahkan kita kemudian hari. Jika sumber itu dari kerja kita yang ikhlas dan amanah, In Sya Allah keberkatan gaji itu ada walaupun tidak besar mana.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Subjek Baru Untuk Murid Darjah Empat Bermula 2014

Penulis: Que | Kategori: , , , ,

BARU TERSEDAR?

SUBJEK BARU UNTUK MURID DARJAH 4, 2014 SUBJEK BARU SEKOLAH RENDAH


Terkejut dengar berita di Hot FM pagi tadi. Kementerian Pendidikan akan memasukkan silibus 3 subjek baru dalam kurikulum untuk semua sekolah kebangsaan. Mulai tahun depan murid Tahun Empat sekolah kebangsaan akan mula belajar tiga subjek baru, iaitu Reka Bentuk dan Teknologi (RBT), Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dan Sejarah.



Nampaknya kerajaan sudah mula tersedar tentang pentingnya pendedahan awal kepada bidang-bidang tertentu yang mampu meningkatkan produktiviti negara. Di Jepun misalnya, anak-anak sudah didedahkan dengan pembelajaran tentang bidang yang mereka minati. Sebab itu kenapa ramai orang yang bijak pandai di sana. Lihat entri 10 sebab Jepun lebih maju.



Kita lihat bagaimana Jepun bangkit selepas di bom satu ketika dulu dan kini mereka meninggalkan kita jauh di belakang. Masalah di negara kita, bila dah masuk sekolah menengah atau universiti baru nak fokus minat lah apa lah. Jadi berita ini memang menggembirakan aku dan seluruh rakyat Malaysia. Tahniah!

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

[Gambar] Ringkasan Intipati BAJET 2014 | Rumusan Akhir

Penulis: Que | Kategori: , , , , ,

BAJET RAKYAT? | ISI KANDUNGAN BAJET 2014

GAMBAR KANDUNGAN INTIPATI BAJET 2014, VISUAL BAJET 2014 SECARA RINGKAS, RUMUSAN BAJET 2014
kredit : aiskosong.com

Petang semalam berakhirnya Pembentangan Bajet 2014 oleh YAB Perdana Menteri Malaysia di bangunan Parlimen. Bertemakan ‘Memperteguhkan Ketahanan Ekonomi, Memperkasakan Transformasi dan Melaksanakan Janji’ bajet itu menggariskan lima teras iaitu Merancak Aktiviti Ekonomi; Mengukuh Pengurusan Fiskal; Mengungguli Modal Insan; Mempergiat Pembangunan Bandar dan Luar Bandar dan Mensejahterakan Kehidupan Rakyat.



Ramai yang merungut tentang initipati Bajet 2014. Gula naik, minyak naik, GST lagi. Sebenarnya satu perkara penting yang mereka lupa ialah bersyukur. Bersyukur kerana mereka masih mampu melihat Bajet 2014 dan menilai. Ingatlah Allah Maha Adil. Jika kita rasa susah ada lagi yang susah dari kita.



Bukan mudah untuk puaskan hati semua pihak. Terima secara positif. Apa yang kita boleh lakukan sekarang ialah menerapkan langkah berjimat dan meningkatkan usaha untuk menyelesaikan masalah akan datang. Terima kasih kepada kakitangan kerajaan yang bertungkus lumus menyiapkan Bajet 2014.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Live Streaming Pembentangan BAJET 2014 | Siaran Langsung 25 Oktober 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , ,

ISU KOS SARA HIDUP JADI TUMPUAN


LIVE BAJET 2014 25 OKTOBER 2013, LINTAS LANGSUNG SIARAN BAJET 2013 NAJIB RAZAK, UCAPAN PEMBENTANGAN BELANJAWAN NEGARA 2014


Petang ini seluruh rakyat Malaysia akan menantikan Pembentangan Bajet 2014 oleh Y.A.B Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Razak di Parlimen Malaysia.



Antara isu yang paling hangat dibangkitkan ialah kos sara hidup yang semakin tinggi saban hari. Masih segar dalam ingatan, kenaikan harga petrol RON 95, RON 97 dan Diesel. Akibatnya ramai peniaga yang mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barangan mereka.



Ada juga pihak yang menggesa supaya kerajaan membuat pelepasan cukai kepada golongan pertengahan. Ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban hidup mereka. Untuk penjawat awam, khabar angin mengatakan akan ada berita gembira untuk anda semua. Bonus?

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

KEPUTUSAN PERMOHONAN PERUMAHAN PENJAWAT AWAM 1 MALAYSIA (PPA1M)

Penulis: Que | Kategori: , , , , ,

SEMAK STATUS KEPUTUSAN PPA1M 2014


SEMAK KEPUTUSAN PERMOHONAN PERUMAHAN PENJAWAT AWAM 1 MALAYSIA 2013, BILA KEPUTUSAN PPA1M, CARA SEMAK KEPUTUSAN PPA1M, STATUS PERMOHONAN PPA1M, perumahan penjawat awam 1 malaysia,


Updates : Keputusan PPA1M Fasa 1 (Siri 4) akan keluar selepas 26 Jun 2014


Keputusan Permohonan PPA1M akan keluar pada 24 Jun 2013. Kepada semua penjawat awam yang telah memohon boleh membuat semakan di laman web Perbadanan Putrajaya (klik) atau hubungi talian 03-8887 8046/8212. Fasa pertama membabitkan pembinaan sejumlah 1,256 unit di Presint 17 dan 256 unit di Presint 11. Ia dijangka siap dalam tempoh 18 bulan.



Difahamkan lebih 5000 permohonan yang telah diterima untuk 1512 unit rumah. Permohonan yang tinggi disebabkan mereka hanya perlu membayar minimum RM2,000 sebagai deposit dan mula membuat bayaran apabila mula mendiaminya.
 

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Senarai Ranking Harga Minyak Petrol Termahal Dunia 2013 | Negara Malaysia Murah?

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , ,

Top 60 Harga Minyak Petrol Dunia | Kajian Bloomberg


carta harga petrol dunia 2013,harga minyak dunia semasa,harga minyak petrol sedunia,HARGA MINYAK PETROL DUNIA 2013,NEGARA YANG MEMPUNYAI HARGA MINYAK PETROL TERMAHAL TERMURAH 2013 DUNIA,KAJIAN HARGA PETROL DUNIA,KEDUDUKAN RANKING MALAYSIA PETROL DUNIA


Updates : Kenaikan Harga Minyak 2013 [klik sini]


AMARAN! Ini bukan entri politik. Hanya bertujuan berkongsi isu semasa kepada pembaca blog. Aku kurang mahir nak cerita pasal politik ni. Serah pada yang lebih pakar.



Baru-baru ini Blomberg ada mengeluarkan kajian tentang 'Perbandingan Harga Minyak Petrol Termahal & Termurah Mengikut Negara'. Tahun 2013 negara yang mendapat tempat pertama minyak petrol paling mahal adalah ... TURKEY!! 


Segelen = 3.78541 liter = $9.89 = RM 30.60

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Terima Kasih | Ucapan Ringkas Tapi Penuh Makna

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , ,

Seperti ada pihak pengurusan atasan membaca luahan isi hati aku terdahulu (perasan betol la).. Biasanya doa orang yang dianiaya ni dimakbulkan.. Hehehe.. Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan ribuan JUTAAN terima kasih kerana merombak struktur unit baru.. Kini aku boleh  fokus lebih kepada kerjaya aku sebagai perunding ICT serta kerja-kerja yang melibatkan penghasilan karya kreatif.. Thanks a lot.. Minggu ni aku sangat bz sebab dapat job baru berprofil tinggi.. Ada jugak orang percaya pada bakat kurniaan Allah yang tak seberapa ni..



gambar terima kasih, gambar thank you comel, GAMBAR PERKATAAN TERIMA KASIH
Gambar : Google


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/