NO COMMENTS
[Gambar] Ringkasan Intipati BAJET 2014 | Rumusan Akhir
Penulis: Que | Kategori: bajet 2014 , intipati , jimat duit , kerajaan , najib , rumusan
BAJET RAKYAT? | ISI KANDUNGAN BAJET 2014
kredit : aiskosong.com |
Petang semalam berakhirnya Pembentangan Bajet 2014 oleh YAB Perdana Menteri Malaysia di bangunan Parlimen. Bertemakan ‘Memperteguhkan Ketahanan Ekonomi, Memperkasakan Transformasi
dan Melaksanakan Janji’ bajet itu menggariskan lima teras iaitu
Merancak Aktiviti Ekonomi; Mengukuh Pengurusan Fiskal; Mengungguli Modal
Insan; Mempergiat Pembangunan Bandar dan Luar Bandar dan
Mensejahterakan Kehidupan Rakyat.
Ramai yang merungut tentang initipati Bajet 2014. Gula naik, minyak naik, GST lagi. Sebenarnya satu perkara penting yang mereka lupa ialah bersyukur. Bersyukur kerana mereka masih mampu melihat Bajet 2014 dan menilai. Ingatlah Allah Maha Adil. Jika kita rasa susah ada lagi yang susah dari kita.
Bukan mudah untuk puaskan hati semua pihak. Terima secara positif. Apa yang kita boleh lakukan sekarang ialah menerapkan langkah berjimat dan meningkatkan usaha untuk menyelesaikan masalah akan datang. Terima kasih kepada kakitangan kerajaan yang bertungkus lumus menyiapkan Bajet 2014.
Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq