Showing posts with label bajet 2014. Show all posts

 

[Gambar] Ringkasan Intipati BAJET 2014 | Rumusan Akhir

Penulis: Que | Kategori: , , , , ,

BAJET RAKYAT? | ISI KANDUNGAN BAJET 2014

GAMBAR KANDUNGAN INTIPATI BAJET 2014, VISUAL BAJET 2014 SECARA RINGKAS, RUMUSAN BAJET 2014
kredit : aiskosong.com

Petang semalam berakhirnya Pembentangan Bajet 2014 oleh YAB Perdana Menteri Malaysia di bangunan Parlimen. Bertemakan ‘Memperteguhkan Ketahanan Ekonomi, Memperkasakan Transformasi dan Melaksanakan Janji’ bajet itu menggariskan lima teras iaitu Merancak Aktiviti Ekonomi; Mengukuh Pengurusan Fiskal; Mengungguli Modal Insan; Mempergiat Pembangunan Bandar dan Luar Bandar dan Mensejahterakan Kehidupan Rakyat.



Ramai yang merungut tentang initipati Bajet 2014. Gula naik, minyak naik, GST lagi. Sebenarnya satu perkara penting yang mereka lupa ialah bersyukur. Bersyukur kerana mereka masih mampu melihat Bajet 2014 dan menilai. Ingatlah Allah Maha Adil. Jika kita rasa susah ada lagi yang susah dari kita.



Bukan mudah untuk puaskan hati semua pihak. Terima secara positif. Apa yang kita boleh lakukan sekarang ialah menerapkan langkah berjimat dan meningkatkan usaha untuk menyelesaikan masalah akan datang. Terima kasih kepada kakitangan kerajaan yang bertungkus lumus menyiapkan Bajet 2014.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Live Streaming Pembentangan BAJET 2014 | Siaran Langsung 25 Oktober 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , ,

ISU KOS SARA HIDUP JADI TUMPUAN


LIVE BAJET 2014 25 OKTOBER 2013, LINTAS LANGSUNG SIARAN BAJET 2013 NAJIB RAZAK, UCAPAN PEMBENTANGAN BELANJAWAN NEGARA 2014


Petang ini seluruh rakyat Malaysia akan menantikan Pembentangan Bajet 2014 oleh Y.A.B Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Razak di Parlimen Malaysia.



Antara isu yang paling hangat dibangkitkan ialah kos sara hidup yang semakin tinggi saban hari. Masih segar dalam ingatan, kenaikan harga petrol RON 95, RON 97 dan Diesel. Akibatnya ramai peniaga yang mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barangan mereka.



Ada juga pihak yang menggesa supaya kerajaan membuat pelepasan cukai kepada golongan pertengahan. Ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban hidup mereka. Untuk penjawat awam, khabar angin mengatakan akan ada berita gembira untuk anda semua. Bonus?

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2023
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/