Showing posts with label barcelona. Show all posts

 

Siaran Langsung Perlawanan Chelsea vs Bayern Munich | UEFA Super Cup 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , ,

PILIHAN ANDA : CHELSEA ATAU BAYERN MUNICH?


MOURINHO VS GUARDIOLA STATISTIC, CHELSEA VS BAYERN MUNICH 2013 ASTRO LIVE

Updates : Chelsea 2 - 2 Bayern Munich (Bayern mng penalti 5-4)


Siapa tak kenal dengan pengurus pasukan Chelsea dan Bayern Munich. Mereka berdua antara pengurus yang hebat masa kini. Dari aspek pengurusan pemain hinggalah kepada taktik perlawanan, Jose Mourinho dan Pep Guardiola memang disegani. Minggu ini mereka akan bersemuka dalam UEFA Super Cup 2013 setelah hampir setahun tidak bertemu.



Bayern Munich layak selaku juara UEFA Champions League 2012/13 manakala Chelsea pula dengan status juara UEFA Europa League 2012/13. Edisi UEFA Super 2013 ini merupakan kali ke-38 dan akan diadakan di Eden Arena, Prague, Czech Republic.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Top 5 : Keputusan Terbaik Yang Pernah Dibuat Dalam Sukan Bola Sepak

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , ,

SIR ALEX FERGUSON UNGGULI CARTA




Ketinggalan 1-0 oleh jaringan Basler seawal minit ke-6, United hampir-hampir menerima kekalahan dalam Final UEFA Champions League 1998/1999. Masa perlawanan masih berbaki 3 minit (masa tambahan). Sepakan penjuru Beckham disambar Teddy Sheringham. Stadium Nou Camp bergema dengan sorakan penyokong Manchester United. Gol!! United berjaya mengikat Bayern dengan kedudukan 1-1.


Selang 2 minit, United mendapat 1 lagi sepakan penjuru. Keadaan menjadi semakin mendebarkan. Beckham sekali lagi menghantar bola dan kali ini Ole Gunner Solskjaer pula meranapkan impian Bayern Munich. Kedudukan 2-1 kekal hingga tamat perlawanan.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Siaran Langsung Perlawanan Barcelona vs Atletico Madrid | Spanish Super Cup 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , ,

DAVID VILLA VS BARCELONA?


BARCELONA VS ATLETICO MADRID VS BARCELONA 2013 LIVE ASTRO, LIVE STREAMING BARCA VS ATLETICO MADRID


Updates : Barcelona Juara Spanish Super Cup 2013 (away goal)


David Villa akan melayan bekas pasukannya yang bertandang ke Stadium Vicente Calderon dalam pertemuan pertama Spanish Super Cup 2013 awal pagi esok. Spanish Super Cup mempertemukan Juara La Liga - Barcelona dan Juara Copa Del Ray - Atletico Madrid. Perpindahan penyerang sensasi Radamel Falcao ke Monaco [rujuk entri perpindahan terkini dunia 2013] memaksa Atletico Madrid mecari pengganti yang baru. Mereka membida David Villa untuk mengisi kekosongan itu.



Barcelona pula terpaksa melepaskan David Villa disebabkan kemasukan Neymar dengan harga yang agak tinggi. Jadi agak mustahil untuk Villa berada dalam kesebelasan utama. Menjelang Piala Dunia 2014, Villa sudah pasti mahu membuktikan beliau masih layak untuk mewakili negara Sepanyol. Rekod penjaring terbanyak Spain masih dipegang beliau dengan 56 gol sehingga hari ini.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Perlukah Perlawanan Persahabatan Harimau Malaya vs Barcelona? | Atau sekadar mengejar populariti

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , ,

HARIMAU MALAYA SEMAKIN TEMPANG




Apa sudah jadi dengan pasukan Harimau Malaya? Kekalahan demi kekalahan dengan pasukan berstatus kelab mungkin jalan selamat kepada jurulatih kesayangan FAM yang gemar bereksperimen, Datuk K.Rajagobal. Sebab apa? Kalau Malaysia memilih pasukan kerdil yang lain, kekalahan akan mengakibatkan kejatuhan ranking yang ketara. Tapi jika hanya menentang pasukan kelab mungkin hanya jatuh sedikit sahaja disebabkan tiada perlawanan antarabangsa.


Dalam 6 siri perlawanan persahabatan terakhir (Canberra,Sydney FC,Marconi Stallions,Chonburi FC,Chelsea, Shimizu) hanya 1 kemenangan diperolehi, 1 seri dan 4 kalah. Peminat ada hak untuk kritik jika kekalahan itu disebabkan persembahan yang buruk. Kenapa pasukan Harimau Muda boleh bermain lebih baik dari pasukan senior?

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Senarai Barisan Pemain Kebangsaan Malaysia XI vs Chelsea | Barcelona 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , ,

27 PEMAIN HARIMAU MALAYA LAWAN CHELSEA & BARCELONA



Tiket Perlawanan Malaysia vs Chelsea 2013 [Klik]


FAM memang gemar mengatur aksi persahabatan dengan kelab ternama dunia. Chelsea dan Barcelona akan tiba di Malaysia pada 21 Julai dan 10 Ogos depan sebagai perlawanan pemanas badan sebelum bermulanya kempen bola sepak musim 2013/2014. Malangnya timing untuk friendly kali ini jatuh pada bulan Ramadhan dan Hari Raya Aidilfitri.


Peluang ini bakal digunakan oleh peminat bola sepak tanah air untuk melihat sendiri dengan lebih dekat pemain-pemain dari pasukan Chelsea dan Barcelona beraksi tanpa perlu ke Nou Camp atau pun Stamford Bridge.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Senarai Perpindahan TERKINI Pemain Bola Sepak Dunia 2013 | Paling Mahal

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , ,

2013 TRANSFER WINDOW

PERPINDAHAN PEMAIN JUN 2013,RANKING PEMAIN BOLA SEPAK TERMAHAL 2013, SENARAI PENUH LENGKAP PERPINDAHAN PEMAIN TAHUN 2013 TERKINI


Updates : Senarai lengkap perpindahan pemain EPL musim 2013/14 [klik]


Musim 2012/2013 telah melabuhkan tirai hujung minggu lepas. Bayern Munich menjadi kelab Jerman pertama memenangi Treble selepas mengungguli Bundesliga, DVB Pukal & UEFA Champions League. Adakah pasukan ini akan mendominasi Eropah seperti Barcelona ketika dipimpin Pep Guardiola?


Seperti biasa setelah tamat musim kebanyakan kelab akan berlumba-lumba mendapatkan khidmat pemain impian mereka sebelum bermulanya kempen musim hadapan.Yang menariknya pembelian ini melibatkan sejumlah wang yang agak besar dan kadang-kadang tidak masuk akal. Ini kerana status kelab itu sendiri dan juga kemampuan kewangan yang luar biasa setelah dibeli oleh ahli perniagaan yang kaya raya.


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

UCL : Keputusan Perlawanan Barcelona vs Bayern Munich | Separuh Akhir Kedua 2 Mei 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , ,

BAYERN MUNICH MUDAH KETEPIKAN CABARAN BARCELONA

KEPUTUSAN PERLAWANAN BARCELONA VS BAYERN MUNICH 2 MEI 2013

Barcelona 0-3 Bayern Munich (Agg 0-7)

Bayern Munich mengajar Barcelona cara sebenar bermain bola sepak dengan taktik menyerang. Sebelum ini Barcelona dikenali sebagai pasukan yang gemar bermain secara total possession atau penguasaan bola yang tinggi. Tapi mereka lupa gol yang lebih akan menjadi penentu kemenangan. Dalam dua perlawanan Barcelona gagal menjaringkan sebarang gol. 


Jika ada yang bertanya contoh one man team, Barcelona adalah salah satu pasukannya. Tanpa Messi, Barcelona hanyalah sebuah pasukan yang biasa. Sebabnya? Jika Messi berada pada prestasi terbaiknya, pasukan lawan memerlukan sekurang-kurangnya 3 pemain untuk menghalang pergerakan beliau.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

UCL : Keputusan Perlawanan Separuh Akhir Pertama Bayern Munich vs Barcelona

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , ,

BAYERN MUNICH 4-0 BARCELONA

KEPUTUSAN BAYERN VS BARCELONA VS BAYERN UEFA CHAMPIONS LEAGUE SEMI FINAL SEPARUH AKHIR 24 APRIL 2013


Pertembungan 2 gergasi eropah mewakili negara Jerman dan Sepanyol berakhir dengan keputusan luar jangka. Bayern Munich menguasai keseluruhan perlawanan dan meletakkan sebelah kaki di Final UEFA Champions League 2012/2013 apabila membelasah Barcelona 4-0.


Gol-gol Bayern dijaringkan oleh Muller (2), Gomes & Robben. Barcelona nyata gagal untuk menyaingi kepantasan dan fizikal pemain Bayern. Juara Bundesliga itu menggunakan kelebihan beraksi di laman sendiri dan mampu merehatkan pemain utama hujung minggu ini. Barcelona sebaliknya masih perlu menang perlawanan liga domestik untuk muncul sebagai juara.


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual Undian Pasukan Yang Layak Ke Separuh Akhir UEFA Champions League 2012/2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , ,

GERMANY VS SPAIN ??



Selesai sudah perebutan untuk empat (4) tempat ke separuh akhir UEFA Champions League 2012/2013. 2 kelab dari Sepanyol dan Jerman akan menunggu keputusan undian petang esok. Sebelum ini pertemuan separuh akhir diundi bersekali dengan pusingan suku akhir. Kali ini format ditukar dan pasukan yang layak akan diundi semula.


Kebarangkalian mereka untuk bertemu dengan kelab dari negara yang sama tetap ada. Adakah kita akan saksikan El Clasico ke 7 dan 8 musim ini?  Mungkin juga Dormund dan Bayern akan sekali lagi dipertemukan dalam kejohanan Eropah.


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

KEPUTUSAN PERLAWANAN SUKU AKHIR UEFA CHAMPIONS LEAGUE 2012/2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , ,

PSG VS BARCELONA | 3 APRIL 2013

PSG VS BARCELONA 3 APRIL 2013


Saingan UEFA Champions League bersambung awal pagi tadi. Sebanyak 4 perlawanan peringkat suku akhir akan menemui anda dalam masa seminggu. PSG dan Barcelona mencatatkan keputusan seri 2 sama. Bayern Munich mencerahkan harapan ke separuh akhir apabila menumpaskan Juventus 2-0 di halaman sendiri.


Real Madrid, Galatasaray, Malaga dan Dortmund akan bermain esok pagi. Lihat jadual penuh di sini [Klik].

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

KEPUTUSAN UNDIAN SUKU AKHIR UEFA CHAMPIONS LEAGUE 2012/2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , ,

REAL MADRID TERPISAH DARI BARCELONA



Real Madrid berjaya mengelak dari bertemu pasukan gergasi di peringkat suku akhir. Kebarangkalian Final El Clasico masih ada. Berikut adalah keputusan undian perlawanan Suku Akhir UEFA Champions League 2012/2013



Real Madrid vs Galatasaray

PSG vs Barcelona

Malaga vs Dortmund

Bayern Muncih vs Juventus


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Senarai Pasukan Yang Layak Ke Suku Akhir UEFA Champions League 2012/2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , ,

8 PASUKAN BAKAL DIUNDI JUMAAT INI

SESI UNDIAN PERLAWANAN SUKU AKHIR UEFA CHAMPIONS LEAGUE 2012/2013, QUARTER FINALS DRAW  UEFA 2013,WAKTU MALAYSIA


Awal pagi tadi berakhirlah kesemua 32 perlawanan timbal balik pusingan 16 terakhir UEFA Champions League 2012/2013. Musim ini merupakan musim paling malang untuk kesemua kelab EPL yang tersingkir awal dari kejohanan paling berprestij di peringkat Eropah. Spain paling banyak wakil dengan 3 pasukan, Germany dengan 2 wakil serta Italy, Turki dan France masing-masing dengan 1 pasukan.



Persaingan kali ini menarik dengan kemunculan Malaga yang pertama kali layak ke suku akhir Uefa Champions League. Galatasaray juga membuat comeback apabila kali terakhir beraksi pada tahun 2001. Dortmund dan PSG masing-masing kali terakhir beraksi pada tahun 1998 dan 1995


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

UCL : Keputusan Perlawanan Barcelona vs AC Milan | 13 Mac 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , ,

MESSI BUKTIKAN DIRINYA MASIH BERBISA

KEPUTUSAN PERLAWANAN BARCELONA VS AC MILAN 13 MAC 2013,GOL BARCELONA MESSI

FT : Barcelona 4-0 AC Milan


Messi menjaringkan 2 gol untuk membantu pasukan Barcelona bangkit dari ketinggalan 2 gol di tempat lawan. Barcelona layak ke suku akhir dengan agregat 4-2. Kini peluang Barcelona kembali cerah dalam kempen UEFA Champions League.


AC Milan nyata gagal mengulangi corak bertahan yang dipamerkan 3 minggu lalu. Messi meledak seawal minit ke-5 dan menambah jaringan sebelum tamat masa pertama. Villa dan Alba masing-masing menjaringkan gol di separuh masa kedua untuk memberikan kemenangan selesa kepada pasukan tuan rumah


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Perlawanan El Clasico Real Madrid vs Barcelona | 2 Mac 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , ,

REAL MADRID BELUM SEDIA SERAHKAN LA LIGA

keputusan perlawanan el clasico real madrid vs barcelona la liga 2 mac 2013,highlight perlawanan real madrid vs barcelona


Seperti diduga, Jose Mourinho merehatkan beberapa nama besar untuk perlawanan paling penting minggu depan menentang Manchester United. Ronaldo, Ozil, Maria & Xabi masing-masing berada di bangku simpanan. Barcelona menurunkan barisan terbaik untuk menebus maruah dalam perlawanan Semi Final Copa Del Ray tempoh hari.


Keputusan akhir Real Madrid menang 2-1 hasil jaringan Benzema dan Ramos manakala gol Barcelona dijaringkan Lionel Messi. Nampaknya 2 perlawanan El Clasico tiada masalah buat pasukan Madrid kali ini. Adakah Barcelona sedang mengalami krisis?

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Siaran Langsung El Clasico Episod Akhir 2012/2013 | Messi vs Ronaldo

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , ,

REAL MADRID VS BARCELONA | 2 MAC 2013



Rasa macam baru je habis game El Clasico. Episod akhir EL Clasico akan berlangsung malam ini. Jadi peminat bola sepak jangan ketinggalan menyaksikan pertarungan sengit antara 2 pemain yang berada pada kelas tersendiri. Messi & Ronaldo.


Musim ini sebanyak 6 perlawanan El Clasico disajikan kepada anda. 5 daripadanya sudah diketahui keputusannya. Real Madrid menang 2 kali seri 2 dan kalah 1. Barcelona sudah pasti ingin membalas dendam setelah kehilangan 2 piala di tangan Real Madrid.


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

EL CLASICO : KEPUTUSAN PERLAWANAN BARCELONA VS REAL MADRID | SEMI FINAL COPA DEL RAY 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , ,

2ND LEG COPA DEL RAY 2012/2013 | SEPARUH AKHIR


keputusan perlawanan el clasico barcelona vs real madrid semi final copa del ray 2013,separuh akhir copa del ray 2013 real madrid vs barcelona,video gol ronaldo vs barcelona

 Updates : Barcelona 1-3 Real Madrid

Jose Mourinho akhirnya sekali lagi membuktikan bahawa taktik dan strategi beliau memang berkesan untuk mengekang gerakan pemain Barcelona. Bukan mudah untuk bermain di Camp Nou. Prestasi Barcelona pun agak menurun sejak akhir-akhir ini. Tewas 0-2 kepada AC Milan. Ketinggalan di Sevilla minggu lalu dalam saingan La Liga.


Kemenangan Real Madrid memberi amaran kepada Manchester United minggu depan apabila mereka bertandang ke Old Trafford dalam UEFA Champions League [Semak Jadual]. Gol pertama Real hadir apabila Pique menjatuhkan Ronaldo dalam kotak penalti. Penjaring terbanyak Madrid tiada masalah untuk gol peribadi ke-40.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

UCL : Keputusan Perlawanan AC Milan vs Barcelona 21 Februari 2013 | Italian Job Done

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , ,

UEFA CHAMPIONS LEAGUE | LAST 16 ROUND
AC MILAN 2 - 0 BARCELONA

KEPUTUSAN PERLAWANAN AC MILAN VS BARCELONA VS AC MILAN 21 FEBRUARI 2013,VIDEO HIGHLIGHT PERLAWANAN AC MILAN VS BARCELONA UEFA CHAMPION LEAGUE LIGA JUARA JUARA EROPAH 2013


Tiada yang mustahil dalam bola sepak. Pasukan yang jaringkan gol lebih daripada lawan mereka akan menang. Itu yang terjadi di San Siro sebentar tadi. Pengalisis sukan menjangkakan Barcelona akan menang mudah jika diperhatikan persembahan mereka dalam La Liga dan rekod jaringan Messi.


Namun AC Milan yang beraksi di laman mereka tahu perlawanan timbal balik ini tidak mudah. Justeru sesuatu harus dilakukan sebelum mereka bertandang ke Camp Nou. Bekalan 2 gol tanpa bolos cukup baik tambahan mereka mampu menyekat kemaraan pemain Barcelona yang menguasai 73 % permainan.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan El Clasico Real Madrid vs Barcelona | Separuh akhir Copa del Ray 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , ,

COPA DEL RAY SEMI FINAL 1ST LEG @ BERNABEU | 31 JAN 2013


KEPUTUSAN PERLAWANAN COPA DEL RAY 2013 REAL MADRID VS BARCELONA 2013

Updates : Keputusan Copa Del Ray 2nd Leg [Klik]

Keputusan perlawanan pertama separuh akhir Copa Del Ray berkesudahan dengan keputusan 1-1. Fabregas berjaya mendapatkan gol di tempat lawan apabila mudah menewaskan penjaga gol simpanan Real Madrid, Diego Lopez setelah bijak melepasi perangkap offsaid pertahanan Real Madrid.


Namun Real Madrid tidak mudah mengalah dan menyamakan kedudukan ketika perlawanan berbaki 10 minit menerusi pemain muda Varane. Ikuti sedutan perlawanan tersebut.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

LIVE : EL CLASICO REAL MADRID VS BARCELONA | SEMI FINAL COPA DEL REY 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , ,

SIARAN LANGSUNG PERLAWANAN SEPARUH AKHIR COPA DEL REY @ ASTRO

jadual copa del rey 2013,real madrid vs barcelona 2013 malaysia time,SIARAN LANGSUNG EL CLASICO REAL MADRID VS BARCELONA VS REAL MADRID SEMI FINAL SEPARUH AKHIR COPA DEL RAY 2013, ASTRO LIVE STREAMING WAKTU MALAYSIA, JADUAL PERLAWANAN EL CLASICO 2013

Updates : Keputusan El Clasico Semi Final 1st Leg [Klik]


Pertembungan klasik 2 gergasi bola sepak Sepanyol kembali lagi di tahun 2013. Walaupun jarak dalam La Liga membezakan 15 mata antara kedua pasukan, namun perlawanan ini mempunyai sejarah dan kekuatan tersendiri.


Dalam pertemuan liga tahun lalu perlawanan berkesudahan 2-2 di mana Ronaldo (2 gol) dan Messi (2 gol) mencuri tumpuan dengan gol masing-masing. Namun Real Madrid gagal meneruskan konsistensi musim ini selepas merampas kejuaraan La Liga dari musuh ketat mereka musim lalu.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Perlawanan Barcelona vs Real Madrid | El Clasico 2012

Penulis: Que | Kategori: , , , ,

Messi dan Ronaldo menepati ramalan apabila muncul wira pasukan masing-masing dengan menjaringkan kesemua gol dalam perlawanan awal pagi tadi.



Real Madrid gagal merapatkan jurang dengan pendahulu liga, Barcelona apabila banyak membazirkan peluang di depan pintu gol.

Keputusan akhir : Barcelona 2 - 2 Real Madrid

Highlight Barcelona vs Real Madrid | El Clasico 8 Oktober 2012


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/