UCL : Keputusan Perlawanan Barcelona vs AC Milan | 13 Mac 2013
Penulis: Que | Kategori: barcelona , dailymotion , highlight , keputusan perlawanan , ucl , UEFA Champions League , video
MESSI BUKTIKAN DIRINYA MASIH BERBISA
FT : Barcelona 4-0 AC Milan
Messi menjaringkan 2 gol untuk membantu pasukan Barcelona bangkit dari ketinggalan 2 gol di tempat lawan. Barcelona layak ke suku akhir dengan agregat 4-2. Kini peluang Barcelona kembali cerah dalam kempen UEFA Champions League.
AC Milan nyata gagal mengulangi corak bertahan yang dipamerkan 3 minggu lalu. Messi meledak seawal minit ke-5 dan menambah jaringan sebelum tamat masa pertama. Villa dan Alba masing-masing menjaringkan gol di separuh masa kedua untuk memberikan kemenangan selesa kepada pasukan tuan rumah
Sebenarnya dalam perlawanan kalah mati, gol awal sangat penting untuk membangkitkan semangat pemain untuk memburu gol. Terutamanya bagi pasukan Barcelona yang ketinggalan 2 gol pada perlawanan pusingan pertama.
Sama-sama kita nantikan undian pusingan suku akhir nanti. Setakat ini pasukan yang telah layak ialah:
Real Madrid
Dortmund
Galatasaray
PSG
Juventus
Barcelona
Video Highlight Perlawanan Barcelona vs AC Milan | Uefa Champions League
Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
Leave a Reply
Terima kasih atas komen anda :)
Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK
Selamat Mencuba..