Perlukah Perlawanan Persahabatan Harimau Malaya vs Barcelona? | Atau sekadar mengejar populariti
Penulis: Que | Kategori: analisis , barcelona , bola sepak , FAM , harimau malaya , live streaming , malaysia , perlawanan persahabatan , siaran langsung , sukan
HARIMAU MALAYA SEMAKIN TEMPANG
Apa sudah jadi dengan pasukan Harimau Malaya? Kekalahan demi kekalahan dengan pasukan berstatus kelab mungkin jalan selamat kepada jurulatih kesayangan FAM yang gemar bereksperimen, Datuk K.Rajagobal. Sebab apa? Kalau Malaysia memilih pasukan kerdil yang lain, kekalahan akan mengakibatkan kejatuhan ranking yang ketara. Tapi jika hanya menentang pasukan kelab mungkin hanya jatuh sedikit sahaja disebabkan tiada perlawanan antarabangsa.
Dalam 6 siri perlawanan persahabatan terakhir (Canberra,Sydney FC,Marconi Stallions,Chonburi FC,Chelsea, Shimizu) hanya 1 kemenangan diperolehi, 1 seri dan 4 kalah. Peminat ada hak untuk kritik jika kekalahan itu disebabkan persembahan yang buruk. Kenapa pasukan Harimau Muda boleh bermain lebih baik dari pasukan senior?
Senarai keputusan perlawanan persahabatan Harimau Malaya tahun 2013
Malaysia 2 - 3 Canberra All Star
Malaysia 4 - 0 Sydney FC
Malaysia 0 - 2 Marconi Stallions
Malaysia 0 - 0 Chonburi FC
Malaysia 1 - 4 Chelsea FC
Malaysia 0 - 2 Shimizu S-Pulse
Malaysia 0 - 5 Shonan Bellmare
Malaysia 0 - 5 Tokyo Verdy
Mengikut ranking terkini dunia Malaysia berada di kedudukan 159. Di Asia Malaysia berada di ranking ke-31. Dalam Asia Tenggara pula, kita berada di belakang Thailand, Filipina, Vietnam & Singapura.
Sasaran kita sekarang untuk layak ke Piala Asia 2015. Dengan lawan kita kesemua berada di Timur Tengah kenapa tiada satu pun perlawanan persahabatan di sana? Kenapa kita lebih gemar untuk memilih kelab ternama seperti Barcelona jika corak permainan Harimau Malaya tiada apa yang boleh dibanggakan? Adakah hanya disebabkan populariti dan strategi pemasaran semata?
Sudah tiba masa Datuk K.Rajagobal singkirkan pemain (jika gagal kita singkirkan jurulatih pula) yang gagal memberi impak di pentas antarabangsa. Kadang-kadang bermain di peringkat kelab berbeza dengan mewakili negara. Mengapa harus dipanggil pemain yang sudah terang lagi bersuluh mempamerkan aksi buruk di kempen liga tempatan? Atau Datuk masih terhutang budi dengan kejayaan Piala AFF Suzuki 2010? Perlu diingatkan yang setiap pemain ada masa turun naik prestasi mereka.
Aku dah tak sanggup lihat pasukan tanah tumpahnya darahku dibuli dalam sesebuah perlawanan hanya kerana tiada keserasian antara pemain. Kita masih gagal untuk mencari formula strategi permainan seperti pasukan Thailand dan Jepun. Mungkin kita tidak pernah belajar dari kesilapan.
Renungkanlah. Maruah bola sepak Malaysia sudah lama tercalar. Jika Allahyarham Mokhtar Dahari masih hidup sudah pasti beliau kecewa dengan mutu bola sepak negara.
Entri pasal FAM
CUKUP-CUKUPLAH WAHAI TUAN PRESIDEN | PEMINAT BOLA SEPAK DAH JEMU [Klik]
Syabas Khairy Jamaluddin | Demi Maruah Bola Sepak Negara [Klik]
Entri pasal FAM
CUKUP-CUKUPLAH WAHAI TUAN PRESIDEN | PEMINAT BOLA SEPAK DAH JEMU [Klik]
Syabas Khairy Jamaluddin | Demi Maruah Bola Sepak Negara [Klik]
Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
Leave a Reply
Terima kasih atas komen anda :)
Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK
Selamat Mencuba..