Home » , , , , , , » Syabas Khairy Jamaluddin | Demi Maruah Bola Sepak Negara

Syabas Khairy Jamaluddin | Demi Maruah Bola Sepak Negara

Penulis: Que | Kategori: , , , , , ,

TAK PAYAH NAK MELENTING SANGAT LA




Dah lama tak tulis pasal bola sepak tempatan ni. Bukan apa. Aku ni memang tak ikut sangat pun. Orang kata dah tawar hati dengan pengurusan FAM yang lapuk dan tak relevan. Puncanya? Ada la kerabat sorang tu yang dah jadi Presiden seusia dengan kelahiran aku di dunia ini. Nak cakap bapak lama. Inilah bahana bila kita memberi ruang kepada orang yang kurang arif tentang sukan bola sepak memegang jawatan penting.



Minggu lepas kecoh pasal pembatalan perlawanan separuh akhir Piala FA kedua antara pasukan tuan rumah Presiden FAM (Pahang) dengan  Johor Darul Takzim (JDT) ekoran jumlah penonton yang melebihi dari kapasiti Stadium Darul Makmur. Bagaimana perkara ini boleh terjadi? Adakah Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) sibuk mengutip keuntungan hingga lupa akan aspek keselamatan.



Selang sehari FAM membuat keputusan supaya perlawanan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil dengan  negeri  Presiden (Pahang) selaku tuan rumah.  PBNP didenda RM 100,000  manakala Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PNBJ) dikenakan denda RM 20,000 kerana insiden malam itu. Yang menjadi isu hangat ialah pembahagian tiket yang nampak berat sebelah kepada pasukan negeri Presiden FAM (Pahang) sejumlah 60,000 keping dan bakinya 20,000 keping untuk dijual kepada umum.






Pada asalnya kapasiti Stadium Darul Makmur berjumlah 35,000 sahaja. Katakan jumlah penyokong Pahang dihadkan kepada 2/3 menjadi 23333 orang. Bila berpindah ke Stadium Nasional Bukit Jalil yang mempunyai kapasiti 80,000 jumlah itu naik hampir 3 kali ganda. Inilah yang peminat persoalkan. Kenapa didenda RM 100,000 tetapi diberi pula keuntungan berlipat kali ganda kepada PBNP.



Jika sekeping tiket berharga RM 15 didarab dengan 60,000 menjadi RM 900,000. Senang-senang saja PBNP boleh bayar balik denda FAM secara tunai! Jadi denda yang dikenakan hanya mecukupkan syarat sahaja. Bijak kan permainannya.



Jika difikirkan secara logik akal, penyokong JDT dah mengeluarkan duit yang banyak untuk hadir ke Stadium Darul Makmur pada hari Selasa. Mungkin ada yang siap ambil cuti. Jadi di mana rasionalnya untuk memberi kelebihan tiket 3/4 kepada PNBP? Mesti ada campur tangan kuasa besar dalam isu ini. Kenapa tidak diberi hak sama rata kepada Pahang dan JDT? Sudahlah PNBP bersalah kerana gagal menjaga keselamatan di stadium tetapi diberi kelebihan yang tidak masuk akal di tempat lain.



Pujian harus diberikan kepada Menteri Belia dan Sukan yang baru, Khairy Jamaluddin yang berani mengkritik tindakan FAM itu. Maklumlah orang dalam dah diberi amaran untuk tidak bersuara di media. Jika tidak jadilah macam Tan Sri Annuar Musa yang digantung 2 tahun. Peminat bola sepak mengharapkan perubahan dalam organisasi FAM. Takkan nak tunggu jadi macam Badminton yang dimalukan oleh Germany baru nak sedar kan.







Sebelum aku mengakhiri coretan yang tak seberapa ni, aku minta maaf kalau ada pihak yang tersinggung terutamanya anak jati Pahang. Ini semua hanya pendapat aku yang dah lama meminati sukan bola sepak tempatan dan antarabangsa.


Buat Tuan Presiden tak perlulah nak terkilan ke apa dengan teguran atau pendapat orang lain. Nampak sangat sebelum ini tiada orang yang berani untuk kritik secara terbuka kan. Kami peminat bola sepak Malaysia sudah lama TERKILAN dengan kepimpinan Tuan Presiden.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

No Responses to " Syabas Khairy Jamaluddin | Demi Maruah Bola Sepak Negara "

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets