Showing posts with label ucl. Show all posts

 

Senarai Pasukan Yang Layak Ke Suku Akhir UEFA Champions League 2012/2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , ,

8 PASUKAN BAKAL DIUNDI JUMAAT INI

SESI UNDIAN PERLAWANAN SUKU AKHIR UEFA CHAMPIONS LEAGUE 2012/2013, QUARTER FINALS DRAW  UEFA 2013,WAKTU MALAYSIA


Awal pagi tadi berakhirlah kesemua 32 perlawanan timbal balik pusingan 16 terakhir UEFA Champions League 2012/2013. Musim ini merupakan musim paling malang untuk kesemua kelab EPL yang tersingkir awal dari kejohanan paling berprestij di peringkat Eropah. Spain paling banyak wakil dengan 3 pasukan, Germany dengan 2 wakil serta Italy, Turki dan France masing-masing dengan 1 pasukan.



Persaingan kali ini menarik dengan kemunculan Malaga yang pertama kali layak ke suku akhir Uefa Champions League. Galatasaray juga membuat comeback apabila kali terakhir beraksi pada tahun 2001. Dortmund dan PSG masing-masing kali terakhir beraksi pada tahun 1998 dan 1995


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

UCL : Keputusan Perlawanan Bayern Munich vs Arsenal | 14 Mac 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , ,

EPL TIADA WAKIL DI SUKU AKHIR UEFA CHAMPIONS LEAGUE

KEPUTUSAN PERLAWANAN BAYERN MUNICH VS ARSENAL 14 MAC 2013,VIDEO HIGHLIGHT PERLAWANAN ARSENAL VS BAYERN MUNICH UEFA CHAMPIONS LEAGUE 2013

FT : Bayern Munich 0-2 Arsenal


Keajaiban yang diharapkan oleh Arsene Wenger hampir menjadi realiti apabila Arsenal berjaya menjaringkan gol seawal minit ke-3 menerusi Oliver Giroud. Bagaimanapun hingga tamat permainan mereka hanya dapat menjaringkan 2 gol. Walaupun menang 2-0 disebabkan peraturan gol di tempat lawan mereka tersingkir dengan agregat 3-3.


Bayern Munich yang bermain hambar awal pagi ini perlu berterima kasih dengan keputusan perlawanan pertama di Emirates yang berkesudahan 3-1. 3 gol ditempat lawan tempoh hari memang cukup berharga. Arsenal memerlukan sekurang-kurangnya 3 gol tanpa balas di Allianz Arena untuk layak.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

UCL : Keputusan Perlawanan Barcelona vs AC Milan | 13 Mac 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , ,

MESSI BUKTIKAN DIRINYA MASIH BERBISA

KEPUTUSAN PERLAWANAN BARCELONA VS AC MILAN 13 MAC 2013,GOL BARCELONA MESSI

FT : Barcelona 4-0 AC Milan


Messi menjaringkan 2 gol untuk membantu pasukan Barcelona bangkit dari ketinggalan 2 gol di tempat lawan. Barcelona layak ke suku akhir dengan agregat 4-2. Kini peluang Barcelona kembali cerah dalam kempen UEFA Champions League.


AC Milan nyata gagal mengulangi corak bertahan yang dipamerkan 3 minggu lalu. Messi meledak seawal minit ke-5 dan menambah jaringan sebelum tamat masa pertama. Villa dan Alba masing-masing menjaringkan gol di separuh masa kedua untuk memberikan kemenangan selesa kepada pasukan tuan rumah


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

[Video] Bukti Kekasaran Nani Tak Patut Dapat Kad Merah

Penulis: Que | Kategori: , , , , ,

PENGADIL JUGA MANUSIA BIASA


NANI RED CARD VE REAL MADRID, WHY NANI WAS SENT OFF



Banyak betul suara-suara yang nak hentam Manchester United selepas kalah dengan Real Madrid. Perlawanan tu berakhir dengan kontroversi kad merah Nani dan United terpaksa bermain 10 orang lebih dari 30 minit. Pemain lain sukar menerima keputusan pengadil dan memerlukan masa untuk menenangkan keadaan.


Kad kuning mungkin cukup sebagai amaran kasut but tinggi. Lagipun mata Nani jelas melihat pada keadaan bola. Peminat lain boleh search dalam Youtube pasal skill Nani dan korang akan jumpa teknik hampir serupa yang digunakan untuk mengawal bola tinggi.


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Manchester United Tetap Hebat Walaupun Kalah dengan Real Madrid

Penulis: Que | Kategori: , , , , , ,

HAKIKAT BOLA SEPAK YANG PAHIT UNTUK DITELAN


Manchester United 1 - 2 Real Madrid
(Real Madrid layak dengan Agg 2-3)


Pertembungan dua gergasi bola sepak dunia akhirnya berakhir dengan kontroversi kad merah. Pengadil Turki, Cuneyt Cakir memang mempunyai rekod buruk dengan kelab EPL. Sepanjang perlawanan Real Madrid jarang sekali mendapat ruang seperti di Bernabeu. Walaupun lebih banyak menguasai bola tapi pertahanan United masih mampu mengehad kemaraan mereka.


Tapi peminat 'Asal Bukan Man Utd' bersorak apabila mendengar berita kekalahan Manchester United. Biasanya penyokong ni bosan sebab pasukan United jarang kalah.  Perlawanan awal pagi tadi jelas memihak kepada United sehinggalah pengadil melayangkan kad merah kepada Nani.


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

UCL : Keputusan Perlawanan Manchester United vs Real Madrid | 6 Mac 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , ,

PENGADIL MENIDAKKAN TREBLE UNITED


GAMBAR PENGADIL REFEREE TURKI TURKEY YANG BODOH BAGI RED CARD

Updates : Ulasan Perlawanan Kontroversi Man Utd vs Real Madrid [Klik]

Dalam perlawanan yang sepatutnya menjadi saksi pasukan manakah yang bakal layak ke suku akhir berubah menjadi kontroversi apabila pengadil Turki, Cuneyt Cakir (gambar) merosakkan suasana dalam stadium dengan melayangkan kad merah yang tidak masuk akal kepada Nani pada minit ke-57.


Rata-rata peminat tidak bersetuju dengan keputusan itu apabila Nani tidak sengaja melakukan kekasaran itu dan ulang tayang membuktikan bahawa bola itu 50-50. SAF bangun dari tempat duduk untuk memprotes kad merah yang dilayangkan. Pemain United juga tidak berpuas hati dan meluru ke arah pengadil perlawanan.


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

UCL : Keputusan Perlawanan AC Milan vs Barcelona 21 Februari 2013 | Italian Job Done

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , ,

UEFA CHAMPIONS LEAGUE | LAST 16 ROUND
AC MILAN 2 - 0 BARCELONA

KEPUTUSAN PERLAWANAN AC MILAN VS BARCELONA VS AC MILAN 21 FEBRUARI 2013,VIDEO HIGHLIGHT PERLAWANAN AC MILAN VS BARCELONA UEFA CHAMPION LEAGUE LIGA JUARA JUARA EROPAH 2013


Tiada yang mustahil dalam bola sepak. Pasukan yang jaringkan gol lebih daripada lawan mereka akan menang. Itu yang terjadi di San Siro sebentar tadi. Pengalisis sukan menjangkakan Barcelona akan menang mudah jika diperhatikan persembahan mereka dalam La Liga dan rekod jaringan Messi.


Namun AC Milan yang beraksi di laman mereka tahu perlawanan timbal balik ini tidak mudah. Justeru sesuatu harus dilakukan sebelum mereka bertandang ke Camp Nou. Bekalan 2 gol tanpa bolos cukup baik tambahan mereka mampu menyekat kemaraan pemain Barcelona yang menguasai 73 % permainan.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

UCL : Arsenal Kena Badi Huruf B | Bayern Belasah Arsenal

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , ,

ADAKAH MUSIM INI TERAKHIR ARSENAL BERAKSI DI CHAMPIONS LEAGUE? 

BADI PASUKAN B ARSENAL KALAH,MUSIM TANPA TROFI ARSENE WENGER,REKOD WENGER DALAM CAHMPIONS LEAGUE,BRADFROD BLACKBURN BAYER MUNICH


 Apa sudah jadi pada Arsenal musim ini? Sudahlah Robin Van Persie pergi meninggalkan mereka. Harapan untuk menamatkan kemarau trofi kini nampak semakin sukar. Satu per satu piala terpaksa dilupakan. Nyata kehadiran Podolski, Cazorla & Giroud gagal mengembalikan kegemilangan The Gunners.


Harap peminat Arsenal dapat bersabar sehingga akhir musim ini. Paling kurang Arsenal perlu usaha untuk bermain dalam Champions League. Sepanjang kerjaya Arsene Wenger bersama Arsenal mereka masih belum gagal layak ke Uefa Champions League.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Cara Menentukan Juara Peringkat Kumpulan UEFA Champions League | Kena Menang Lawan Benfica

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , ,

Perlawanan menentang Otelul Galati berakhir mengikut perancangan awal. Tiga mata penuh dibantu dengan keputusan Benfica yang hanya mampu seri dengan FC Basel meletakkan United buat pertama kalinya mendahului kumpulan C. Ketika ini hanya perbezaan gol membezakan tempat pertama dan kedua.



penentuan juara kumpulan pertandingan uefa champions league,perartuan uefa dalam peringkat kumpulan,perbezaan gol tempat lawan dalam uefa champions league


Baki 2 perlawanan dengan Manchester United dan Benfica berkongsi 8 mata, hanya kemenangan pagi esok mampu menjamin status Juara Kumpulan C. Sudah pasti anda mahu mengelak dari bertemu pasukan handalan eropah dalam pusingan kedua nanti. Biarlah jumpa di final baru puas hati.


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/