UCL : Keputusan Perlawanan Bayern Munich vs Arsenal | 14 Mac 2013
Penulis: Que | Kategori: arsenal , bayern , bola sepak , dailymotion , highlight , keputusan perlawanan , ucl , UEFA Champions League , video
EPL TIADA WAKIL DI SUKU AKHIR UEFA CHAMPIONS LEAGUE
FT : Bayern Munich 0-2 Arsenal
Keajaiban yang diharapkan oleh Arsene Wenger hampir menjadi realiti apabila Arsenal berjaya menjaringkan gol seawal minit ke-3 menerusi Oliver Giroud. Bagaimanapun hingga tamat permainan mereka hanya dapat menjaringkan 2 gol. Walaupun menang 2-0 disebabkan peraturan gol di tempat lawan mereka tersingkir dengan agregat 3-3.
Bayern Munich yang bermain hambar awal pagi ini perlu berterima kasih dengan keputusan perlawanan pertama di Emirates yang berkesudahan 3-1. 3 gol ditempat lawan tempoh hari memang cukup berharga. Arsenal memerlukan sekurang-kurangnya 3 gol tanpa balas di Allianz Arena untuk layak.
Gol Koscielny pada minit ke-86 mungkin terlalu lewat untuk kebangkitan Arsenal. Tiada wakil EPL untuk slot ke suku akhir UEFA Champions League 2012/2013. Mungkin nasib kurang baik setelah Chelsea dinobatkan selaku juara Eropah musim lalu.
Tahniah Arsenal kerana mempamerkan semangat juang yang tinggi.
Video Highlight Perlawanan Bayern Munich vs Arsenal | UEFA Champions League
Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
Leave a Reply
Terima kasih atas komen anda :)
Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK
Selamat Mencuba..