Jadual & Keputusan Penuh Bola Sepak Sukan SEA 2013 Harimau Muda

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , , ,

IBU SEGALA PINGAT EMAS

support : Team Malaysia


Bola sepak merupakan sukan yang paling dinanti-nantikan setiap kali berlangsungnya kejohanan Sukan SEA. Dek kerana popularitinya, ada yang menggelarkan pingat emas sukan bola sepak sebagai ibu segala pingat. Malaysia dalam dua edisi terakhir (2009 dan 2011) berjaya mempertahankan pingat emas bola sepak.



Tahun ini, tugas itu sudah pastinya lebih sukar kerana Thailand dan Myanmar selaku tuan rumah akan cuba merampas kejuaraan itu dari genggaman pasukan Harimau Muda. Prestasi Thailand agak konsisten dan terbukti setelah mereka berjaya menjadi Juara Piala Jemputan BIDC 2013 tempoh hari.



Myanmar pula berjaya menyaingi Malaysia hingga ke Final Pesta Bola Merdeka 2013 sebelum tumpas 0-2. Beraksi di hadapan penyokong sendiri akan memberi sedikit kelebihan buat mereka kali ini.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual & Keputusan Undian Piala Dunia 2014 Brazil | Peringkat Kumpulan

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , , , ,

KUMPULAN MAUT?

UNDIAN AKHIR PIALA DUNIA 2014 BRAZIL 6 DISEMBER 2013


Malam ini seluruh dunia akan menantikan upacara undian peringkat kumpulan Piala Dunia 2014 Brazil. Debaran pastinya lebih dirasai oleh pemain dan pengurus pasukan untuk mengetahui siapa lawan mereka dan laluan ke pusingan akhir nanti. Bagaimana pula dengan nasib wakil Asia?



FIFA mengasingkan balang mengikut keutamaan dan memberi keadilan kepada semua pasukan. Balang 1 dikhaskan kepada 8 negara ranking paling tinggi yang diambilkira kedudukan mereka pada bulan Oktober lalu. Balang 2 pula diberi kepada wakil negara Afrika dan wakil Amerika Selatan bukan pilihan.



Balang 3 terdiri daripada wakil negara Asia dan Amerika Utara manakala balang 4 diwakili negara bukan pilihan dari benua Eropah. Isu hangat yang diperkatakan sejak dari awal minggu ini tentang format baru yang diperkenalkan FIFA iaitu 'Undian Balang X'.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Senarai Nama 20 Pemain Harimau Muda ke Sukan SEA 2013 Myanmar

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , ,

Teka-teki mengenai siapakah 20 pemain yang akan dibawa ke Sukan SEA Myanmar sudah terjawab. Prestasi mereka dinilai dalam beberapa siri perlawanan persahabatan dan kemuncaknya semalam apabila Harimau Muda bangkit dari ketinggalan untuk menang 3-1. Berita penuh di sini.



Misi mempertahankan pingat emas akan bermula minggu depan untuk perlawanan peringkat kumpulan. Lihat jadual bola sepak Sukan SEA 2013. Good luck Datuk Ong Kim Swee dan pemain Malaysia. Buktikan bola sepak kita masih unggul di peringkat Asia Tenggara!


SEANRAI NAMA PEMAIN HARIMAU MUDA KE SUKAN SEA MYANMAR 2013

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/