Jadual & Keputusan Undian Piala Dunia 2014 Brazil | Peringkat Kumpulan
Penulis: Que | Kategori: analisis , astro supersport , bola sepak , brazil , england , FIFA , format , france , jadual , kumpulan maut , live streaming , peringkat kumpulan , piala dunia 2014 , ranking FIFA , siaran langsung , spain , sukan , undian
KUMPULAN MAUT?
Malam ini seluruh dunia akan menantikan upacara undian peringkat kumpulan Piala Dunia 2014 Brazil. Debaran pastinya lebih dirasai oleh pemain dan pengurus pasukan untuk mengetahui siapa lawan mereka dan laluan ke pusingan akhir nanti. Bagaimana pula dengan nasib wakil Asia?
FIFA mengasingkan balang mengikut keutamaan dan memberi keadilan kepada semua pasukan. Balang 1 dikhaskan kepada 8 negara ranking paling tinggi yang diambilkira kedudukan mereka pada bulan Oktober lalu. Balang 2 pula diberi kepada wakil negara Afrika dan wakil Amerika Selatan bukan pilihan.
Balang 3 terdiri daripada wakil negara Asia dan Amerika Utara manakala balang 4 diwakili negara bukan pilihan dari benua Eropah. Isu hangat yang diperkatakan sejak dari awal minggu ini tentang format baru yang diperkenalkan FIFA iaitu 'Undian Balang X'.
Apa itu 'Undian Balang X'? Pasti ramai yang baru perasan berkenaan perkara ini. Perhatikan gambar di bawah
Kenapa balang 4 ada 9 negara? Sebelum ini, FIFA menggunakan percaturan meletakkan pasukan Eropah yang mempunyai ranking paling rendah ke balang 2. Ini bermakna jika berpandukan ranking pada bulan Oktober (rujuk sini), France sepatutnya berada dalam balang 2.
Apa keburukan dan kemungkinan jika berada dalam balang 2? Pasukan itu boleh diundi bersama pasukan dari balang 1 dan 4 yang agak kuat dan menghasilkan kumpulan maut!
Contohnya:
Pot 1 - Brazil
Pot 2 - France
Pot 3 - Mexico
Pot 4 - Netherlands
Tetapi, Michel Platini, Presiden UEFA yang berasal dari Perancis dikatakan mempengaruhi Presiden FIFA, Sepp Blatter untuk memperkenalkan sistem 'Undian Balang X'. Sekurang-kurangnya negara Perancis masih mampu mengelak balang 2 dengan kebarangkalian 8/9.
Maka undian malam ini akan dimulakan dengan 'Undian Balang X' untuk menyeimbangkan setiap balang kepada 8 pasukan. Salah satu pasukan negara bukan pilihan benua Eropah akan dimasukkan bersekali dengan wakil Afrika dan negara bukan pilihan Amerika Selatan.
Brazil selaku tuan rumah ditetapkan sebagai pasukan pertama dalam kumpulan A
GROUP A - Brazil | Croatia | Mexico | Cameroon |
GROUP B - Spain | Holland | Chile | Australia
GROUP C - Colombia | Greece | Ivory Coast | Japan
GROUP D - Uruguay | Costa Rica | Italy | England (kumpulan maut)
GROUP E - Switzerland | Ecuador | France | Honduras
GROUP F - Argentina | Bosnia | Iran | Nigeria
GROUP G - Germany | Ghana | USA | Portugal
GROUP H - Belgium | Algeria | Russia | South Korea
Saksikan Siaran Langsung Undian Kumpulan Piala Dunia 2014 | LIVE
6 Disember 2013 (Jumaat)
11.55 pm waktu Malaysia
Astro Supersports 3 (816) HD (834)
Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
January 8, 2014 at 1:09 AM
Jerman nampak hebat.
[Reply to comment]