Home » , , , , , , , , , , , , , , , , , » Jadual & Keputusan Undian Piala Dunia 2014 Brazil | Peringkat Kumpulan

Jadual & Keputusan Undian Piala Dunia 2014 Brazil | Peringkat Kumpulan

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , , , ,

KUMPULAN MAUT?

UNDIAN AKHIR PIALA DUNIA 2014 BRAZIL 6 DISEMBER 2013


Malam ini seluruh dunia akan menantikan upacara undian peringkat kumpulan Piala Dunia 2014 Brazil. Debaran pastinya lebih dirasai oleh pemain dan pengurus pasukan untuk mengetahui siapa lawan mereka dan laluan ke pusingan akhir nanti. Bagaimana pula dengan nasib wakil Asia?



FIFA mengasingkan balang mengikut keutamaan dan memberi keadilan kepada semua pasukan. Balang 1 dikhaskan kepada 8 negara ranking paling tinggi yang diambilkira kedudukan mereka pada bulan Oktober lalu. Balang 2 pula diberi kepada wakil negara Afrika dan wakil Amerika Selatan bukan pilihan.



Balang 3 terdiri daripada wakil negara Asia dan Amerika Utara manakala balang 4 diwakili negara bukan pilihan dari benua Eropah. Isu hangat yang diperkatakan sejak dari awal minggu ini tentang format baru yang diperkenalkan FIFA iaitu 'Undian Balang X'.



Apa itu 'Undian Balang X'? Pasti ramai yang baru perasan berkenaan perkara ini. Perhatikan gambar di bawah

UNDIAN PERINGKAT KUMPULAN PIALA DUNIA 2014 BRAZAIL, SENARAI KUMPULAN PIALA DUNIA 2014 BRAZIL, KEPUTUSAN PENUH UNDIAN PIALA DUNIA 2014 BRAZIL


Kenapa balang 4 ada 9 negara? Sebelum ini, FIFA menggunakan percaturan meletakkan pasukan Eropah yang mempunyai ranking paling rendah ke balang 2. Ini bermakna jika berpandukan ranking pada bulan Oktober (rujuk sini), France sepatutnya berada dalam balang 2.



Apa keburukan dan kemungkinan jika berada dalam balang 2? Pasukan itu boleh diundi bersama pasukan dari balang 1 dan 4 yang agak kuat dan menghasilkan kumpulan maut!

Contohnya:

Pot 1 - Brazil
Pot 2 - France
Pot 3 - Mexico
Pot 4 - Netherlands



Tetapi, Michel Platini, Presiden UEFA yang berasal dari Perancis dikatakan mempengaruhi Presiden FIFA, Sepp Blatter untuk memperkenalkan sistem 'Undian Balang X'. Sekurang-kurangnya negara Perancis masih mampu mengelak balang 2 dengan kebarangkalian 8/9.



Maka undian malam ini akan dimulakan dengan 'Undian Balang X' untuk menyeimbangkan setiap balang kepada 8 pasukan. Salah satu pasukan negara bukan pilihan benua Eropah akan  dimasukkan bersekali dengan wakil Afrika dan negara bukan pilihan Amerika Selatan.



Brazil selaku tuan rumah ditetapkan sebagai pasukan pertama dalam kumpulan A




GROUP A - Brazil | Croatia | Mexico | Cameroon |

GROUP B - Spain | Holland | Chile | Australia

GROUP C - Colombia | Greece | Ivory Coast | Japan

GROUP D - Uruguay | Costa Rica | Italy | England (kumpulan maut)

GROUP E - Switzerland | Ecuador | France | Honduras

GROUP F - Argentina | Bosnia | Iran | Nigeria

GROUP G - Germany | Ghana | USA | Portugal

GROUP H - Belgium | Algeria | Russia | South Korea



Saksikan Siaran Langsung Undian Kumpulan Piala Dunia 2014 | LIVE

6 Disember 2013 (Jumaat)

11.55 pm waktu Malaysia

Astro Supersports 3 (816) HD (834)


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

1 Response to " Jadual & Keputusan Undian Piala Dunia 2014 Brazil | Peringkat Kumpulan "

  1. Juara Piala Dunia Says:

    Jerman nampak hebat.

    Best Blogger Tips [Reply to comment] Best Blogger Templates

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2023
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets