Showing posts with label copa america 2011. Show all posts

 

[Edisi Copa America 2011] Keputusan Perlawanan Akhir Uruguay vs Paraguay | Rekod Juara 15 kali

Penulis: Que | Kategori: , ,

Uruguay menjadi raja bola sepak Amerika Selatan setelah muncul juara Copa America 2011 dengan rekod 15 kali. Pasukan itu menewaskan Paraguay 3-0 dalam perlawanan penutup tirai awal pagi tadi. Gol Luis Suarez (12') dan Diego Forlan (41' & 89') membantu Uruguay mencatatkan kemenangan selesa dan menguasai keseluruhan permainan.

Keputusan Terkini Final Copa America 2011 | Uruguay vs Paraguay | 25 Julai 2011




Paraguay yang melayakkan diri ke pusingan akhir dengan 2 penentuan sepakan penalti tidak bernasib baik kali ini. Uruguay mengasak seawal minit pertama dan hampir mendahului namun pertahanan Paraguay berjaya menyelamatkan bola dari melepasi garisan gol.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

[Edisi Copa America 2011] Peru 4 - 1 Venezuela | Penentuan Tempat Ketiga & Keempat

Penulis: Que | Kategori: , ,

Dua gol Guerrero (gambar) pada minit-minit terakhir permainan memusnahkan harapan Venezuela untuk mengheret perlawanan ke masa tambahan. Guerrero menjadi wira Peru apabila menjaringkan 3 gol (hat-trick) dalam perlawanan awal pagi tadi. Venezuela pula dipaksa beraksi dengan 10 pemain selama 30 minit selepas Thomas Rincon diarah keluar padang oleh pengadil. Tindakan itu mungkin terlalu tegas jika dilihat pada kekasaran yang dilakukan.


Keputusan Terkini Copa America 2011 | Peru vs Venezuela | 24 Julai 2011
keputusan terkini peru vs venezuela copa america 2011,perlawanan tempat ketiga copa america 2011,jadual perlawanan akhir final copa america 2011,uruguay vs paraguay waktu malaysia,perlawanan akhir copa america 2011,highlights peru vs venezuela,paolo gerrero


Venezuela yang belum pernah tewas dalam kempen kali ini akur kepada kehebatan dan keberkesanan penyerang Peru walaupun menguasai hampir keseluruhan permainan. Gol pertama Peru dijaringkan oleh Chiroqe pada minit ke - 41 menerusi hantaran leret dari sebelah kanan sebelum mudah menolak masuk.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

[Edisi Copa America 2011] Jadual Perlawanan Akhir Uruguay vs Paraguay | Tempat Ketiga & Keempat

Penulis: Que | Kategori: ,

Setelah menyaksikan keputusan Singapura vs Malaysia yang  tidak menyebelahi kita, eloklah kita bersambung dalam Edisi Copa America 2011 yang akan bersambung awal pagi esok. Perlawanan akhir melibatkan Uruguay vs Paraguay akan berlangsung pada 25 Julai 2011 jam 3.00 pagi waktu Malaysia.

Final Copa America 2011 | Uruguay vs Paraguay | 25 Julai 2011, 3.00 am
jadual perlawanan akhir final copa america 2011,final copa america 2011 astro,perlawanan akhir copa america 2011 waktu malaysia,uruguay vs paraguay waktu malaysia,peru vs venezuela waktu malaysia,siaran langsung copa america 2011 final akhir,live streaming copa america final 2011



Penentuan tempat ketiga dan keempat pula akan bermula awal pagi esok [24 Julai 2011] antara Peru vs Venezuela pada jam 3.00 pagi waktu Malaysia. Saksikan siaran langsung di Astro Supersport dan live streaming @ Kafe Que di sini

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

[Edisi Copa America 2011] Keputusan Perlawanan Separuh Akhir Paraguay vs Venezuela

Penulis: Que | Kategori: , ,

Paraguay sekali lagi menunjukkan kewibawaan mereka menerusi sepakan penalti apabila menewaskan Venezuela 5-3 pagi tadi. Justo Villar menjadi wira Paraguay selepas menyelamatkan sepakan penalti ke-3 Venezuela oleh  Franklin Lucena. Biarpun penguasaan permainan memihak kepada Venezuela, kekebalan benteng Paraguay gagal ditembusi. Keadaan bertambah parah apabila Santana (Paraguay) dibuang padang apabila mendapat kad kuning ke-2.


keputusan terkini copa america paraguay vs venezuela,paraguay vs venezuela 21 julai 2011,pusingan separuh akhir copa america 2011,pusingan akhir copa america 2011,final copa america 2011


Dengan berakhirnya perlawanan separuh akhir kedua ini, Uruguay bakal menentang Paraguay di pusingan akhir pada 25 Julai 2011 nanti. Manakala penentuan tempat ke-3 dan ke-4 akan menemukan Peru vs Venezuela pada 24 Julai 2011.


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

[Edisi Copa America 2011] Keputusan Perlawanan Separuh Akhir Uruguay vs Peru

Penulis: Que | Kategori: , ,

Dua gol Luis Suarez dalam masa 5 minit membolehkan Uruguay melangkah ke final Copa America 2011 setelah menewaskan Peru 2-0. Perlawanan pagi tadi menjadi tegang apabila Juan Manuel Vargas dibuang padang ekoran tindakan beliau menyiku pemain lawan betul2 di hadapan pengadil. Uruguay kini berpeluang menambah koleksi piala juara kepada 15 kali dan menjadi pasukan paling berjaya dalam sejarah Copa America.


keputusan terkini perlawanan separuh akhir copa america 2011 uruguay vs peru 20 julai 2011,video highlights uruguay vs peru separuh akhit copa america 2011,jadual perlawanan separuh akhir copa america 2011,keputusan terkini uruguay vs peru 20 julai 2011,luis suarez gol uruguay vs peru


Luis Suarez membuktikan bahawa beliau merupakan antara peledak gol berbisa di dunia dan memberi amaran kepada pasukan yang akan bertemu Uruguay di peringkat akhir Copa America 2011 nanti serta musuh ketat Liverpool di England. Gol yang dijaringkan pada minit ke-52 dari sudut sukar hasil dari tampanan kurang kemas manakala gol kedua bermula dari tengah padang dan kemudiannya menggelecek penjaga gol sebelum mudah menolak masuk ke gawang yang terbuka.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

[Edisi Copa America 2011] Jadual Perlawanan Peringkat Separuh Akhir

Penulis: Que | Kategori: ,

Penuh dengan kejutan. Itulah yang dapat diungkapkan setelah menyaksikan kesemua perlawanan peringkat suku akhir yang berakhir pagi tadi. Pasukan pilihan rebah pada lawan masing-masing dengan 2 perlawanan terpaksa ditentukan dengan sepakan penalti. Brazil dan Argentina terpaksa melupakan hasrat untuk menambah koleksi piala pada edisi kali ini.

Senarai pasukan yang layak ke peringkat separuh akhir | Copa America 2011

jadual perlawanan peringkat separuh akhir copa america 2011,senarai pasukan yang layak ke separuh akhir copa america 2011,keputusan separuh akhir copa america 2011,peru vs uruguay separuh akhir copa,paraguay vs venezuela separuh akhir copa,waktu malaysia,jadual pusingan separuh akhir copa america 2011
Jadual Pusingan Separuh Akhir Copa America 2011


Di atas kertas Uruguay (juara 14 kali) mempunyai kelebihan berbanding Peru yang hanya berada pada ranking ke-49 dunia. Dalam permainan bola sepak, pasukan mana yang gagal menjaringkan gol tidak akan menang walaupun banyak kali menyerang dan mencipta gerakan berbahaya.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

[Edisi Copa America 2011] Keputusan Perlawanan Suku Akhir Brazil vs Paraguay | Chile vs Venezuela

Penulis: Que | Kategori: , ,

Seperti mengikut jejak Argentina, Brazil meninggalkan pentas Copa America 2011 setelah tewas menerusi penentuan sepakan penalti 0-2 kepada Paraguay. Kedudukan terikat 0-0 selepas masa tambahan dengan penjaga gol Paraguay, Justo Villar (pemain terbaik perlawanan) menjadi wira menyelamatkan banyak percubaan Brazil yang jelas menguasai permainan. Juara bertahan itu gagal menyempurnakan semua sepakan penalti dan menyalahkan keadaan padang sebagai punca kekalahan itu.

keputusan terkini brazil vs paraguay suku akhir copa america 2011,brazil vs paraguay 18 julai 2011,jadual separuh akhir copa america 2011,highlights perlawanan brazil vs paraguay copa america


Dalam pada itu, kerancakan perlawanan dihentikan apabila Lucas dan Alcaraz dilayangkan kad merah selepas berlaku pergaduhan kecil. Peluang demi peluang dicipta pasukan Brazil namun gagal membolosi gawang Paraguay. Tanpa Neymar dan Pato yang dikeluarkan nyata memberi kesan terhadap serangan Brazil dan penentuan sepakan penalti.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

[Edisi Copa America] Keputusan Perlawanan Suku Akhir Colombia vs Peru | Argentina vs Uruguay

Penulis: Que | Kategori: ,

Peru mengejutkan Colombia untuk menempah tempat ke separuh akhir dengan kemenangan 2 - 0 awal pagi tadi. Gol-gol Peru dijaringkan dalam masa tambahan setelah keputusan berakhir dengan 0 - 0 waktu sebenar. Sementara itu, Falcao mensia-siakan peluang Colombia mendahului dari sepakan penalti pada minit ke-65 apabila bola tersasar keluar.

Copa America 2011 | Colombia 0 - 2 Peru | 17 Julai 2011



Peru akan menanti pemenang dalam perlawanan suku akhir kedua antara Argentina dan Uruguay. Tuan rumah Argentina terpaksa melupakan hasrat merampas kembali gelaran Juara Copa America dari Brazil apabila terkandas melalui penentuan sepakan penalti kepada Uruguay 4-5 selepas kedudukan terikat 1-1 dalam masa tambahan. Carlos Tevez yang bakal meninggal Manchester City mengharungi zaman kejatuhannya apabila gagal menyempurnakan sepakan penalti ke-3 Argentina.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

[Edisi Copa America 2011] Jadual Perlawanan Peringkat Suku Akhir | Final Brazil vs Argentina ?

Penulis: Que | Kategori: ,

Setelah diteliti dan diamati maka berikut adalah laluan ke Final Copa America 2011. Brazil dan Argentina berjaya mengelak dari bertemu sesama sendiri lebih awal. Ini memungkinkan perlawanan akhir kali ini bakal menyaksikan tuan rumah, Argentina vs Brazil buat kali ke-3 berturut-turut.

Senarai pasukan yang layak ke peringkat suku akhir | Copa America 2011

jadual perlawanan pusingan suku akhir copa america 2011,jadual peringkat suku akhir copa america 2011,laluan ke akhir copa america 2011,carta laluan copa america 2011,pasukan yang layak ke peringkat suku akhir copa america
Jadual Pusingan Suku Akhir Copa America 2011


Pertembungan Argentina dan Uruguay menarik perhatian ramai. Kedua pasukan mempunyai rekod juara sebanyak 14 kali. Namun, salah satu akan meninggalkan pentas Copa America 2011 lebih awal. Brazil vs Paraguay merupakan ulangan aksi kumpulan B yang sebelum ini berakhir dengan 2-2. 

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

[Edisi Copa America 2011] Keputusan Paraguay vs Venezuela | Brazil vs Ecuador

Penulis: Que | Kategori: , ,

Mendebarkan. Itu yang mampu aku ucapkan selepas melihat perlawanan terakhir kumpulan B dalam perebutan tempat ke suku akhir. Dalam perlawanan awal pagi tadi antara Paraguay vs Venezuela sebanyak 6 gol telah berjaya dijaringkan (jumlah terbanyak setakat ini). Kedua pasukan mempamerkan corak permainan menyerang dan berakhir dengan keputusan Paraguay 3 - 3 Venezuela. 




Venezuela mendahului pada minit ke-4 apabila pertahanan Paraguay sedikit alpa dan Salmon Rondon merembat cantik dari luar kotak penalti menewaskan Villar. Tersentak dengan gol awal, Paraguay kembali mengatur rentak dan berjaya memperolehi gol penyamaan pada minit ke-32 menerusi pemain pertahanan Wigan, Alcaraz. Mereka kemudiannya melebarkan jurang gol pada minit ke-62 & 85 untuk mendahului 3-1.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

[Edisi Copa America 2011] Keputusan Perlawanan Chile vs Peru | Uruguay vs Mexico

Penulis: Que | Kategori: , ,

Chile mengetuai Kumpulan C untuk mara ke peringkat suku akhir selepas menewaskan Peru 1 - 0. Dengan tempat 3 teratas sudah terjamin, kedua pasukan melakukan beberapa pertukaran dalam kesebelasan masing2. Andre Corrillo menjaringkan gol sendiri pada minit ke -92 untuk memberikan kemenangan kepada pasukan Chile.

Keputusan Terkini Copa America 2011 | Chile vs Peru 1- 0 | 13 Julai 2011 
Live @ Astro Supersport

Kredit : google


Namun perlawanan dicemari dengan insiden atas padang melibatkan pemain Peru, Carmona dan Chile, Beausejour dan  pengadil akhirnya melayang kad merah untuk kedua pemain. Ini bermakna mereka digantung perlawanan pada pusingan suku akhir. Persaingan kedua pasukan nampak seimbang dengan mencipta peluang tapi gagal disudahkan oleh penyerang masing2.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

[Edisi Copa America 2011] Keputusan Perlawanan Argentina vs Costa Rica | Tempat ke Pusingan Suku Akhir

Penulis: Que | Kategori: , ,

Akhirnya.. Pasukan Argentina memerlukan pasukan remaja untuk menang dalam saingan peringkat kumpulan sebentar tadi. Keputusan berkesudahan Argentina 3 - 0 Costa Rica. Selaku negara jemputan, Costa Rica memberi laluan (propa) kepada tuan rumah untuk mara ke pusingan suku akhir. Jurulatih Argentina, Batista membuat pertukaran strategi dengan membawa masuk Sergio Aguero menggantikan Tevez selaku penyerang Argentina bergandingan dengan Higuain.


Keputusan Terkini Copa America 2011 | Argentina vs Costa Rica 3-0
12 Julai 2011 Live @ Astro Supersport

sergio aguero argentina,copa america argentina 2011
Kun Aguero - Kredit : Google


Dan hasilnya sangat manis apabila Aguero menjaringkan 2 gol (45' & 52') manakala 1 lagi gol disumbangkan Angel Di Maria (63'). Di mana Messi?? Sabar2.. Messi menjadi arkitek dalam merencana gerakan untuk 2 gol pasukan Argentina. Dengan Barcelona dah score banyak gol kasi can yang lain plak.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

[Edisi Copa America 2011] Keputusan Perlawanan Colombia vs Bolivia | Tempat Ke Suku Akhir

Penulis: Que | Kategori: ,

Perlawanan Kumpulan A sebentar tadi menyaksikan Colombia bermula garang untuk membenam Bolivia 2 - 0. Gol-gol Colombia dijaringkan oleh penyerang Porto FC, Radamel Falcao Garcia pada minit ke-14 dan 28 (sepakan penalti). Kemenangan ini membolehkan Colombia layak ke peringkat suku akhir apabila mendahului carta Kumpulan A dengan 7 mata.

Trivia : Ini adalah kali pertama dalam karier antarabangsa Falcao menjaringkan lebih dari 1 gol dalam satu-satu perlawanan

Kredit : google

Bolivia menamatkan saingan Copa America dengan kekecewaan apabila sekadar pulang dengan 1 mata. Tempat ke-2 bakal direbut oleh tuan rumah, Argentina dan Costa Rica.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

[Edisi Copa America 2011] Keputusan Perlawanan Brazil vs Paraguay | Venezuela vs Ecuador

Penulis: Que | Kategori: , ,

Brazil selaku juara bertahan meneruskan cabaran menentang Paraguay pagi ini dalam misi mencari 2 tempat teratas kumpulan B. Perlawanan pada awalnya dikuasai Paraguay dengan Santa Cruz (2') mensia-siakan peluang keemasan untuk meletakkan Paraguay di hadapan. Brazil yang dipaksa bertahan pada 20 minit pertama, bangkit mengatur gerak. Gerakan one touch football akhirnya meloloskan Pato yang hanya berdepan dengan Justo Villar. Namun ketangkasan penjaga gol Paraguay itu berjaya menampan kemas untuk menyelamatkan keadaan.

Keputusan terkini Copa America 2011 | Brazil vs Paraguay 2-2 | 10 Julai 2011




Gol Brazil hadir pada minit ke-38 apabila Jadson merembat deras cubaan dari luar kotak penalti menewaskan Justo Villar. Paraguay terpaksa bertahan sehingga wisel separuh masa pertama untuk Brazil mendahului dengan 1 gol. Neymar pemain muda harapan Brazil tampak kurang menyinar pada perlawanan ini dan gemar bermain solo. 

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

[Edisi Copa America 2011] Keputusan Perlawanan Uruguay vs Chile | Peru vs Mexico

Penulis: Que | Kategori: , ,

Persaingan Kumpulan C sedang berlangsung pagi ini. Perlawanan antara Uruguay vs Chile menyaksikan pertembungan menarik dengan kedua-dua pasukan mempamerkan corak permainan menyerang. Uruguay yang dibarisi pemain handalan seperti Forlan, Suarez & Pereira memulakan penguasaan apabila cubaan Suarez hanya singgah di palang gol untuk menidakkan gol pertama Uruguay. Separuh masa pertama berakhir dengan keputusan 0-0. 


Keputusan Terkini Copa America 2011 | Uruguay 1 - 1 Chile | 9 Julai 2011

Hot : Alexis Sanchez (Pemain Terbaik LG) vs Luis Suarez


Uruguay melakukan pertukaran dengan mengeluarkan Cavani yang tidak menjadi. Permulaan separuh masa kedua, Chile lebih dulu mengasak Uruguay dengan serangan bahaya namun gagal menembusi gawang. Gol Uruguay akhirnya hadir pada minit ke-53 hasil gerakan cantik yang dimulakan Forlan. Suarez menggunakan skill untuk menggelecek pertahanan Chile dan akhirnya melorong bola kepada Alvaro Pereira yang tidak dikawal untuk mudah menolak masuk bola.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

[Edisi Copa America 2011] Keputusan Perlawanan Bolivia vs Costa Rica | Costa Rica Buat Kejutan

Penulis: Que | Kategori: , ,

Perlawanan Kumpulan A antara Bolivia vs Costa Rica berakhir dengan keputusan mengejutkan. Pasukan remaja Costa Rica berjaya menewaskan pasukan Bolivia dengan 2 - 0. Keputusan itu meletakkan Costa Rica di tangga ke-2 kumpulan A di atas Argentina lawan terakhir mereka.


Keputusan Terkini Copa America 2011 | Bolivia 0 - Costa Rica 2 | 8 Julai 2011 @ Astro Supersport




Gol-gol Costa Rica dijaringkan oleh Martinez (59') dan Campbell (78') . Bolivia yang bermain cemerlang ketika bertemu Argentina gagal melakukan sebarang percubaan tepat ke arah gol lawan. Mungkin mereka memandang rendah keupayaan barisan muda Costa Rica yang tewas pada perlawanan pertama mereka.


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

[Edisi Copa America 2011] Keputusan Perlawanan Argentina vs Colombia | Messi Putih Mata

Penulis: Que | Kategori: , ,

Berita terkini. Pasukan Argentina terselamat daripada menerima kekalahan mengejut kepada pasukan Colombia. Keputusan perlawanan terikat 0 - 0. Harapan tinggi di bahu Messi selaku pemain terbaik dunia 2010 (FIFA Ballon d'Or) untuk mengutip 3 mata penuh gagal apabila beliau dikawal ketat sepanjang perlawanan.

Argentina 0 - 0 Colombia | Argentina vs Colombia Copa America 2011

messi argentina, messi barcelona,fifa worl player of the year
Messi  lebih hebat di Barcelona berbanding di tempat kelahirannya


Argentina boleh dikatakan bernasib baik kerana Ramos (Colombia) mensia-siakan peluang dengan menolak bola melepasi palang gol pada minit ke-19 ketika hanya berdepan dengan  penjaga gol. Pertahanan Argentina, Milito pula terselamat berpunca dari hantaran pendek beliau kepada penjaga gol yang mudah dipintas oleh Ramos. Namun peluang terbaik itu gagal disempurnakan apabila beliau dilanggar oleh Burdisso. Pengadil meneruskan permainan namun penyudah Moreno tersasar.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

[Edisi Copa America 2011] Keputusan Perlawanan Uruguay vs Peru | Chile vs Mexico

Penulis: Que | Kategori: , ,

Peminat Copa America 2011 mesti tertunggu keputusan perlawanan antara Uruguay vs Peru & Chile vs Mexico kan. Persaingan kumpulan C tampak perbezaan jelas dari segi gol berbanding kumpulan B semalam (xde gol langsung). Uruguay hanya mampu seri 1-1 dengan Peru. Gol pertama perlawanan dijaringkan penyerang Peru Paolo Guerrero (23') dan gol penyamaan Uruguay oleh siapa lagi kalau bukan bintang Liverpool Luis Suarez (43').



uruguay vs peru copa america 2011, luis suarez goal against peru copa america 2011



Uruguay bermain dengan formasi 4-3-3 (Suarez-Forlan-Cavani) manakala Peru hanya meletakkan seorang penyerang. Strategi Peru ini berhasil (Datuk K. Rajagobal mungkin suka artikel ini) apabila Guerrero berjaya melepasi perangkap offside bermula dari tengah padang dan menggelecek penjaga gol Uruguay untuk gol pertama. Uruguay yang tersentap dengan gol Peru, bangkit mengatur serangan dan akhirnya hasil gerakan cantik dan lorongan bola yang tepat pada kaki Luis Suarez dengan mudah menolak masuk gol penyamaan. (Ayat kompleks)


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

[Edisi Copa America 2011] Keputusan Perlawanan Brazil vs Venezuela | Penyudah Tumpul Samba Brazil

Penulis: Que | Kategori: , ,

Penyudah tumpul mengakibatkan Brazil terlepaskan peluang keemasan untuk mengutip 3 mata penuh dalam perlawanan awal pagi tadi menentang Venezuela. Keputusan perlawanan berakhir dengan Brazil 0 - 0 Venezuela. Biar pun hangat diperkatakan sebelum sepak mula di mana Brazil tidak menghadapi masalah besar berdepan lawan mereka itu, namun hakikatnya jika sesuatu pasukan gagal menjaringkan gol, maka tiada kemenangan akan diperolehi. (Kompleks betol ayat ni ;p)


keputusan perlawanan brazil vs venezuela copa america 2011, brazil vs venezuela gol copa america 2011, neymar brazil copa america 2011,kumpulan B copa america 2011
Neymar pemain terbaik perlawanan | Brazil vs Venezuela


Pasukan Brazil (ranking ke-5 dunia dalam senarai FIFA) menguasai keseluruhan permainan dengan mencipta banyak peluang. Cubaan Pato hanya terkena palang, manakala Robinho dan Neymar melepaskan peluang ketika hanya berdepan dengan penjaga gol lawan. Dengan formasi 4-3-3 Brazil meletakkan Ramires, Lucas & Paulo Henrique di bahagian tengah tetapi gagal mempamerkan aksi cemerlang.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

[Edisi Copa America 2011] Keputusan Perlawanan Colombia vs Costa Rica | Colombia Dahului Kumpulan A

Penulis: Que | Kategori: , ,

Perlawanan ke-2 Kumpulan A berakhir dengan keputusan Colombia 1 - 0  Costa Rica. Siaran langsung di Astro Supersport bermula pada jam 2.30 pagi tadi waktu Malaysia. Costa Rica yang menggantikan Jepun dan hanya menghantar skuad bawah 22 tahun nampak seperti gagal menyaingi kekuatan Colombia yang mempunyai ramai pemain beraksi di liga ternama Eropah. Falcao & Guarin (Porto), Yepes (AC Milan), Luis Perea (Atlectico Madrid), Rodallega (Wigan), serta Zapata (Udinese).

Keputusan Terkini Copa America 2011 | Astro Supersport | Colombia vs Costa Rica

keputusan terkini copa america 2011 colombia vs costa rica,jadual copa america 2011 waktu malaysia,siaran langsung copa america 2011 colombia vs costa rica,highlight perlawanan colombia vs costa rica,siaran ulangan copa america 2011,kedudukan terkini copa america 2011
Kredit : Google


Permulaan permainan yang agak berhati-hati oleh kedua pasukan dengan Costa Rica lebih banyak bertahan. Penjaga gol Costa Rica, Leonel Moreira menjadi nadi pasukan apabila menyelamatkan beberapa percubaan merbahaya oleh penyerang Colombia. Sehinggalah pada minit ke-27 keadaan menjadi kecoh seketika apabila Brenes (Costa Rica) melakukan terjahan keras (ala2 two-footed challenge) ke atas Luis Perea yang mengakibatkan pengadil melayang kad merah pertama kempen Copa America 2011.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/