Home » , , » [Edisi Copa America 2011] Keputusan Perlawanan Uruguay vs Peru | Chile vs Mexico

[Edisi Copa America 2011] Keputusan Perlawanan Uruguay vs Peru | Chile vs Mexico

Penulis: Que | Kategori: , ,

Peminat Copa America 2011 mesti tertunggu keputusan perlawanan antara Uruguay vs Peru & Chile vs Mexico kan. Persaingan kumpulan C tampak perbezaan jelas dari segi gol berbanding kumpulan B semalam (xde gol langsung). Uruguay hanya mampu seri 1-1 dengan Peru. Gol pertama perlawanan dijaringkan penyerang Peru Paolo Guerrero (23') dan gol penyamaan Uruguay oleh siapa lagi kalau bukan bintang Liverpool Luis Suarez (43').



uruguay vs peru copa america 2011, luis suarez goal against peru copa america 2011



Uruguay bermain dengan formasi 4-3-3 (Suarez-Forlan-Cavani) manakala Peru hanya meletakkan seorang penyerang. Strategi Peru ini berhasil (Datuk K. Rajagobal mungkin suka artikel ini) apabila Guerrero berjaya melepasi perangkap offside bermula dari tengah padang dan menggelecek penjaga gol Uruguay untuk gol pertama. Uruguay yang tersentap dengan gol Peru, bangkit mengatur serangan dan akhirnya hasil gerakan cantik dan lorongan bola yang tepat pada kaki Luis Suarez dengan mudah menolak masuk gol penyamaan. (Ayat kompleks)



Keputusan Terkini Perlawanan Copa America 2011 | Uruguay vs Peru | Live @ Astro Supersport





Dalam perlawanan kedua antara Chile dan Mexico berkesudahan dengan Chile 2 - 1 Mexico. Gol-gol Chile dijaringkan Esteben Paredes (66') dan Arturo Vidal (72') manakala gol Mexico dijaringkan Nestor Alejandro (40'). Mexico yang hanya menghantar pasukan bawah 23 tahun gagal bertahan setelah berjaya mengejutkan Chile dengan gol pada separuh masa pertama. Ikuti sedutan perlawanan.


Keputusan Terkini Perlawanan Copa America 2011 | Chile vs Mexico | Live @ Astro Supersport






Antara pemain bintang yang mencuri tumpuan dalam perlawanan ini ialah Alexis Sanchez yang diburu oleh beberapa kelab ternama Eropah seperti Barcelona, Manchester City dan Manchester United. Beliau yang boleh bermain di posisi sayap atau pun penyerang kini bersama kelab Itali Udinese.


Perlawanan seterusnya melibatkan tuan rumah, Argentina vs Colombia , 8.45 am waktu Malaysia Siaran Langsung di Astro Supersport 811@831


Adakah Argentina mampu mengubah nasib mereka kali ini??? Sama2 kita nantikan.


p/s : Aku keje waktu ni..Haruskah aku melarikan diri..Haha

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

No Responses to " [Edisi Copa America 2011] Keputusan Perlawanan Uruguay vs Peru | Chile vs Mexico "

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2023
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets