Home » , , » [Edisi Copa America 2011] Peru 4 - 1 Venezuela | Penentuan Tempat Ketiga & Keempat

[Edisi Copa America 2011] Peru 4 - 1 Venezuela | Penentuan Tempat Ketiga & Keempat

Penulis: Que | Kategori: , ,

Dua gol Guerrero (gambar) pada minit-minit terakhir permainan memusnahkan harapan Venezuela untuk mengheret perlawanan ke masa tambahan. Guerrero menjadi wira Peru apabila menjaringkan 3 gol (hat-trick) dalam perlawanan awal pagi tadi. Venezuela pula dipaksa beraksi dengan 10 pemain selama 30 minit selepas Thomas Rincon diarah keluar padang oleh pengadil. Tindakan itu mungkin terlalu tegas jika dilihat pada kekasaran yang dilakukan.


Keputusan Terkini Copa America 2011 | Peru vs Venezuela | 24 Julai 2011
keputusan terkini peru vs venezuela copa america 2011,perlawanan tempat ketiga copa america 2011,jadual perlawanan akhir final copa america 2011,uruguay vs paraguay waktu malaysia,perlawanan akhir copa america 2011,highlights peru vs venezuela,paolo gerrero


Venezuela yang belum pernah tewas dalam kempen kali ini akur kepada kehebatan dan keberkesanan penyerang Peru walaupun menguasai hampir keseluruhan permainan. Gol pertama Peru dijaringkan oleh Chiroqe pada minit ke - 41 menerusi hantaran leret dari sebelah kanan sebelum mudah menolak masuk.

Trivia : Peru akhirnya mengulangi kejayaan pada tahun 1983 untuk meraih tempat ketiga dalam kempen Copa America 2011


Perlawanan Penentuan Tempat Ke-3 & Ke-4 | Peru vs Venezuela




Guerrero pula melebarkan jurang kepada 2 gol menerusi rembatan deras di dalam kotak penalti menewaskan penjaga gol Venezuela pada minit ke-63. Semangat kental Venezuela yang pernah bangkit dari ketinggalan 1-3 kepada Paraguay dalam peringkat kumpulan masih boleh disaksikan dalam aksi pagi tadi. Akhirnya pada minit ke-77, Arango menjaringkan 1 gol cantik bermula dari lorongan bijak dari bahagian tengah sebelum menyudahkan dengan teknik yang sukar.

Keghairahan mencari gol penyamaan, Venezuela terperangkap dengan counter atttack Peru dan Guerero menambah 2 lagi gol pada minit ke-89 & 90 untuk memastikan Peru sebagai pasukan ketiga terbaik dalam edisi Copa America 2011.


Trivia : Tempat ke-4 merupakan pencapaian terbaik Venezuela sepanjang menyertai Copa America


 Final Copa America 2011 | Uruguay vs Paraguay | 25 Julai 2011 3.00 am waktu Malaysia

keputusan terkini peru vs venezuela copa america 2011,perlawanan tempat ketiga copa america 2011,jadual perlawanan akhir final copa america 2011,uruguay vs paraguay waktu malaysia,perlawanan akhir copa america 2011,highlights peru vs venezuela,paolo gerrero


Esok merupakan kemuncak kepada edisi Copa America 2011. Uruguay (semifinalist World Cup 2010) dan Paraguay (quarterfinalist World Cup 2010) akan membuat perhitungan pasukan manakah yang layak memegang gelaran jaguh bola sepak Amerika Selatan. Kedua pasukan mempunyai penjaga gol yang cekap dan berwibawa. Santa Cruz dan Luis Suarez bakal membuktikan siapa lebih handal di depan gol.


Saksikan perlawanan terhebat bulan ini

Uruguay vs Paraguay [25 Julai 2011] jam 3.00 am waktu Malaysia.

Live @ Astro Superspot 811 @ HD 831


Live streaming @ Kafe Que Skrin Laptop/PC Anda

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

No Responses to " [Edisi Copa America 2011] Peru 4 - 1 Venezuela | Penentuan Tempat Ketiga & Keempat "

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets