Home » , , » [Edisi Copa America 2011] Keputusan Perlawanan Uruguay vs Chile | Peru vs Mexico

[Edisi Copa America 2011] Keputusan Perlawanan Uruguay vs Chile | Peru vs Mexico

Penulis: Que | Kategori: , ,

Persaingan Kumpulan C sedang berlangsung pagi ini. Perlawanan antara Uruguay vs Chile menyaksikan pertembungan menarik dengan kedua-dua pasukan mempamerkan corak permainan menyerang. Uruguay yang dibarisi pemain handalan seperti Forlan, Suarez & Pereira memulakan penguasaan apabila cubaan Suarez hanya singgah di palang gol untuk menidakkan gol pertama Uruguay. Separuh masa pertama berakhir dengan keputusan 0-0. 


Keputusan Terkini Copa America 2011 | Uruguay 1 - 1 Chile | 9 Julai 2011

Hot : Alexis Sanchez (Pemain Terbaik LG) vs Luis Suarez


Uruguay melakukan pertukaran dengan mengeluarkan Cavani yang tidak menjadi. Permulaan separuh masa kedua, Chile lebih dulu mengasak Uruguay dengan serangan bahaya namun gagal menembusi gawang. Gol Uruguay akhirnya hadir pada minit ke-53 hasil gerakan cantik yang dimulakan Forlan. Suarez menggunakan skill untuk menggelecek pertahanan Chile dan akhirnya melorong bola kepada Alvaro Pereira yang tidak dikawal untuk mudah menolak masuk bola.

Keputusan Copa America 2011 | Uruguay vs Chile 1-1 | Live @ Astro Supersport




Gol Sanchez menjadi taruhan gol terbaik kejohanan


Chile bangkit mengatur serangan. Dengan sasaran untuk layak ke separuh akhir, mereka enggan menyerah kalah. Alexis Sanchez akhirnya membuktikan kenapa beliau antara pemain yang menjadi perhatian dalam kempen kali ini dengan menyumbat gol penyamaan Chile pada minit ke-64. Secara keseluruhan Chile lebih banyak melakukan percubaan merbahaya. Muslera menjadi penyelamat Uruguay pada pagi ini untuk membolehkan Uruguay mengutip 1 mata. 9 kad kuning dilayangkan pengadil menunjukkan perlawanan yang sungguh agresif oleh kedua pasukan.


Dengan berakhirnya perlawanan sebentar tadi, Chile mendahului Kumpulan C sambil menunggu pencabar seterusnya antara Peru vs Mexico.

Keputusan Copa America 2011 | Peru vs Mexico 1-0 | 9 Julai 2011




Peru berkongsi mata dengan Chile dalam carta Kumpulan C ekoran kejayaan menewaskan Mexico dengan 1-0. Gol Peru dijaringkan Paolo Guerrero pada minit ke-82 untuk menambahkan koleksi gol kejohanan beliau. Penguasaan permainan jelas memihak kepada Peru dan Mexico kini hanya melengkapkan jadual ketika bertemu Uruguay dalam perlawanan terakhir mereka.


Pagi esok [10 Julai 2011]. Persaingan Kumpulan B bakal menyaksikan pasukan pilihan Brazil vs Paraguay, jam 3.00 am waktu Malaysia diikuti perlawanan Venezuela vs Ecuador, jam 5.30 am waktu Malaysia. Pada ketika ini semua pasukan masih mempunyai peluang sama rata kerana keputusan tanpa jaringan dalam perlawanan sebelumnya.


p/s : Peminat Manchester United tidak dapat menyaksikan kelibat Antonio Valencia dalam perlawanan esok kerana belum pulih dari kecederaan.



Brazil vs Paraguay, Ahad [10 Julai 2011], 3.00 am waktu Malaysia
Venezuela vs Ecuador, Ahad [10 Julai 2011], 5.30 am waktu Malaysia
Live @ Astro Supersport 811/831

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

2 Responses to " [Edisi Copa America 2011] Keputusan Perlawanan Uruguay vs Chile | Peru vs Mexico "

  1. Unknown Says:

    sebelum chile sememang satu kumpulan yg kuat tapi skg tgl siri dgn uruquay...hehe...20 lagu top masa kini indonesia

    Best Blogger Tips [Reply to comment] Best Blogger Templates
  2. Que Says:

    Joe : time world cup 1994 dorg kuat kot..

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets