Home » , , » [Edisi Copa America 2011] Keputusan Perlawanan Brazil vs Venezuela | Penyudah Tumpul Samba Brazil

[Edisi Copa America 2011] Keputusan Perlawanan Brazil vs Venezuela | Penyudah Tumpul Samba Brazil

Penulis: Que Haidar | Kategori: , ,

Penyudah tumpul mengakibatkan Brazil terlepaskan peluang keemasan untuk mengutip 3 mata penuh dalam perlawanan awal pagi tadi menentang Venezuela. Keputusan perlawanan berakhir dengan Brazil 0 - 0 Venezuela. Biar pun hangat diperkatakan sebelum sepak mula di mana Brazil tidak menghadapi masalah besar berdepan lawan mereka itu, namun hakikatnya jika sesuatu pasukan gagal menjaringkan gol, maka tiada kemenangan akan diperolehi. (Kompleks betol ayat ni ;p)


keputusan perlawanan brazil vs venezuela copa america 2011, brazil vs venezuela gol copa america 2011, neymar brazil copa america 2011,kumpulan B copa america 2011
Neymar pemain terbaik perlawanan | Brazil vs Venezuela


Pasukan Brazil (ranking ke-5 dunia dalam senarai FIFA) menguasai keseluruhan permainan dengan mencipta banyak peluang. Cubaan Pato hanya terkena palang, manakala Robinho dan Neymar melepaskan peluang ketika hanya berdepan dengan penjaga gol lawan. Dengan formasi 4-3-3 Brazil meletakkan Ramires, Lucas & Paulo Henrique di bahagian tengah tetapi gagal mempamerkan aksi cemerlang.


keputusan perlawanan brazil vs venezuela copa america 2011, brazil vs venezuela gol copa america 2011, neymar brazil copa america 2011,kumpulan B copa america 2011
Vicente Vega (penjaga gol Venezuela) beraksi cemerlang menhalang percubaan trio samba Brazil

Trivia : Venezuela merupakan satu-satunya pasukan Amerika Selatan yang tidak pernah melayakkan diri ke kelompok terakhir Piala Dunia


Jurulatih Venezuela, Cesar Farias memuji corak bertahan anak buahnya yang berjaya mencuri 1 mata dari gergasi bola sepak dunia. Keputusan perlawanan Copa America 2011 memang di luar jangka ekoran persembahan hambar tuan rumah, Argentina pada aksi pembukaan.


Keputusan Terkini Perlawanan Brazil vs Venezuela | Copa America 2011 | Astro Supersport




Brazil 0 - 0 Venezuela 



Keputusan Terkini Perlawanan Paraguay vs Ecuador | Copa America 2011 | Astro Supersport




Paraguay 0 - 0 Ecuador




Perlawanan Paraguay vs Ecuador juga berakhir dengan keputusan seri 0-0. Dan esok (5 julai 2011) aksi Kumpulan C mengambil tempat di mana Uruguay vs Peru pada jam 6.15 pagi waktu Malaysia diikuti Chile vs Mexico jam 8.45 pagi waktu Malaysia.


Uruguay vs Peru , 6.15 am waktu Malaysia, 5 Julai 2011
Chile vs Mexico , 8.45 am waktu Malaysia, 5 Julai 2011
Siaran Langsung di Astro Supersport 811@ HD 831


Pictures credit : Copa America 2011 Official Website

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

No Responses to " [Edisi Copa America 2011] Keputusan Perlawanan Brazil vs Venezuela | Penyudah Tumpul Samba Brazil "

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2017
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets