Home » , , » [Edisi Copa America 2011] Keputusan Perlawanan Brazil vs Paraguay | Venezuela vs Ecuador

[Edisi Copa America 2011] Keputusan Perlawanan Brazil vs Paraguay | Venezuela vs Ecuador

Penulis: Que | Kategori: , ,

Brazil selaku juara bertahan meneruskan cabaran menentang Paraguay pagi ini dalam misi mencari 2 tempat teratas kumpulan B. Perlawanan pada awalnya dikuasai Paraguay dengan Santa Cruz (2') mensia-siakan peluang keemasan untuk meletakkan Paraguay di hadapan. Brazil yang dipaksa bertahan pada 20 minit pertama, bangkit mengatur gerak. Gerakan one touch football akhirnya meloloskan Pato yang hanya berdepan dengan Justo Villar. Namun ketangkasan penjaga gol Paraguay itu berjaya menampan kemas untuk menyelamatkan keadaan.

Keputusan terkini Copa America 2011 | Brazil vs Paraguay 2-2 | 10 Julai 2011




Gol Brazil hadir pada minit ke-38 apabila Jadson merembat deras cubaan dari luar kotak penalti menewaskan Justo Villar. Paraguay terpaksa bertahan sehingga wisel separuh masa pertama untuk Brazil mendahului dengan 1 gol. Neymar pemain muda harapan Brazil tampak kurang menyinar pada perlawanan ini dan gemar bermain solo. 


Ganso dan Neymar antara pemain Santos yang menarik minat kelab Eropah


Separuh masa kedua, Paraguay memulakan perlawanan dengan penuh disiplin. Kelekaan pertahanan Brazil akhirnya membawa padah apabila Santa Cruz mudah menolak masuk bola yang tidak dikawal membolehkan Paraguay menyamakan kedudukan pada minit ke-54. Peluang demi peluang Brazil gagal disudahkan. Persefahaman antara Dani Alves dan Lucio di bahagian pertahanan sekali lagi diuji kali ini dengan hantaran bola jauh. Alves yang gagal mengawal bola terlepas kepada pemain Paraguay dan Santa Cruz melorongkan bola untuk disudahkan pemain gantian, Valdez yang bernasib baik apabila bola terkena kaki beliau dan melambung masuk. Paraguay  mendahului  Brazil  2-1 pada minit ke-66. 


Santa Cruz : 1 gol and 1 assist


Serangan yang kurang berkesan memaksa Mano Menezes membawa masuk Fred menggantikan Neymar. Dengan masa berbaki 5 minit, sepakan percuma Elano ditolak keluar oleh Justo Villar. Paraguay terus bertahan asakan Brazil dalam usaha mencari gol kedua. Minit ke-89, hantaran dari kawasan tengah oleh Ganso bijak dikawal Fred untuk memperdaya pertahanan Paraguay dan memberikan gol penyamaan Brazil. Perlawanan yang sungguh mendebarkan berakhir dengan Brazil 2 - 2 Paraguay.


Keputusan Terkini Copa America 2011 | Venezuela vs Ecuador 1-0 | 10 Julai 2011





Perlawanan kedua kumpulan B menyaksikan Venezuela berjaya menewaskan Ecuador yang bermain tanpa bintang dari Manchester United, Antonio Valencia. Keputusan itu meletakkan Venezuela sebagai pendahulu kumpulan B dengan 4 mata. Secara matematiknya Venezuela hanya perlu seri dalam perlawanan terakhir menetang Paraguay untuk melangkah ke pusingan suku akhir. Gol Venezuela dijaringkan oleh Gonzalez pada minit ke-61 dengan sepakan padu dari jarak 20 meter.


Perlawanan seterusnya melibatkan pasukan Colombia vs Bolivia, 11 Julai 2011, 5.00 am waktu Malaysia siaran langsung di Astro Supersport. Colombia memerlukan seri untuk layak ke suku akhir manakala Bolivia terdesak untuk meneruskan perjuangan dalam saingan Copa America 2011.


Colombia vs Bolivia, 11 Julai 2011 5.00 am waktu Malaysia Live @ Astro Supersport

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

2 Responses to " [Edisi Copa America 2011] Keputusan Perlawanan Brazil vs Paraguay | Venezuela vs Ecuador "

  1. Orang Kampung Says:

    tak sempat tgok game ni..
    thanks video tu..
    nmpk betoi kelekaan prthnan brazil..
    slmat seri..

    Best Blogger Tips [Reply to comment] Best Blogger Templates
  2. Que Says:

    OK : brazil sengal..nk attack je smpy defend lupe..cmne nk lyk quater kalau gini

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets