Home » , , » [Edisi Copa America 2011] Keputusan Paraguay vs Venezuela | Brazil vs Ecuador

[Edisi Copa America 2011] Keputusan Paraguay vs Venezuela | Brazil vs Ecuador

Penulis: Que | Kategori: , ,

Mendebarkan. Itu yang mampu aku ucapkan selepas melihat perlawanan terakhir kumpulan B dalam perebutan tempat ke suku akhir. Dalam perlawanan awal pagi tadi antara Paraguay vs Venezuela sebanyak 6 gol telah berjaya dijaringkan (jumlah terbanyak setakat ini). Kedua pasukan mempamerkan corak permainan menyerang dan berakhir dengan keputusan Paraguay 3 - 3 Venezuela. 




Venezuela mendahului pada minit ke-4 apabila pertahanan Paraguay sedikit alpa dan Salmon Rondon merembat cantik dari luar kotak penalti menewaskan Villar. Tersentak dengan gol awal, Paraguay kembali mengatur rentak dan berjaya memperolehi gol penyamaan pada minit ke-32 menerusi pemain pertahanan Wigan, Alcaraz. Mereka kemudiannya melebarkan jurang gol pada minit ke-62 & 85 untuk mendahului 3-1.

Walaupun tempat ke suku akhir sudah terjamin,  namun Venezuela tidak memberikan laluan mudah buat Paraguay. 2 gol dalam masa 2 minit di akhir perlawanan mengecewakan penyokong Paraguay apabila dipaksa pulang dengan 1 mata.

Video Highlight Copa America 2011 | Paraguay vs Venezuela 3-3 | 14 Julai 2011


Dalam perlawanan tumpuan, Brazil akhirnya membuktikan kredibiliti mereka selaku juara bertahan seepas menamatkan saingan peringkat kumpulan C dengan kemenangan besar 4-2 ke atas Ecuador. Dengan perbezaan jaringan, Brazil layak selaku juara Kumpulan B manakala Venezuela akur di tempat kedua dengan 5 mata. Paraguay pula terpaksa berpuas hati dengan tiket pasukan tempat ke-3 terbaik (dibelakang Peru).


keputusan brazil vs ecuador,brazil vs ecuador copa america 2011,brazil vs ecuador 14 julai 2011,perlawanan suku akhir copa america 2011


Samba berpesta dengan gol yang dijaringkan oleh Pato (28' & 61') serta Neymar (48' & 71'). Ecuador yang beraksi tanpa pemain Manchester United, Antonio Valencia hanya mampu menjaringkan 2 gol menerusi  Felipe Caicedo (36' & 58')


Keputusan Terkini Perlawanan Copa America 2011 | Brazil vs Ecuador 4-2
14 Julai 2011 Live @ Astro Supersport


Senarai pasukan yang layak ke suku akhir [Klik sini]

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

No Responses to " [Edisi Copa America 2011] Keputusan Paraguay vs Venezuela | Brazil vs Ecuador "

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets