Barcelona Sah Juara La Liga Sepanyol Musim 2014/2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , ,

TRIO BERBISA SENJATA UTAMA



Barcelona memulakan misi 'treble' mereka dengan mengesahkan kejuaraan La Liga 2015. Lebih manis kejayaan itu dirai ketika menewaskan juara musim lalu, Atletico Madrid di tempat lawan. Berbaki 1 perlawanan dengan mengumpul 93 mata, Barcelona menutup peluang Real Madrid yang ketinggalan 4 mata dibelakang.



Siapa sangka pasukan yang bermasalah pada bulan Januari lalu kini memburu 3 kejuaraan. Selepas ini mereka akan menumpukan perhatian pada perlawanan akhir Copa Del Rey menentang Athletic Bilbao dan UEFA Champions League menentang Juventus. Kali terakhir mereka memenangi 'treble' ketika zaman kegemilangan Barcelona bersama bekas pengurus Pep Guardiola.



Kejayaan ini tidak akan dicapai tanpa sumbangan besar gandingan trio serangan yang paling berbisa ketika ini. 79 gol dalam La Liga telah dijaringkan sesama mereka dengan Messi mengetuai senarai sebanyak 41 gol, Neymar 22 gol dan Suarez dengan 16 gol. Keserasian ini hanya akan menjadikan Barcelona sebuah pasukan yang akan digeruni untuk 5 musim akan datang. Tahniah Barca!

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Akhir Final Badminton Piala Sudirman China vs Jepun | 17 Mei 2015 di Astro

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , ,

CHINA BURU GELARAN KE-10


Keputusan akhir : China 3-0 Jepun

China menepati ramalan layak ke pusingan akhir Kejohanan Badminton Piala Sudirman 2015. Selaku tuan rumah, China bakal memburu gelaran ke-10 dan ke-6 berturut dalam sejarah. Mereka melepasi halangan dengan mengetepikan cabaran pasukan Germany dan Indonesia. Lawan mereka di final nanti merupakan pasukan Jepun yang menunjukkan peningkatan sejak menjuarai Piala Thomas 2014.



China ketika itu diaibkan Jepun dalam saingan separuh akhir dengan keputusan 3-0. Walaupun Piala Thomas hanya melibatkan pemain lelaki dan berbeza dengan format berpasukan Piala Sudirman, sudah pasti luka tersebut masih dirasai. Pentas petang ini bakal menjadi medan bagi China untuk mempamerkan kekuatan sebenar.



Jepun mengejutkan Korea Selatan yang menjadi naib juara dalam edisi sebelum ini. Perlawanan yang berlangsung lebih 4 jam itu berakhir dengan keputusan 3-2 memihak kepada negara matahari terbit itu. Jepun mungkin bukan pasukan pilihan kerana mereka buat pertama kali layak ke perlawanan akhir Piala Sudirman. Namun China harus berhati-hati dan memberi sepenuh tumpuan supaya trofi Piala Sudirman kekal menjadi milik mereka.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Senarai Penuh Pemain Harimau Muda Malaysia B-23 Ke Sukan SEA 2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , ,

MISI BALAS DENDAM



Datuk Ong Kim Swee telah menyenaraikan barisan terkuat untuk skuad Malaysia B-23 ke Sukan SEA 2015 yang bakal diadakan pada 30 Mei hingga 15 Jun nanti. Singapura yang dipilih selaku tuan rumah merupakan pasukan yang mengecewakan pasukan Harimau Muda untuk penentuan tempat ke-3/4 dalam edisi sebelum ini.



Malaysia telah diundi dalam kumpulan B bersama juara Sukan SEA 2013 (Thailand), Vietnam, Laos, Brunei dan Timor-Leste. 6 buah negara ini akan merebut 2 tempat teratas ke pusingan separuh akhir. Apa yang menariknya, kumpulan A yang menempatkan Singapura hanya mempunyai 5 negara. 



Ini bermakna sekiranya Harimau Muda layak ke semifinal dan ditakdirkan bertemu tuan rumah, mereka bermain lebih 1 perlawanan dari Singapura. Malaysia B-23 bakal membuat persiapan dengan perlawanan persahabatan menentang Sabah FA (15 Mei) dan Indonesia B-23 (21 Mei) untuk menguji keserasian dan proses pemilihan 20 pemain ke Sukan SEA 2015 nanti.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/