Senarai kelab yang layak ke pusingan kalah mati UEFA Champions League 2013/14

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , ,

FORMAT UCL BERBEZA




UEFA Champions League adalah pertandingan paling berprestij di benua Eropah. Hanya pasukan terbaik di kalangan liga domestik terpilih sahaja yang mampu menyertai kejohanan ini. Menjadi impian setiap kelab yang terlibat untuk mara ke pusingan terakhir dan seterusnya dijulang sebagai juara.



Setelah berakhir 5 siri perlawanan peringkat kumpulan, sebanyak 8 pasukan sudah melayakkan diri ke pusingan kalah mati atau 16 terakhir. Bermula dengan Bayern Munich, Manchester City dan Atletico Madrid yang mengesahkan tempat lebih awal. Minggu ini, Barcelona, Chelsea, Real Madrid, PSG dan Manchester United turut mara.



Banyak perbincangan di laman Facebook tentang kenapa pasukan Chelsea layak sedangkan masih ada baki 1 perlawanan dengan jurang mata yang agak rapat. Sebenarnya, perkiraan dalam bola sepak ini berkait rapat dengan matematik dan kebarangkalian.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan UEFA Champions League 2013/14 Matchday 5 | 28 November 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , ,

5 PASUKAN SUDAH LAYAK


KEPUTUSAN PERLAWANAN UCL HARI INI, KEPUTUSA PENUH UEFA CHAMPIONS LEAGUE 28 NOVEMBER 2013, GOL MANCHESTER UNITED VS LEVERKUSEN,

Jadual Terkini UCL 2013/14 Setiap Minggu [Klik]

Mampukah pasukan Manchester United mengikuti jejak 5 pasukan yang telah layak ke pusingan kalah mati? Sehingga awal pagi tadi Bayern Munich, Manchester City, Atletico Madrid, Barcelona dan Chelsea sudah mengesahkan tempat ke pusingan 16 terakhir.



Kejohanan Eropah kadang-kala boleh mengganggu tumpuan untuk sesebuah pasukan. Bukan mudah untuk bermain lebih dari 1 pertandingan. Jika tidak bernasib baik, pasukan itu akan gagal dalam semua trofi yang diharapkan. Paling baik apabila tempat ke pusingan kalah mati dapat dicapai dengan hanya bermain 4 daripada 6 perlawanan peringkat kumpulan.



Contoh paling mudah kita lihat perebutan EPL musim ini. Antara pasukan Arsenal, Liverpool, Chelsea, Manchester City dan Manchester United yang mana boleh fokus pada 1 kejuaraan sahaja? Kelebihan ini yang jarang orang nampak.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan UEFA Champions League 2013/14 Matchday 5 | 27 November 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , ,

3 PASUKAN SUDAH LAYAK


KEPUTUSAN UCL ARSENAL VS MARSEILLE 27 NOV 2013, DORTMUND VS NAPOLI 27.11.2013, CHELSEA VS FC BASEL 26 27 NOVEMBER 2013 PAGI TADI

Jadual Terkini UCL 2013/14 Setiap Minggu [Klik]

Barcelona akan mengesahkan tempat ke pusingan kalah mati jika berjaya mengutip satu mata dalam perlawanan menentang Ajax awal pagi ini.  Selepas mengharungi empat perlawanan peringkat kumpulan, hanya tiga pasukan saja yang sudah layak secara automatik iaitu Bayern Munich, Manchester City dan Atletico Madrid. Mungkin angka ini akan bertambah sebentar lagi.



Barcelona dan Ajax mempunyai sejarah dalam UEFA Champions League yang berbeza walaupun kedua pasukan ini sudah memenangi empat kejuaraan. Ajax begitu hebat sewaktu era 70-an tetapi Barcelona mendominasi bola sepak Eropah sejak 8 tahun kebelakangan ini. Dalam perlawanan pusingan pertama, Barcelona tiada masalah menewaskan Ajax dengan jaringan 4-0. Pagi ini mereka harus bertandang ke Amsterdam Arena tanpa ayam tambatan Messi.



Dalam kumpulan lain, Chelsea dan Arsenal juga boleh layak jika menewaskan lawan masing-masing. Pastinya tempat selaku juara kumpulan akan dicari bagi mengelak pertemuan dengan lawan yang sukar di pusingan 16 terakhir.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/