Home » , , , , , , , , , » Pasukan Pertama Layak Ke Pusingan Kalah Mati UCL 2013/14

Pasukan Pertama Layak Ke Pusingan Kalah Mati UCL 2013/14

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , ,

BAYERN DAN CITY MARA

PERINGKAT KALAH MATI UCL 2013/14, PUSINGAN 16 TERAKHIR UEFA CHAMPIONS LEAGUE 2013/2014


[Video] Keputusan Perlawanan UCL Matchday 4 [Klik]

Bayern Munich dan Manchester City menjadi pasukan pertama yang layak ke pusingan kalah mati atau 16 terakhir UEFA Champions League musim 2013/2014. Bayern dan City masing-masing dalam kumpulan D layak dengan baki 2 perlawanan peringkat kumpulan. Bayern, penyandang juara musim lalu sudah pasti inginkan status juara kumpulan bagi mengelak bertemu dengan pasukan handalan lebih awal.



Manchester City dengan 9 mata melakar sejarah apabila layak buat kali pertama dalam 3 kali percubaan dalam UCL. Mereka mempunyai gandingan penyerang terbaik ketika ini dengan Aguero dan Negredo masing-masing menunjukkan bisa mereka awal pagi tadi. Mungkin tempat kedua kumpulan sudah cukup baik untuk Manchester City. Selepas ini Pellegrini boleh melakukan rotasi pemain dan kembali menumpukan perhatian kepada EPL.



Real Madrid dan PSG masing-masing melepaskan peluang untuk mengesahkan tempat automatik ke pusingan 16 terakhir apabila hanya mampu seri dengan lawan masing-masing. Namun, kelebihan masih berpihak kepada mereka kerana kelebihan mata yang agak selesa.



KEDUDUKAN TERKINI PASUKAN UCL 6.11.2013, KEDUDUKAN KUMPULAN UEFA CHAMPIONS LEAGUE 6 NOV 2013


Persaingan dalam kumpulan A nampaknya lebih terbuka. Manchester United gagal memanfaatkan peluang apabila Van Persie gagal menyempurnakan sepakan penalti dalam perlawanan menentang Real Sociedad yang berkesudahan seri 0-0. Mujurlah perlawanan Shakhtar dan Leverkusen juga berakhir dengan seri 0-0. Untuk layak Manchester United perlu menang salah satu perlawanan menentang Leverkusen atau Shakhtar selepas ini.



Melihat kepada kedudukan di atas, mungkin ada yang tertanya kenapa Manchester City sudah layak walaupun CSKA Moscow masih mampu menyamai mata tersebut dengan menharapkan 2 kekalahan City selepas ini. Dalam format UEFA, sekiranya dua pasukan terikat pada mata yang sama, perkara pertama yang dilihat bukanlah perbezaan jaringan gol. Tetapi rekod pertemuan antara dua pasukan yang terlibat.



Berdasarkan kes ini, City mendapat 6 mata dari 2 pertemuan dengan CSKA Moscow. Jadi tiada harapan untuk CSKA memintas City walaupun City kalah dalam 2 perlawanan akan datang.


CSKA 1 - 2 Man City (24 Okt 2013)

Man City 5 - 2 CSKA (6 Nov 2013)



Jika ada kemusykilan boleh rujuk entri ini yang menerangkan secara detail cara menentukan juara dan naib juara kumpulan.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

No Responses to " Pasukan Pertama Layak Ke Pusingan Kalah Mati UCL 2013/14 "

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets