Showing posts with label pendapat. Show all posts

 

Terima Kasih | Ucapan Ringkas Tapi Penuh Makna

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , ,

Seperti ada pihak pengurusan atasan membaca luahan isi hati aku terdahulu (perasan betol la).. Biasanya doa orang yang dianiaya ni dimakbulkan.. Hehehe.. Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan ribuan JUTAAN terima kasih kerana merombak struktur unit baru.. Kini aku boleh  fokus lebih kepada kerjaya aku sebagai perunding ICT serta kerja-kerja yang melibatkan penghasilan karya kreatif.. Thanks a lot.. Minggu ni aku sangat bz sebab dapat job baru berprofil tinggi.. Ada jugak orang percaya pada bakat kurniaan Allah yang tak seberapa ni..



gambar terima kasih, gambar thank you comel, GAMBAR PERKATAAN TERIMA KASIH
Gambar : Google


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Bos Ni Hebat Sangat Ke?? | Boss Is Not Always Right

Penulis: Que | Kategori: , , ,

Tensen..Oo Tensen.. Apa hal aku nak tensen time org sibuk bercuti dan beraya.. Sebelum tu "Selamat Tahun Baru Cina" aku ucapkan kepada mereka yang meraikannya.. Thanx sbb korang punye perayaan aku dapat cuti seminggu.. Tak payah fikir pasal kerja.. Tak payah mengadap bos yang 'hebat'.. Bos yang rasa dorang 'hebat' sebab dia keje lebih lama dari aku je (senioriti).. Tapi tak bermakna die tau semua perkara.. Yang aku geram sebab die leh suh aku wat keje die.. Demm.. Aku 10 tahun lagi pun boleh jadi macam 2 gak@lebih baik..

BOSS IS NOT ALWAYS RIGHT, BOS YANG TAK RETI BUAT KERJA
Kredit : Google

Bos pun seorang manusia.. Manusia mesti akan lakukan kesilapan..Tapi bos ada kuasa. Jangan salah guna kuasa yang diberikan dah la ek.. Tetapkan target mengikut kapasiti yang ada.. Usah terlalu bercita-cita tinggi yang akhirnya memakan diri.. Berbincanglah..

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Lelaki akan masuk gua bila??

Penulis: Que | Kategori: , , , ,

Selamat tahun baru 2011 kepada semua..Da lama tak update blog ni kan..Lately rasa macam nak hibernate sekejap..Cari idea baru untuk share ngan kawan-kawan..


Topik kali ni agak menarik. Selalu kita dengar salah faham serta pergaduhan baik suami isteri atau pun pasangan yang sedang hangat bercinta.. Sejauh mana kita kenal dengan pasangan kita?? Lelaki dan perempuan sangat berbeza dari segi perwatakan dan emosi.. Kelebihan lelaki pada akal mereka yang suka berfikir sama ada benda baik atau buruk. Manakala perempuan mempunyai kelebihan emosi dan gemar bercakap.



Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Lampu Isyarat Warna Hijau Kena Jalan? | Tips di Jalan Raya

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , ,

Topik hari ini nampak ringkas tapi membawa seribu makna dalam kehidupan anda.. Saya pasti semua pembaca di sini pernah terjumpa lampu isyarat jalan raya.. Biasanya terdiri dari 3 warna iaitu hijau, kuning dan merah.. Walaupun ramai yang tahu akan maksud  isyarat tersebut, namun masih terdapat segelintir yang tidak mematuhinya..


makna lampu isyarat,kes lampu isyarat,tertib lampu isyarat,gambar lampu isyarat,kesalah di lampu isyarat,denda melanggar lampu isyarat

Hijau - Jalan.. Sekiranya selamat
Kuning - Bersedia untuk berhenti (Bukan tekan pedal minyak sampai habis)
Merah - Berhenti.. 

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Hari Tandas Sedunia 2010

Penulis: Que | Kategori: ,


Mungkin ada di antara pembaca sekalian yang tidak peka tentang kewujudan Hari Tandas Sedunia yang diraikan pada 19 November setiap tahun. Tujuannya?? Untuk memupuk semangat dan kesedaran dalam menjaga kebersihan tandas. Sedar atau tidak, tandas sebenarnya sangat dekat dengan hidup kita. Bangun pagi je mesti masuk tandas buang ape2 yang patut. Cuba bayangkan kalau tandas xde. Mesti susah nak membuang kan. Kena cari tempat2 tersorok supaya orang xnampak. Giler xselesa. Sekali ade binatang buas atau serangga. Auwww..Meraung korang kat sana.


Kebersihan tandas bermula dari rumah. Tandas rumah melambangkan personaliti penghuninya. Jika bersih tandasnya, maka penghuninya juga jenis yang mementingkan kebersihan. Tapi lain jadinya dengan tandas - tandas awam serta sekolah. Pelbagai kempen telah dilakukan kerajaan serta NGO namun tahap kesedaran di kalangan rakyat masih rendah. Seringkali kita terjumpa tandas yang tersumbat, kotor, rosak dan busuk. Mengapa isu ini seperti tiada kesudahan. Mungkin kerana tandas awam serta sekolah tidak menggunakan wang mereka untuk tujuan pembinaan serta penyenggaraan. Mereka sewenang-wenangnya melakukan vandalisme dan tidak menjaga kebersihan tandas awam. Cuba bayangkan sekiranya ada yang perlu menggunakan tandas tersebut pada waktu kecemasan, bukankah itu menyusahkan ramai pengguna.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jalan Lengang Bermula Hari Ini

Penulis: Que | Kategori: , , , ,

Sempena dengan musim cuti sekolah ni ada kebaikan untuk pekerja-pekerja di bandar utama seluruh Malaysia..Jalan lancar!! Seronok sebab tak payah pening-pening mengadap kesesakan seperti hari biasa..Kalau sebelum cuti sekolah sebelum pukul 7 dah kena keluar..Memang letih..Kalau lambat 10 minit je kesan dia korang akan sampai opis 20 minit lewat..Sebabnye kalau 1 minit 100 kereta masuk jalan..Kalau 10 minit dah 1000 kereta..Mana tak jam kan.



Lagi-lagi kalau duduk area Kuala Lumpur..Kadang-kadang trafik light rosak, kereta rosak, eksiden lagi..Dari 3 lane jadi 2..Masak la orang yang drive tu..Duk tekan brake je la..MRR2 pun dah crowded pagi-[agi espeacially dari Bukit Antarabangsa ke Ampang..Jalan 2 km tapi boleh stuck sampai 30 minit..Nasib ada Lebuhraya DUKE..Walaupun kena bayar tol RM2 tapi berbaloi la dari menempuh jam..Minyak lagi makan banyak kalau jam ni..Ada orang cakap stuck 1 minit dalam jam minyak sampai 20sen..


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/