Jalan Lengang Bermula Hari Ini
Penulis: Que | Kategori: isu semasa , jalan raya , pendapat , sesak , trafik
Sempena dengan musim cuti sekolah ni ada kebaikan untuk pekerja-pekerja di bandar utama seluruh Malaysia..Jalan lancar!! Seronok sebab tak payah pening-pening mengadap kesesakan seperti hari biasa..Kalau sebelum cuti sekolah sebelum pukul 7 dah kena keluar..Memang letih..Kalau lambat 10 minit je kesan dia korang akan sampai opis 20 minit lewat..Sebabnye kalau 1 minit 100 kereta masuk jalan..Kalau 10 minit dah 1000 kereta..Mana tak jam kan.
Lagi-lagi kalau duduk area Kuala Lumpur..Kadang-kadang trafik light rosak, kereta rosak, eksiden lagi..Dari 3 lane jadi 2..Masak la orang yang drive tu..Duk tekan brake je la..MRR2 pun dah crowded pagi-[agi espeacially dari Bukit Antarabangsa ke Ampang..Jalan 2 km tapi boleh stuck sampai 30 minit..Nasib ada Lebuhraya DUKE..Walaupun kena bayar tol RM2 tapi berbaloi la dari menempuh jam..Minyak lagi makan banyak kalau jam ni..Ada orang cakap stuck 1 minit dalam jam minyak sampai 20sen..
Mujurlah idea Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mewujudkan Putrajaya memberi impak yang besar..Hampir 22 kementerian sudah menduduki semua bangunan kerajaan di sana..Sekurang-kurangnya pemaju serta pelabur ada pilihan lain selain Kuala Lumpur..Kalaulah tak wujud Wilayah Persekutuan Putrajaya, bayangkan kepadatan pusat bandar Kuala Lumpur pada hari ini..Kompem masalah parking serta jam tak akan selesai..Tun sangat berpandangan jauh dan keindahan Putrajaya tidak boleh disangkal lagi..
Maybe kekurangannya pada sistem pengangkutan kerana konsep "Park & Ride" seolah-olah tidak berkesan..Perlu diwujudkan sistem tren seperti PUTRA, STAR & Monorail yang lebih mudah serta efisyen..Sebab itu kenapa bangunan2 di Parcel A,B,C,D & E mengalami masalah parking yang kronik..Pemaju mengharapkan penghuni Putrajaya menggunakan pengangkutan bas Nadi Putra..Tetapi mereka lebih gemar menaiki kenderaan sendiri untuk mudah bergerak..

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
Leave a Reply
Terima kasih atas komen anda :)
Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK
Selamat Mencuba..