Keputusan Suku Akhir Malaysia vs Korea Selatan Piala Sudirman | 14 Mei 2015 Astro

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , , ,

PISANG BERBUAH DUA KALI?


Keputusan Akhir : Malaysia 1-3 South Korea 

Jutaan peminat badminton Malaysia bakal mengharapkan magis kedua ketika menentang pasukan pilihan Korea Selatan dalam pusingan suku akhir  malam ini. Setelah mencatatkan keputusan mengejut 3-2 dalam perlawanan peringkat kumpulan, Malaysia sekali lagi diundi bersama Korea Selatan semalam. Format pertandingan Piala Sudirman hanya memisahkan balang juara dan naib juara kumpulan sahaja tanpa ada batasan untuk kumpulan yang sama.



Jika dilihat dari keputusan tempoh hari, Malaysia menang dalam set beregu lelaki, perseorangan lelaki dan beregu campuran. Manakala perseorangan dan beregu wanita agak lemah. Semuanya bakal bergantung kepada perlawanan pertama antara Goh V Shem / Tan Wee Kion vs Lee Yong Dae / Yoo Yeon Seong.



Jika menang, Malaysia ada harapan untuk menewaskan Korea Selatan. Jika tewas, harapan agak tipis dan kita perlu mengharapkan wanita untuk menyumbangkan sekurang-kurangnya 1 mata. Menanti di pusingan separuh akhir adalah pemenang antara pasukan Jepun dan Denmark.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Barcelona lawan Juventus di Final UEFA Champions League 2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , ,

REAL MADRID TERKANDAS




Juventus mengejutkan juara bertahan Real Madrid dalam 2 perlawanan separuh akhir UEFA Champions League 2014/2015. Awal pagi tagi Juventus mengikat kedudukan 1-1 sekaligus memenangi saingan 3-2 secara agregat. Kejayaan itu cukup bermakna buat Juventus yang kali terakhir melakukan penampilan di pentas akhir pada 2003.



Ketika itu mereka tewas dalam penentuan sepakan penalti kepada musuh setempat AC Milan. Pusingan akhir yang dijadualkan pada bulan Jun bakal mempertemukan Barcelona yang terlebih dahulu menundukkan Bayern Munich 5-3 secara agregat menentang Juventus yang sudah bergelar juara Serie A.



Dari rekod pertemuan kedua pasukan, kali terakhir mereka bertemu pada suku akhir Liga Juara-Juara Eropah dalam musim 2002/2003 yang dimenangi Juventus dengan agregat 3-2. Barcelona diletakkan sebagai pasukan pilihan dengan kejuaraan 4 kali dan gandingan mantap trio serangan yang diketuai Messi, Neymar dan Suarez.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Biodata Penuh Memphis Depay Pemain Baru Manchester United 2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , ,

PERMATA BARU OLD TRAFFORD


Kelab PSG ketika itu sedang merancang perpindahan pemain muda Belanda ini ke Perancis. Mujur Louis Van Gaal pantas bertindak dengan mempengaruhi Depay untuk menandatangani perjanjian di Old Trafford bernilai 25 juta pound. Persoalannya di sini mengapa 2 kelab ini memburu Depay sebelum musim liga tamat? Apakah potensi pemain sebenar pemain ini?



Umum sudah mengetahui hubungan rapat antara Memphis Depay dan Louis Van Gaal. LVG bertanggungjawab membawa Depay ke Piala Dunia 2014 di Brazil kerana percaya bakat yang dimiliki beliau. Walaupun diletakkan selaku pemain simpanan, Depay berjaya membantu menjaringkan 2 gol penting ketika Belanda bertemu Australia dan Chile.



Apa yang menarik, kedua-dua gol itu dijaringkan ketika Depay bermain sebagai pemain gantian. Musim ini sahaja bersama PSV, Depay telah menjaringkan 28 gol dari 39 perlawanan menjadikan nisbah gol per perlawanan kepada 0.71 yang agak tinggi jika mengambil kira beliau bermain di posisi sayap.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/