2
COMMENTS
Keputusan UEFA Champions League 2013/14 Matchday 3 | 23 Oktober 2013
Penulis: Que | Kategori: ac milan , arsenal , barcelona , bola sepak , dortmund , gol , highlight , keputusan perlawanan , sukan , ucl , UEFA Champions League , video
ARSENAL DAN BARCELONA PASUKAN PILIHAN
Jadual Terkini UCL 2013/14 Setiap Minggu [Klik]
AC Milan bakal melayan Barcelona di San Siro awal pagi esok. Pertemuan dua gergasi bola sepak Eropah ini amat dinantikan oleh peminat seluruh dunia. Barcelona mendahului kumpulan H dengan 6 mata manakala AC Milan berada di tempat ke-2 dengan 4 mata. Jika Milan berhasrat untuk menjadi juara kumpulan, mereka perlu menang dalam perlawanan ini untuk mencerahkan peluang sebelum bertandang ke Nou Camp.
Dalam kumpulan F, Arsenal bakal berdepan jentera serangan Dortmund yang diketuai Robert Lewandowski. Perlawanan ini pasti sengit kerana Wenger dan Klopp masing-masing gemar corak permainan menyerang dan counter attack.
Chelsea pula akan ke Germany untuk menentang pendahulu kumpulan E, Schalke 04. Mampukah kelab Inggeris itu menewaskan kelab dari Germany yang begitu unggul di laman mereka?
Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq










