[Video] Keputusan Akhir Selangor vs Singapura | Piala Sultan Selangor 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , ,

SELANGOR JUARA!





Selangor bangkit dari ketinggalan seawal minit ke-6 untuk menang ke atas pasukan pilihan Singapura dalam aksi perlawanan Piala Sultan Selangor 2013 sebentar tadi. Kejayaan ini sedikit sebanyak mengubat luka tersingkir awal dalam kancah Piala Malaysia 2013. Dua gol pemain import Forkey Doe dan satu gol dari Adam Griffiths menjulang nama Selangor di Stadium Melawati, Shah Alam.



Terdahulu skuad veteran Selangor tumpas 0-1 kepada veteran Singapura. Penyokong Selangor begitu ramai membanjiri stadium. Bagaimanapun Selangor dikejutkan dengan gol awal penyerang berbisa Singapura Alexander Duric. Bermula dari detik itu, Selangor menyerang habis-habisan ke arah pintu gol Singapura dan hasilnya Adam menyamakan kedudukan pada minit ke-40.


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Live Streaming Selangor vs Singapura | Piala Sultan Selangor 28 September 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , ,

PIALA MILIK SIAPA? 


GAMBAR PIALA SULTAN SELANGOR 2013, SELANGOR VS SINGAPURA LIVE STREAMING 28 SEPT 2013

Updates Video Gol : Selangor 3-2 Singapura [Klik]

Malam esok merupakan malam yang sangat dinanti-nantikan oleh penyokong pasukan negeri Selangor yang akan berentap dengan pasukan pilihan Singapura bagi merebut Piala Sultan Selangor 2013 edisi ke-12. Kekecewaan gagal mara ke pusingan suku akhir Piala Malaysia masih dirasai. Kemelut itu membawa kepada perletakan jawatan jurulatihnya Irfan Bakti akhir bulan Ogos lalu.



P. Maniam yang dilantik sebagai jurulatih sementara berjaya mendapatkan kemenangan sulung Selangor di kempen Piala Malaysia 2013 apabila mereka menundukkan Johor 2-1 dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan.



Misi penting malam esok tidak boleh dipandang enteng. Skuad pilihan Singapura bakal membariskan pemain utama mereka seperti Aleksandar Duric (Tampines Rovers FC) yang pernah menjadi duri dalam daging ketika menentang pasukan Malaysia.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Pameran Pengantin Malaysia 2013 | 27 - 29 September di PWTC Kuala Lumpur

Penulis: Que | Kategori: , , , , ,

JOM KAHWIN LAGI

FESTIVAL PAMERAN PENGANTIN MALAYSIA SEPTEMBER 2013 DI PWTC KUALA LUMPUR, CARA KE PWTC PENGANGKUTAN AWAM, HADIAH PAMERAN PENGANTIN MALAYSIA 2013


Berita baik untuk pasangan yang ingin melangsungkan perkahwinan mereka hujung tahun ini atau awal tahun depan. Pameran Pengantin Malaysia akan diadakan pada 27 - 29 September 2013 bertempat di PWTC, Kuala Lumpur. Program ini akan disertai oleh pelbagai syarikat perkhidmatan perkahwinan seperti katering, photografi, solekan, baju pengantin, pelamin dan macam-macam lagi.



Jangan lepaskan peluang ini untuk mendapatkan promosi hebat di hari bahagia anda nanti. Like Facebook Pameran Pengantin untuk menyertai pertandingan LIKE, SHARE & WIN dan berpeluang memenangi satu set perabot bilik tidur ataupun 1 gram emas 999



Tak tahu cara ke PWTC? Baca entri ini untuk melihat pilihan pengangkutan awam yang disediakan [klik]. Pameran akan dibuka pada jam 10 pagi hingga 9 malam. Masuk PERCUMA!..

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/