Home » , , , , , , , , , » [Video] Keputusan Akhir Selangor vs Singapura | Piala Sultan Selangor 2013

[Video] Keputusan Akhir Selangor vs Singapura | Piala Sultan Selangor 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , ,

SELANGOR JUARA!





Selangor bangkit dari ketinggalan seawal minit ke-6 untuk menang ke atas pasukan pilihan Singapura dalam aksi perlawanan Piala Sultan Selangor 2013 sebentar tadi. Kejayaan ini sedikit sebanyak mengubat luka tersingkir awal dalam kancah Piala Malaysia 2013. Dua gol pemain import Forkey Doe dan satu gol dari Adam Griffiths menjulang nama Selangor di Stadium Melawati, Shah Alam.



Terdahulu skuad veteran Selangor tumpas 0-1 kepada veteran Singapura. Penyokong Selangor begitu ramai membanjiri stadium. Bagaimanapun Selangor dikejutkan dengan gol awal penyerang berbisa Singapura Alexander Duric. Bermula dari detik itu, Selangor menyerang habis-habisan ke arah pintu gol Singapura dan hasilnya Adam menyamakan kedudukan pada minit ke-40.



Separuh masa kedua lebih hangat dengan kedua-dua pasukan mempamerkan aksi menarik. Giliran Selangor pula berada di depan pada minit ke-54 menerusi jaringan Forkey Doe. Singapura kemudiannya mengikat kedudukan 2-2 hasil jaringan sepakan penalti Kamal Razali. Tetapi tidak lama selepas itu Forkey Doe sekali lagi menjadi wira Selangor membuat lambungan menarik melepasi jangkauan penjaga gol Singapura. Kedudukan kekal hingga tamat permainan. Selangor 3-2 Singapura.



Video Gol Perlawanan Piala Sultan Selangor 2013 | Selangor vs Singapura






Tahniah Selangor. Walaupun korang tersingkir dari Piala Malaysia, korang dapat julang piala lebih awal dari team Piala Malaysia 2013. Hehe..

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

No Responses to " [Video] Keputusan Akhir Selangor vs Singapura | Piala Sultan Selangor 2013 "

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets