[TERKINI] Kompaun Saman AES diturunkan kepada RM 150 | PDRM Ambil Alih

Penulis: Que | Kategori: , , , , ,

BAYAR SEGERA UNTUK ELAK KENAIKAN


SAMAN AES TURUN RM 150, GAMBAR AES DITURUNKAN, KADAR KOMPAUN TERBARU AES 2013, AES DI BAWAH PDRM

Cara mudah bayar saman [Klik]


Kompaun saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) akan bermula dari RM150 berkuatkuasa serta merta. Kadar ini bagaimanapun akan meningkat sedikit demi sedikit sehingga maksimum RM300 sama seperti kaedah saman oleh PDRM.


Semakin lama anda menangguhkan untuk membayar kompaun itu, lebih banyak yang perlu dibayar. Bagi saman yang sudah dikeluarkan sebelum ini, kerajaan masih dalam proses perbincangan bagaimana kaedah terbaik untuk menyelesaikan isu tersebut. Mungkin kurang adil pada mereka yang sudah menjelaskan bayaran saman AES sebelum ini.


Difahamkan, syarikat milik penuh kerajaan yang diperbadankan, AES Solutions Sdn Bhd (AES Solutions) akan mengambil alih operasi yang sebelum ini dikendalikan ATES Sdn Bhd dan Beta Tegap Sdn Bhd.  Entri berkaitan lokasi AES di seluruh Malaysia.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan UEFA Champions League 2013/14 Matchday 1 | 19 September 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , ,

CHELSEA TERSUNGKUR DI LAMAN SENDIRI


KEPUTUSAN UEFA CHAMPIONS LEAGUE 19 SEPT 2013, KEPUTUSAN HIGHLIGHT PERLAWANAN UCL 2013/14, KEPUTUSAN TERKINI PERLAWANAN UCL, KEPUTUSAN TERKINI LIGA JUARA-JUARA 2013


Jose Mourinho melalui minggu sukar apabila Chelsea menerima kekalahan dalam perlawanan pertama UCL 2013/14 di laman sendiri. Rekod 10 tahun tanpa kalah Chelsea di Stamford Bridge dalam peringkat kumpulan berakhir semalam apabila FC Basel bangkit untuk menang 2-1.


Dalam kumpulan F, Arsenal mencatatkan rekod 10 kemenangan berturut-turut di tempat lawan dengan gol Theo Walcott dan Ramsey menewaskan tuan rumah, Marseille. Napoli di bawah kendalian Benitez juga mengutip 3 mata untuk mendahului kumpulan apabila menewaskan Dortmund yang terpaksa bermain dengan 10 orang pemain.



Hattrick Messi dalam perlawanan menentang Ajax meletakkan beliau hanya 9 gol dibelakang Raul yang memegang rekod penjaring terbanyak UEFA Champions League dengan 71 gol setatakat ini.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan UEFA Champions League 2013/14 Matchday 1 | 18 September 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , , , ,

REAL MADRID MENANG BESAR


keputusan ucl terkini 2013 2014, GOL ROONEY VS BAYERN LEVERKUSEN, JADUAL KEPUTUSAN PERLAWANAN MANCHESTER UNITED UCL 2013, REAL MADRID VS GALATSARAY UCL 2013, keputusan ucl 18 september 2013


Real Madrid memberi amaran awal kepada pencabar kumpulan B dengan kemenangan besar ke atas Galatasaray di tempat lawan. Ronaldo mencatatkan hattrick di separuh masa kedua dan Bale membuat penampilan pertama UCL bersama Real Madrid pada minit ke-64.



Dalam kumpulan A, Manchester United menepati ramalan menewaskan kelab Jerman, Bayern Leverkusen dengan jaringan 4-2. Dua gol Rooney mencatatkan rekod 200 gol peribadi bersama kelab Manchester United.



Cavani yang berhijrah ke PSG tidak menunggu lama untuk membuka jaringan di pentas UCL dengan gol pada minit ke-19 membantu pasukannya meraih 3 mata penting di Greece.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/