Siaran Langsung Perlawanan Manchester United vs Wigan | Community Shield 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , ,

TROFI PERTAMA DAVID MOYES?


POSTER BANNER MANCHESTER UNITED VS WIGAN COMMUNITY SHEILD 2013,PERISAI KOMUNITI 2013/2014



Seminggu sebelum bermulanya kempen English Premier League (EPL) 2013/2014, kita akan disajikan dengan perlawanan Perisai Komuniti antara pasukan Manchester United vs Wigan. Kenapa Wigan yang dipilih? Kerana mereka menjadi Juara Piala FA Inggeris menewaskan pasukan Manchester City. United pula layak sebagai Juara EPL musim lepas.



Perlawanan ini dilihat sebagai penanda aras kemajuan pasukan United di bawah kendalian pengurus baru, David Moyes. Mungkin juga trofi pertama untuk David Moyes di Old Trafford. Rekod menunjukkan United sudah menang 19 kali dalam perlawanan Community Shield. Wigan pula tersingkir ke divisyen 1 akhir musim lepas selepas hanya mampu menduduki tangga ke-18 EPL.


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Laporan Keputusan Perlawanan Persahabatan Manchester United | Pra Musim 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , ,

MOYES MASIH MENCARI FORMULA TERBAIK




Bukan mudah untuk seorang pengurus baru menggantikan seorang lagenda yang sudah sebati dengan kelab Manchester United. Pengaruh dan impak Sir Alex Ferguson seolah-olah masih menghantui beliau. Kita masih lagi menanti pembelian baru selepas United berjaya mendapatkan pemain remaja Uruguay GuillermoValera. Posisi tengah dilihat sebagai kelemahan utama United ketika ini.


Pemilihan Asia sebagai destinasi perlawanan pemanas badan ada pro dan kontra. Kelebihannya pemain dapat meningkat tahap kecergasan di bawah suhu yang tinggi. Kekurangannya pula lawan mereka di Asia mungkin kurang kompetitif untuk dibandingkan dengan kelab Eropah atau Afrika. Meskipun begitu United gagal untuk menang kesemua perlawanan.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Siaran Langsung Perlawanan REAL MADRID VS CHELSEA | Final International Champions Cup 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , ,

CARLO ANCELOTTI VS JOSE MOURINHO


siaran langsung live streaming perlawanan international champions cup 2013


Kejohanan kalah mati 8 pasukan persahabatan pra-musim hampir melabuhkan tirai. Final International Champions Cup 2013 bakal mempertemukan jagoan England dan Spain. Chelsea yang baru saja menewaskan AC Milan 2-0 awal pagi semalam bakal berentap dengan bekas kelab Jose Mourinho Real Madrid di pagi Hari Raya nanti.



Secara kebetulan, pengurus pasukan Real Madrid, Ancelotti juga pernah membimbing pasukan Chelsea. Sudah pasti pertembungan dua kelab gergasi Eropah ini dinantikan peminat seluruh dunia. Rekod pencapaian mereka tidak boleh disangkal lagi. Keduanya pernah memenangi Piala Liga Juara-Juara Eropah sebanyak dua kali.


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/