Jadual Undian Pasukan Yang Layak Ke Separuh Akhir UEFA Champions League 2012/2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , ,

GERMANY VS SPAIN ??



Selesai sudah perebutan untuk empat (4) tempat ke separuh akhir UEFA Champions League 2012/2013. 2 kelab dari Sepanyol dan Jerman akan menunggu keputusan undian petang esok. Sebelum ini pertemuan separuh akhir diundi bersekali dengan pusingan suku akhir. Kali ini format ditukar dan pasukan yang layak akan diundi semula.


Kebarangkalian mereka untuk bertemu dengan kelab dari negara yang sama tetap ada. Adakah kita akan saksikan El Clasico ke 7 dan 8 musim ini?  Mungkin juga Dormund dan Bayern akan sekali lagi dipertemukan dalam kejohanan Eropah.


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

KEPUTUSAN PERLAWANAN MANCHESTER UNITED VS MANCHESTER CITY | 9 APRIL 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , ,

UNITED TERPAKSA MENUNGGU LEBIH LAMA UNTUK TROFI EPL KE-20



Manchester United 1-2 Manchester City


Persembahan hambar dari anak buah SAF memberikan Manchester City ruang untuk melakukan comeback dalam usaha mereka mempertahankan kejuaraan EPL yang dimenangi musim lalu. Kini hanya 12 mata memisahkan dengan baki 7 perlawanan. Untuk menang United masih memerlukan 10 mata dengan mengambil kira City akan menang semua perlawanan.


Perlawanan derby sememangnya penting untuk maruah dua kelab Manchester ini. Dalam perlawanan di Etihad, United berjaya menang 3-2. Namun kali ini City lebih berhak untuk menang dan United perlu menyalahkan diri sendiri kerana gagal meraih 1 mata yang sekurang-kurangnya mengekalkan jarak dengan baki 7 perlawanan.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

EPL : SIARAN LANGSUNG PERLAWANAN MANCHESTER UNITED VS MANCHESTER CITY 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , ,

MANCHESTER DERBY APRIL 2013

LIVE STREAMING ASTRO SIARAN LANGSUNG MANCHESTER UNITED VS MANCHESTER CITY 9 APRIL 2013


Awal pagi esok akan menyaksikan pertembungan dua gergasi bola sepak England. Manchester Derby sering kali mendapat tumpuan ramai sejak beberapa musim kebelakangan ini. Perlawanan Manchester United vs Manchester City bakal menentukan bilakah trofi EPL akan dimenangi. Ramai peminat anti United mempersoalkan kredibiliti pasukan juara 19 kali ini.


Dari 3 piala (treble) kepada 2 piala (double) dan sekarang 1 piala (single). Untuk pengetahuan mereka yang kurang memahami tentang bola sepak untuk menang treble bukan semudah anda bermain angry birds. Perlawanan liga memerlukan konsistensi yang tinggi. Perlawanan kalah mati memerlukan taktik yang tepat dan nasib untuk layak.


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/