Senarai Diskaun Rebat Tol Lebuhraya Sempena Cuti Tahun Baru Cina 2016

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , ,

JOM BALIK KAMPUNG 



Sempena cuti Tahun Baru Cina 2016, beberapa syarikat konsesi bermurah hati memberi diskaun tol 10% dan rebat 30% mengikut lebuhraya terpilih. Kepada yang kebetulan menggunakan jalan tersebut pada hari Isnin akan menikmati diskaun.


Kebanyakkannya sudah pulang ke kampung dan disebabkan itu syarikat konsesi ini berani mengenakan diskaun. Kadar rebat dan diskaun boleh disemak dalam jadual di bawah.


Highway Terlibat
Kadar Diskaun
Masa
KESAS
10%
8 Feb 2016 (12.01 am – 11.59 pm)
LDP
60 sen
8 Feb 2016 (12.01 am – 11.59 pm)
SPRINT
20 sen
8 Feb 2016 (12.01 am – 11.59 pm)
DUKE
10%
8 Feb 2016 (12.01 am – 11.59 pm)
LPT 1 (ETC)
10%
8 Feb 2016 (12.01 am – 11.59 pm)
Karak (ETC)
10%
8 Feb 2016 (12.01 am – 11.59 pm)
SDEB
10%
8 Feb 2016 (6.00 am) – 9 Feb 2016 (6.00 am)
MEX
10%
8 Feb 2016 (12.01 am – 11.59 pm)
Grand Saga
10%
8 Feb 2016 (12.01 am – 11.59 pm)
Highway Terlibat
Kadar Rebat
Masa
PLUS
30%
4, 11 & 15 Februari 2016



Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual Keputusan Perlawanan Piala FA Cup Inggeris 2015/2016 Pusingan 4

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , ,

KELAB ELIT MASIH SELAMAT



Hujung minggu ini akan berlangsung perlawanan pusingan 4 Piala FA Inggeris 2015/2016. Kesemua kelab elit England masih terselamat dari kejutan pusingan terdahulu. Arsenal yang juga juara bertahan mendapat undian di tempat sendiri menentang Burnley.



Manchester United yang semakin bermasalah akan berkunjung ke Derby County untuk meneruskan kemaraan dalam pusingan kalah mati. Manchester City akan menentang Aston Villa dan Chelsea akan menentang MK Dons.



Liverpool  yang baru sahaja layak ke psuingan akhir Piala Capital One akan melayan West Ham di Anfield. Keputusan seri akan membawa kepada perlawanan ulangan di tempat lawan.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Tarikh Pengumuman dan Pengeluaran Bonus Dividen Tabung Haji 2016

Penulis: Que | Kategori: , , ,

BERAPA BONUS KEWANGAN TAHUN 2015?


Contoh Pengiraan Bonus Dividen Tabung Haji 2015 [Klik]

Selepas ASB mengumumkan pengagihan pendapatan tahun 2015, ramai pelabur ternanti-nanti bila masanya pihak Lembaga Tabung Haji hendak mengumumkan kadar dividen dan bonus bagi tahun berakhir 31 Disember 2015. Tarikh jangkaan pengumuman dibuat mungkin pada minggu terakhir bulan Januari 2016 atau selepas Cuti Thaipusam. Update : Awal Februari 2016



Pada tahun lepas, pendeposit Tabung Haji menerima kadar dividen 6.25% dan bonus Haji 2%. Apa yang menariknya, bila menyimpan di Tabung Haji duit zakat simpanan 2.5% ditolak siap-siap. Para pendeposit boleh menyemak dividen dan bonus Tabung Haji bermula pada 10 Februari 2016


Terkini - Dividen : 5% Bonus Haji : 3%



Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/