Jumlah Kiraan Dividen Dan Bonus ASB 2015 | Pembayaran Januari 2016

Penulis: Que | Kategori: , , , , ,

DIVIDEN 7.25 % | BONUS 0.50 % 

Gambar : Astro Awani

Bagi pemegang saham Amanah Saham Bumiputera (ASB), anda akan menerima dividen sebanyak 7.25 sen seunit dan bonus 0.50 sen seunit untuk tahun 2015. Jika dilihat dari rajah di atas, tahun 2015 ada sedikit penurunan dividen sebanyak 0.75 sen seunit. Jadi jumlah keseluruhan dividen dan bonus tahun 2015 adalah 7.75 sen seunit bersamaan 7.75 %.



Ramai yang sudah tertanya-tanya bila tarikh pembayaran atau pengeluaran bonus dividen untuk tahun 2015. Pengagihan akan dikredit secara automatik ke dalam akaun pemegang saham pada Januari 2016. Semua transaksi untuk ASB dibekukan sehingga 4 Januari 2016 untuk tujuan pengiraan dan pengagihan pendapatan.



Dalam keghairahan kita untuk mengeluarkan dividen dan bonus ASB jangan lupa zakat pendapatan 2.5% yang wajib dibayar. Kalau menyimpan di Tabung Haji perkara ini sudah dipotong awal-awal. Gaji penjawat awam akan dibayar pada 21 Januari 2016 (Khamis) dan dikhabarkan bantuan khas RM500 akan dimasukkan lebih awal.


Cara kiraan ABS sebenar : Klik sini 

Cara mudah kira dividen sahaja : Klik sini

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Mourinho Dipecat Kali Kedua Sebagai Pengurus Chelsea 2013-2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , ,

PAKAR PECAT?



Chelsea sekali lagi memecat pengurus terbaiknya dalam tempoh 7 tahun. Jose Mourinho nyata bukan pilihan pemilik kelab untuk menyelamatkan kedudukan terkini Chelsea di tangga ke-16 Liga Perdana Inggeris. Pelik apabila kita kaitkan dengan status juara bulan Mei lalu. Bagaimana skuad dan pengurusan yang hampir sama gagal mengulangi cabaran seperti musim lepas?



Adakah skuad Chelsea semakin berusia atau penjualan Petr Cech ke Arsenal menjadi punca? Ataupun kecederaan penjaga gol nombor satu mereka dalam tempoh lama? Paling hangat diperkatakan adalah mengenai tindakan Mourinho mengkritik kerja doktor wanita kelab yang cuba merawat kecederaan Eden Hazard dalam perlawanan pertama musim ini.



Layanan buruk itu mungkin memberi kesan pada pemain-pemain lain menunjukkan rasa kurang hormat mereka kepada pengurus. Jose Mourinho terkenal sebagai seorang yang lantang dan gemar bermain psikologi minda. Beliau pernah menggelarkan Arsene Wenger sebagai pakar kegagalan. Sekarang beliau pula dilabel sebagai pakar dipecat. Khabar angin mengatakan, Guus Hiddink bakal menjadi julartih sementara Chelsea buat kali kedua. Takziah Chelsea.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Undian Pusingan 16 Terakhir Kalah Mati UEFA Champions League 2015/16

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , , , ,

HANYA UNITED TERSINGKIR



Manchester United menjadi satu-satunya kelab England yang gagal melepasi peringkat kumpulan untuk layak ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara Eropah musim ini. Ketiadaan penyerang prolifik nyata menyukarkan mereka mencari gol di peringkat Eropah. Secara amnya, pasukan yang ingin mara ke pusingan 16 terakhir perlu memiliki 10 mata dan United hanya mampu mengutip 8 mata dari 6 perlawanan.



Arsenal bangkit pada saat akhir ketika mereka memerlukan kemenangan lebih dari 3 gol dan misi itu menjadi kenyataan ketika beraksi di tempat lawan menentang Olympiacos. Manchester City pula menjadi pasukan pertama dari England yang mengesahkan tempat ke pusingan kalah mati. Mereka berjaya menjadi juara kumpulan mengetepikan cabaran kuat dari Juventus, juara Serie A.



Chelsea walaupun mempamerkan prestasi tidak konsisten dalam EPL, berjaya layak dengan menjadi juara kumpulan. Ini bermakna mereka bersama Barcelona, Real Madrid dan Bayern Munich bakal mengelak dari bertemu juara kumpulan lain.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/