Keputusan Chelsea vs Manchester United 19 April 2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , ,

PELUANG UNITED AKHIRI BADI


Keputusan akhir : Chelsea 1-0 Manchester United

Selepas mencatatkan kemenangan berturut-turut ke atas Tottenham, Liverpool dan Manchester City, kini United bakal berdepan satu lagi pertemuan sukar dengan pendahulu liga musim ini, Chelsea. Siapa sangka peningkatan secara mendadak pasukan kendalian Louis Van Gaal dalam menempuhi baki perlawanan yang mencabar meletakkan mereka hanya satu mata di belakang Arsenal yang berada di tempat ke-2.



United menjarakkan kedudukan 5 mata dari jiran Manchester selepas kemenangan bergaya minggu lalu. Walaupun tempat ke UEFA Champions League semakin hampir, Louis Van Gaal mahu anak buahnya menamatkan musim sebaik mungkin. Arsenal yang akan bertandang ke Old Trafford dalam perlawanan kedua terakhir nanti bakal menentukan kedudukan liga.



Chelsea sudah pasti ditabalkan selaku juara EPL musim ini kerana mereka lebih konsisten. Sukar untuk melihat mereka tewas dalam baki saingan kerana Mourinho bijak mengatur pemain dan strategi bertahan. Kemenangan United nanti mampu merapatkan jurang dengan pendahulu liga sekaligus memberi Arsenal peluang yang sama untuk terus menekan Chelsea hingga ke akhirnya.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual Siaran Langsung Separuh Akhir Piala FA Inggeris 2015 Astro

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , ,

TINGGAL ARSENAL DAN LIVERPOOL

SEPARUH AKHIR PIALA ENGLISH ENGLAND 2015, PIALA FA PUSINGAN SEMI FINAL ASTRO WAKTU MALAYSIA


Pasukan Arsenal dan Liverpool tidak akan bermain perlawanan EPL hujung minggu ini kerana komitmen mereka dalam Piala FA Inggeris yang sudah memasuki pusingan separuh akhir. Kejayaan Arsenal menewaskan Manchester United di pusingan suku akhir memberikan kelebihan kepada mereka untuk mempertahankan satu-satunya piala yang dimenangi dalam tempoh 9 tahun itu.



Liverpool pula dipaksa untuk bermain dalam 2 perlawanan menentang Blackburn disebabkan keputusan seri 0-0 di Anfield. Coutinho menjadi wira Liverpool dengan gol tunggal dalam perlawanan ulangan di Eword Park sekaligus memberi harapan satu piala musim ini. Dalam sesi undian yang diadakan sebelum ini menyaksikan kedua pasukan Liverpool dan Arsenal terpisah dalam saingan separuh akhir nanti.



Arsenal yang juga juara bertahan akan menentang kelab divisyen 2, Reading manakala Liverpool mendapat undian kelab EPL, Aston Villa. Jangkaan peminat bola sepak semestinya mengharapkan Arsenal dan Liverpool berentap di final Piala FA Inggeris untuk membuktikan pasukan mana lebih handal. Perlawanan semi final nanti akan diadakan di Stadium Wembley (neutral).

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Undian Kelayakan Piala Dunia 2018 Dan Piala Asia 2019 Zon AFC | Nasib Malaysia

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , ,

DOLLAH HARAPKAN KEAJAIBAN



Petang ini nasib Malaysia bakal diketahui dengan pasukan manakah kita akan diletakkan dalam undian Kelayakan Piala Dunia 2018 Zon Asia. Dari 40 buah negara Asia (AFC) yang disenarai pendek, Malaysia berada dalam balang ke-5 atau  balang terakhir mengikut ranking semasa. Mungkinkah kekalahan kepada Oman tempoh hari akan membawa tuah dalam penentuan kumpulan nanti?



Jika dilihat dari sudut kebarangkalian, Malaysia boleh diundi bersama majoriti pasukan dari rantau Asia Tenggara kerana balang 2 hingga 4 terdapat wakil seperti Vietnam (balang 2), Filipina dan Thailand (Balang 3), Myanmar, Indonesia dan Singapura (balang 4). Semuanya bergantung kepada sejauh mana nasib Malaysia sama ada bertuah atau sebaliknya.



40 negara ini akan dibahagikan kepada 8 kumpulan dengan 5 negara masing-masing untuk setiap kumpulan. Juara setiap kumpulan serta 4 pasukan terbaik ditempat kedua akan bermain di pusingan akhir kelayakan Piala Dunia 2018. 3 pasukan teratas dari 12 pasukan ini akan layak ke Piala Dunia 2018 secara automatik, manakala pasukan keempat bermain playoff bertemu juara Zon Oceania. 12 pasukan terakhir ini juga layak secara automatik ke Piala Asia 2019.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/