Live Streaming Final Maharaja Lawak Mega 2014 Astro Warna

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , ,

ZERO BAKAL JUARA?

SIARAN LIVE MAHARAJALAWAK MEGA 2014 DI ASTRO WARNA


Kumpulan Virus gagal menjadi kumpulan terakhir yang gagal meneruskan langkah mereka dalam perebutan mahkota juara Maharaja Lawak Mega 2014. Selepas beberapa aksi kurang konsisten, akhirnya mereka terpaksa akur dengan markah juri dan undian peminat. Yus dan Tauke yang dikenali dengan kumpulan Jambu dilihat lebih menonjol berbanding bersama Virus.



Penyertaan Zizan dalam kumpulan Virus agak mencacatkan persembahan Yus dan Tauke. Kontroversi denmi kontroversi yang melanda juga tidak membantu mereka meraih undi simpati peminat. Pentas Maharaja Lawak Mega Akhir bakal menampilkan 5 peserta iaitu Zero, Sepahtu, Nabil, Shiro dan Bocey.



Kejutan kumpulan Zero membuktikan populariti semata-mata tidak menjamin tempat ke final. Kesungguhan yang ditunjukkan mereka bermula dari pusingan Hot Seat hingga ke peringkat akhir wajar dipuji. Benar kata orang, bila seseorang itu sudah berjaya mereka akan cepat lupa diri. Jadi kumpulan Zero jangan sombong bila sudah berjaya nanti.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Pesta Buku Antarabangsa di PWTC Kuala Lumpur | 24 April - 3 Mei 2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , ,

JOM BORONG BUKU



Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur bakal berlangsung pada 24 April hingga 3 Mei 2015. Lokasi seperti biasa di PWTC Kuala Lumpur. Pelbagai syarikat penerbit buku akan menyertai program ini. Apa yang pasti anda akan mendapat diskaun istimewa bagi buku-buku terpilih. Boleh lah borong supaya dapat pelepasan cukai.



Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2015 akan dibuka pada jam 10 pagi setiap hari. Mereka yang mempunyai anak kecil eloklah bawa mereka melihat buku-buku dan mendidik budaya membaca sejak dari kecil. Masuk adalah percuma. Anda boleh menggunakan pengangkutan awam ke PWTC atau parking di Hentian Putra. Selamat memborong!



Program : Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2015

Lokasi :  PWTC Kuala Lumpur

Masa : 10.00 am - 7.00 pm (Isnin - Khamis) / 9.00 pm (Cuti Umum, Jumaat - Ahad)

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Manchester United Kemarau Piala FA Inggeris Sejak 2004

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , ,

LOUIS VAN GAAL FOKUS



11 tahun sudah berlalu sejak kejayaan mereka merangkul trofi English FA Cup pada musim 2003-2004. Ketika itu Arsenal yang juga juara EPL mencatatkan rekod sebagai pasukan kedua berjaya menamatkan 38 perlawanan liga tanpa kalah. Chelsea memulakan transformasi di bawah Roman Abramovic dan berjaya menduduki tempat kedua. Manchester United hanya mampu berada di tempat ketiga.



Dalam tempoh 11 tahun itu, Chelsea berjaya memenangi 4 trofi Piala FA Inggeris, diikuti Arsenal (2), Manchester City (1), Liverpool (1), Wigan (1) dan Portsmouth (1). Kehadiran Louis Van Gaal dengan reputasi tinggi mungkin dapat membantu United menamatkan badi kejuaraan trofi teragung itu. 2 kali usaha mereka terkandas di peringkat akhir sebelum ini.



Musim ini dengan Chelsea dan Manchester City tersingkir awal memberi harapan kepada Manchester United untuk menamatkan badi kejuaraan Piala FA Inggeris. Tetapi mereka perlu melepasi ujian pusingan ke-5 dan mungkin bakal diundi menentang Liverpool dan Arsenal yang juga merupakan pencabar kuat yang masih tinggal.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/