Tarikh Pengumuman dan Pengeluaran Bonus Dividen Tabung Haji 2015

Penulis: Que | Kategori: , , ,

BERAPA BONUS KEWANGAN TAHUN 2014?


Contoh Pengiraan Bonus Dividen Tabung Haji 2015 [Klik]

Selepas ASB mengumumkan pengagihan pendapatan tahun 2014, ramai pelabur ternanti-nanti bila masanya pihak Lembaga Tabung Haji hendak mengumumkan kadar dividen dan bonus bagi tahun berakhir 31 Disember 2014. Tarikh jangkaan pengumuman dibuat mungkin pada penghujung bulan Januari 2015 berdasarkan rekod-rekod sebelum ini.



Pada tahun lepas, pendeposit Tabung Haji menerima kadar dividen 6% dan bonus Haji 2%. Apa yang menariknya, bila menyimpan di Tabung Haji duit zakat simpanan 2.5% ditolak siap-siap. Para pendeposit boleh menyemak dividen dan bonus Tabung Haji bermula pada 26 Januari 2015





Terkini Pengagihan Tahun 2014 : Dividen 6.25 % Bonus Haji 2 %

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Senarai Pasukan Negara Yang Layak Ke Suku Akhir Piala Asia AFC 2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , ,

PASUKAN PILIHAN MARA



8 negara telah berjaya melayakkan diri ke pusingan kalah mati Piala Asia AFC 2015. Juara dan naib juara setiap kumpulan mara dengan format silang untuk perlawanan peringkat suku akhir nanti. Jepun telah memenangi 4 kejuaraan Piala Asia dalam 6 kejohanan terakhir. Juara 3 kali Arab Saudi bagaimanapun terkandas di peringkat kumpulan.



Berikut adalah senarai juara dan naib juara kumpulan Piala Asia 2015:




Jadual Live Streaming Perlawanan Suku Akhir Piala Asia 2015 [Klik Sini]


Suku Akhir 1 : Korea Selatan vs Uzbekistan 

Suku Akhir 2 : Iran vs Iraq

Suku Akhir 3 : China vs Australia

Suku Akhir 4 : Jepun vs Emiriah Arab Bersatu (UAE)

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual Siaran Langsung Piala FA Inggeris Pusingan 4 2015 Astro

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , , ,

KELAB ELIT DAPAT UNDIAN MUDAH


Keputusan Piala FA Inggeris Pusingan 4 [Klik]

Hujung minggu ini tiada perlawanan EPL kerana memberi laluan kepada Kejohanan Piala FA Inggeris Pusingan Ke-4. Setakat belum ada kejutan besar berlaku dalam pusingan sebelumnya. Semasa sesi undian dilakukan, semua kelab elit EPL berjaya mengelakkan pertemuan sesama sendiri dan diundi menentang kelab divisyen bawah.



Juara bertahan Arsenal akan menentang Brighton, Manchester United bertandang ke Cambrigde, Chelsea menantang Bradford, Liverpool menanti kunjungan Bolton dan Manchester City berdepan Middlesbrough. Kelab yang mendapat undian di tempat sendiri lebih bertuah kerana mereka beraksi di depan penyokong sendiri dan pemain muda lebih yakin untuk memberikan persembahan terbaik.



Rotasi atau penggiliran pemain amat penting dalam mengharungi fasa kedua musim. Ini bagi mengelakkan kecederaan dan penggantungan pemain di samping mengekalkan kecergasan untuk perlawanan lebih penting. 

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/