Pameran Matta Fair 14 - 16 Mac 2014 | PWTC Kuala Lumpur

Penulis: Que | Kategori: , , , , , ,

MATTA FAIR 2014



MATTA FAIR 2014 akan bermula dari 14 hingga 16 Mac 2014 di PWTC, Kuala Lumpur. Trajedi #MH370 masih lagi bermain di fikiran rakyat Malaysia. Banyak sungguh dugaan sempena Tahun Melawat Malaysia 2014 ni. Jerebu yang semakin teruk tanpa hujan menjejaskan promosi yang telah dijalankan sebelum ini.


Bagi mereka yang gemar melancong jom kita ke PWTC Kuala Lumpur untuk mendapatkan promosi pelancongan edisi terhad di MATTA FAIR 2014.


Nama Program : MATTA FAIR 2014
Tarikh : 14 - 16 Mac 2014
Masa : 10 am - 9 pm
Tempat : PWTC Kuala Lumpur
Bayaran Masuk : RM 4 seorang Klik sini


Untuk peta lokasi, parking dan pengangkutan awam ke PWTC boleh rujuk sini [klik]

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual & Keputusan Undian Separuh Akhir Piala FA Inggeris 2014

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , ,

PELUANG ARSENAL AKHIRI PENANTIAN



Arsenal mendapat berita gembira awal pagi tadi apabila juara Piala FA musim lalu, Wigan mengejutkan Manchester City di laman mereka. Wigan merupakan kelab divisyen 1 yang berjaya melayakkan diri ke separuh akhir Piala FA Inggeris 2014. Selain Arsenal dan Wigan, dua lagi kelab yang layak ialah Sheffield United (divisyen 2) dan Hull City.



Kekalahan Manchester City itu sememangnya tidak diduga dengan kualiti pemain yang dimiliki serta bermain di laman sendiri. Ini sekaligus merencatkan usaha mereka untuk menambah bilangan koleksi trofi selepas menjuarai Piala Capital One baru-baru ini.



Di peringkat separuh akhir nanti, Arsenal akan menentang Wigan manakala Hull City bakal berdepan cabaran pasukan kerdil Sheffield United. Kedua-dua perlawanan akan diadakan di Stadium Wembley pada 12 dan 13 April 2014.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Live Astro Lee Chong Wei vs Chen Long Final Badminton All England 9 Mac 2014

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , ,

#PRAYFORMH370



Datuk Lee Chong Wei dipaksa bermain 3 set dalam pusingan separuh akhir semalam menentang pemain kurang ternama dari Korea, Son Wan Ho. Dikejutkan dalam set pertama, Lee Chong Wei bangkit untuk menang set kedua dan ketiga. Apakah peristiwa #MH370 memberi kesan terhadap tumpuan permainan Datuk?



Nak dijadikan cerita, pertembungan dengan Chen Long malam ini ada kaitan secara langsung dengan peristiwa kehilangan pesawat MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing. Sukan biasanya sinonim dengan menyatukan rakyat dan wakil yang bertanding. Simbolik malam ini mungkin lebih terarah kepada nasib yang menimpa keluarga mangsa yang terlibat.



Sebagai rekod, dari 15 pertemuan antara kedua pemain, Chen Long mempunyai kelebihan 1 kemenangan 8 berbalas 7. Dalam 4 pertemuan terakhir semua dimenangi Chen Long. Melihat kepada prestasi semasa agak sukar untuk Lee Chong Wei menyaingi pemain China itu.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/