Home » , , , , , , , , , » Jadual & Keputusan Undian Separuh Akhir Piala FA Inggeris 2014

Jadual & Keputusan Undian Separuh Akhir Piala FA Inggeris 2014

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , ,

PELUANG ARSENAL AKHIRI PENANTIAN



Arsenal mendapat berita gembira awal pagi tadi apabila juara Piala FA musim lalu, Wigan mengejutkan Manchester City di laman mereka. Wigan merupakan kelab divisyen 1 yang berjaya melayakkan diri ke separuh akhir Piala FA Inggeris 2014. Selain Arsenal dan Wigan, dua lagi kelab yang layak ialah Sheffield United (divisyen 2) dan Hull City.



Kekalahan Manchester City itu sememangnya tidak diduga dengan kualiti pemain yang dimiliki serta bermain di laman sendiri. Ini sekaligus merencatkan usaha mereka untuk menambah bilangan koleksi trofi selepas menjuarai Piala Capital One baru-baru ini.



Di peringkat separuh akhir nanti, Arsenal akan menentang Wigan manakala Hull City bakal berdepan cabaran pasukan kerdil Sheffield United. Kedua-dua perlawanan akan diadakan di Stadium Wembley pada 12 dan 13 April 2014.


Arsenal dilihat sebagai  pasukan pilihan untuk menjulang trofi Piala FA Inggeris musim ini dengan ketiadaan pasukan elit lain seperti Manchester City, Chelsea, Manchester United dan Liverpool. Kali terakhir mereka menang trofi juga pada edisi Piala FA Inggeris 2005 menewaskan Manchester United menerusi sepakan penalti.


Keputusan undian perlawanan separuh akhir Piala FA Inggeris 2013/2014


Arsenal vs Wigan Athletic

Hull City vs Sheffield United


Jadual siaran langsung akan dikemaskini sebelum perlawanan bermula.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

No Responses to " Jadual & Keputusan Undian Separuh Akhir Piala FA Inggeris 2014 "

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2023
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets