NO COMMENTS
Siaran Langsung Perlawanan Piala FA Inggeris Musim 2013/2014 | 3rd Round @ Astro
Penulis: Que | Kategori: 2013-2014 , astro , astro supersport , bola sepak , fa cup , jadual , live streaming , siaran langsung , sukan , undian
ARSENAL ATAU TOTTENHAM
Minggu ini akan bermula kempen Piala FA Inggeris Musim 2013/2014 dengan perlawanan tumpuan pusingan ketiga antara musuh tradisi Arsenal dan Tottenham. Dalam EPL, Arsenal kini menduduki tempat teratas liga manakala Tottenham di tempat ke-6. Pengurus sementara Tottenham, Tim Sherwood yang menggantikan Andre Villa Boas telah berjaya memberi nafas baru dan suntikan semangat kepada para pemain.
Tindakannya memanggil semula Adebayor ke dalam pasukan membawa kemenangan di Old Trafford menggunapakai formasi 4-4-2 yang tidak digemari Villa Boas. Arsenal yang dibelenggu masalah kecederaan memerlukan jaringan minit-minit akhir sebelum menewaskan Cardiff City pada Tahun Baru 2014.
Agak malang bagi kedua pasukan ini kerana hanya salah satu yang akan meneruskan cabaran dalam Piala FA Inggeris tahun ini. Arsenal walaupun mendahului liga, kekuatan skuad Arsene Wenger itu dipertikai dikala Manchester City dan Chelsea mampu menurunkan dua pasukan yang mempunyai kualiti yang sama.
Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq











