6
COMMENTS
Bila Datuk Siti Nak Ajar KJ Pasal Bola dan FAM
Penulis: Que | Kategori: bola sepak , FAM , harimau malaya , isu semasa , KJ , sukan
KUASAI BIDANG ANDA
Updates : Pengajaran kes Datuk Siti Tegur YB Khairy [Klik]
PANAS! di media sosial Twitter dan Facebook petang tadi pasal teguran peribadi Datuk Siti Nurhaliza kepada Khairy Jamaluddin. Kononnya KJ bertindak kurang ajar apabila menegur FAM tentang isu berkaitan pengurusan bola sepak negara. Siapa Datuk Siti ni dalam arena bola sepak negara? Tiba-tiba bersuara lepas turun Stadium Shah Alam waktu Pahang juara Piala Malaysia.
Sebab tu orang cakap kalau tak tahu duduk diam-diam. Isu FAM ni dah lama. Apa yang KJ dah buat ni adalah memikul tanggungjawab dan amanah beliau sebagai Menteri Belia dan Sukan. Pasal biadap tu, Datuk Siti kena tanya FAM lah. Berapa banyak tindakan Presiden yang menyebabkan prestasi bola sepak Malaysia jatuh menjunam. Jangan sebab Presiden orang Pahang dia boleh tutup sebelah mata.
Peminat bola sepak tempatan semua berdiri teguh di belakang KJ. Kami tidak pernah mempersoalkan tindakan KJ sebab beliau adalah pejuang suara rakyat! Kalau nak dicari salah KJ dan FAM, FAM juara mutlak. Politik kotor dah lama bertapak dalam FAM. Waktu KJ jadi Timbalan FAM, beliau sendiri akui terbatas kerana ada kuasa yang lebih tinggi dalam persatuan itu.
Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq











