Waze dan Google Maps Bergabung Meletup
Penulis: Que | Kategori: android , google maps , jalan raya , lebuh raya , trafik , waze
AKSES TRAFIK DARI DESKTOP
Selepas Google membeli aplikasi Waze, banyak pembaharuan integrasi yang telah mereka lakukan. Terkini laporan insiden seperti kemalangan, pembinaan, dan penutupan jalan dalam Waze sudah boleh dilihat dalam Google Maps. Secara tak langsung, pengguna desktop boleh melihat menerusi laman Google Maps sahaja tanpa perlu membuka aplikasi Waze di telefon pintar.
Setakat ini, info yang dipetik dari laman Amanz.my hanya 46 negara sahaja yang sudah boleh menikmati kemudahan tersebut. Malaysia? Belum pasti lagi. Sebelum ini Google Maps hanya memaparkan keadaan trafik secara langsung apabila kita mengaktifkan 'traffic layer'. Tetapi mekanisme laporan masih perlu dilakukan menerusi Waze kerana Google Maps belum sampai ke tahap itu lagi.
Bijak betul Google ni buat bisnes. Berita ni bakal menggembirakan pengguna tegar Google Maps Malaysia. Tunggu.. Kalau nak cuba aplikasi Waze boleh lihat entri ini.
Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
November 12, 2013 at 2:27 PM
menarik. Lagi senang la nak berjalan ke mana2 pasnih.
[Reply to comment]